...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

27 February 2009

Lets Get Loud!

Saya amat berharap yang sudah mulakan tabiat senaman.Biarpun sedikit, bak kata orang kita, LEBIH BAIK DARI TAK ADA LANGSUNG.

Tetapi, membentuk tabiat baik ni memang agak mencabar. Saya ada buat sedikit kajian dan saya nak kongsikan dengan macam mana kita nak mulakan tabiat bersenam ni. Tabiat tu maknanya kita buat tanpa kita sedar,ataupun kita lakukannya macam tak perlu dipaksa-paksa.

PERTAMA sekali, kena tahu yang kita sukar untuk bentuk tabiat senaman ni sebab kita set atau berazam untuk lakukan perkara yang TERLALU SUKAR. Contohnya, saya nak jogging 1 jam sehari tiap-tiap hari atau nak ke gym yang jauhnya 40 minit kalau tak jem tiap-tiap hari dan bakar 1000 kalori sekali pulun.

KEDUAnya, kita letakkan terlalu banyak yang kita nak capai dalam satu masa.Jogging, berbasikal, makan roti sahaja setiap hari, tidur 4 jam je sehari,berlari kejar bas (dulu jalan lenggang kangkung), pantang nampak tangga,tak nak minum air manis lagi dah, tak nak sentuh nasi.....bila kita terlalu banyak sangat yang kita nak control, kita tak FOKUS.

KETIGAnya, tak bermotivasi tinggi.Orang kita kata, HANGAT-HANGAT T*IK AYAM.Hari ni jogging sampai 3 jam, esok tak buat dah sebab kaki dah bengkak sampai 3 tahun tak jogging.Jadi, try buat macam yang saya senaraikan dibawah ni.

1. Tetapkan SATU matlamat yang SENANG, TERPERINCI dan BOLEH DIUKUR.
Caranya; TULIS: Tulis di atas sekeping kertas. Tampalkannya ditempat yang selalu kita nampak. Kat pintu keluar rumah contohnya.
*Tampal kat dalam ler,nanti orang sebelah nampak.

SENANG: Tuliskan matlamat yang senang dicapai dulu. Contohnya, saya nak jogging 5 minit sehari tiap-tiap hari bermula dari hari ini. Jogging 5 minit sehari selama sebulan tanpa gagal, jogging dalam rumah pakai kain pelikat pun tak mengapa. Dah masuk bulan kedua atau hari yang ke 31, set matlamat baru pulak, jogging 10 minit setiap hari, tiap-tiap hari. Bulan ke-3, set pula ke 15 minit sehari tiap-tiap hari.

TERPERINCI: Bila tulis matlamat tu, detaillah sikit. Contohnya, nak jogging 5 minit sehari bermula jam 6.45 pagi, tiap-tiap hari dengan berkain pelikat,ulang alik dari bilik tidur sehingga ke ruang tamu. Elemennya mesti ada APA (jogging), BERAPA (5 minit), PUKUL BERAPA(6.45pagi) dan DIMANA (bilik tidur ke ruang tamu).

PERINGATAN: Dalam hidup kita ni ada tabiat yang dah termaktub dalam aktiviti harian kita. Contohnya kita gosok gigi sebelum mandi pagi. Jadi mandi pagi ni dah jadi PERINGATAN kepada kita supaya kita tak lupa untuk gosok gigi dahulu sebelum mandi pagi. Sama juga dengan senaman tadi,setkan yang akan senaman sebelum minum kopi pagi-pagi.Dengan cara ini, disiplin kita mestilah "saya tidak akan minum kopi selagi saya tidak senaman!".

BOLEH DIUKUR: Tujuan sebenarnya ialah untuk pastikan kita capai sesuatu yang kita buat. Kalau jogging 5 minit, kita boleh tahu yang kita capai atau tidak.Jadi ukuran itu penting. Mesti ada nombor dalam matlamat kita.

SATU MISI: Cuba sedaya upaya untuk penuhi matlamat untuk jogging 5 minit sehari setiap hari paling kurang 30 hari. Capai SATU matlamat sahaja dalam sesuatu masa.

