Ya...mungkin beliau seperti orang-orang kampung lainnya.Berkebun dan menjalani kehidupan seharian seperti biasa.Seperti rata-rata penduduk kampung.
Namun nyatanya beliau lebih cenderung dilihat sebagai seorang yang berprinsip.Dari zaman mudanya waima hingga akhirnya.
Beliau memang seorang yang aktif berpolitik.Seantero daerah ini tahu benar tentang itu.Walau tidak pro-aspirasi, beliau tidak pernah menjadikan ia satu alasan untuk bermuhibah dengan masyrakat yang berbeza pendapat dengannya.
Dan itu sebenarnya yang membuatkan penulis mengagumi beliau.Sedari dahulu hingga kini beliau menongkah arus atas nama perjuangan yang tulen.Bukan seperti sesetengah individu lain-tidak kira pro-aspirasi mahupun pembangkang yang mengejar pangkat dan harta kemewahan melalui parti tanpa menghiraukan erti perjuangan.Sekejap lompat sana sekejap lompat sini!
Benar, bahkan penulis sendiri sering berbeza pandangan mahupun pendapat dengan beliau.Namun tidak pernah terluahkan kerana penulis lebih kepada mendengar dan tersenyum.Penulis lipat dengan kemas di dalam hati.Penulis mengambil pendekatan tidak untuk membidas apatah lagi melawan pendapat beliau walaupun kadangkala masing-masing antara satu sama lain memang terdapat benar mahupun khilaf! Dan lagi sifat istiqomah perjuangan beliau sedari dahulu memang menobatkan peribadinya sebagai seorang yang berprinsip!
Bapa penulis bercerita betapa mereka pernah bekerja bersama dlam satu iklim yang sangat susah suatu masa dahulu.Ketika anak masing-masing masih terlalu kecil hinggalah apabila anak-anak yang dibesarkan serba kekurangan dahulu kini masing-masing telah berjaya di dalam kehidupan.Bapa penulis turut berkongsi warna warni kehidupan bersama beliau yang agak mengharukan untuk dikongsi di sini.
Seingat penulis kali terakhir beliau berkunjung menemui bapa penulis ialah pada waktu seusai solat maghrib beberapa bulan lalu atas sebab persahabatan yang peribadi.
Dan di dalam keheningan subuh tadi sekitar jam 5.00 pagi tadi beliau menghembuskan nafas terakhir untuk kembali menemui-Nya.Tiada lagi kelibat seorang lelaki tua bertongkat menyusuri jalan ke masjid.Tiada lagi kedengaran suaranya membaca ayat-ayat suci al-Quran berkumandang di desa ini.Tiada lagi suara tuanya melaungkan azan terutama di bulan Ramadhan sebaik sahaja masuk waktu berbuka.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya....al-Fatihah.
*Beliau di dalam artikel di atas ialah Allahyarham Borhan Sidek atau Wak Bor yang telah menyahut penggilan Ilahi subuh tadi.