2. Catatkan Pencapaian Kita catatkan apa sahaja pencapaian kita seharian. Kalau jogging tadi, kita tulislah pukul berapa kita mula, berapa minit dan saat kita buat. Catat yang mudah-mudah sahaja dan catatan ni mestilah dibuat sebaik sahaja kita buat senaman tadi.

Contoh: Tarikh - 16/Feb/09 Mula: 6.45pagi Tamat: 6.51 pagi Jumlah Masa Jogging: 5 min30 saat.

3. Beritahu Orang LainTunjukkan catatan kita tadi pada orang lain, isteri, adik, kawan dan ceritakan apa yang anda sedang nak capai.Sekarang ni dah ada teknologi diary di internet iaitu BLOG. Ha, apa lagi buatlah catatan tiap-tiap hari. Benda ni salah satu elemen yang terpenting dalam mencapai matlamat sebenarnya!

4. PenambahbaikanKatakan kita tak dapat capai matlamat pertama, yang jogging ni kita gagal buat 3 hari. Check balik kenapa kita gagal....terbangun lewat contohnya.Apa punca bangun lewat. pernah dengar 5 WHY? Try tanya diri kita sendiri 5 kali WHY.ContohKenapa kita bangun lambat?
(WHY yang pertama)
Jam loceng tak berbunyiKenapa jam loceng tak berbunyi?
(WHY yang kedua)Bateri habis.Kenapa bateri habis?
(WHY yang ketiga) Sebab kita tak pergi beli.Kenapa kita tak pergi beli?
(Why yang ke empat)Sebab kita tak cukup duit nak beli.Kenapa tak cukup duit nak beli?
(Why yang ke lima) Sebab kita boros berbelanja.Cuba lihat keputusan yang kita dapat.

Masalah: Bangun Lambat.Penyelesaian: Berhemah semasa berbelanja.Ikut logiknya, tak kena langsung penyelesaiannya, tetapi itulah yang berkesan!

OKlah, harap dapat sedikit idea macam mana.nak membentuk TABIAT. Bila dah ada TABIAT dalam diri,maka senaman menjadi satu keseronokan bukan lagi HALANGAN.Salam maju jaya!

p.s: Saya janji untuk terangkan sedikit tentang lemak yang.keluar dari sistem perkumuhan kita. Sebenarnya, lemak tersebut datang dari makanan yang kita makan yang berada dalam perut.Ada elemen yang boleh perangkap lemak ini dan keluarkannya dari sistem tubuh kita contohnya,Chitosan.

Ikhlas,
Abdul Rashid Bin Abdul Manaf,CEO/Pengarah Urusan/Jurulatih Kesihatan PeribadiCSC (CyberSlimCenter) Healthcare EnterpriseTel: 03-8961 8937 / 012-2997309/ 012-2517309Fax: 03-8962 1977Laman Web: www.CyberSlimCenter.comEmail: support@cyberslimcenter.com


Lirik Artistik untuk difahami...

25 February 2009

Titisan Rahmat
















update 27 Februari 2009.

Penulis tidak pergi ke majlis yang dihadiri PM.Cuma sekadar memandang ketibaan helikoper yang dinaikinya mendarat di padang Teluk Intan.Lagipun ada live di RTM 1 berkenaan majlis tersebut-Pelancaran Kad Jaringan Keselamatan Sosial (JKsM).

Rakan penulis-Juara deklamasi sajak peringkat negeri Perak 10 tahunberturut-turut,Azmi Ismail mendeklamasikan sajak pada majlis tersebut.Glamour la hang.

Posting Asal

Sepanjang minggu ini cuaca muram.Mendung bersilih ganti hujan berlarutan saban hari.Hujan rahmat setelah sekian lama bumi Hilir Perak ini tandus kekeringan.

Kata orang musim hujan ni masa terbaik untuk mengimbau kisah lampau.Tidak kiralah kisah masa zaman kanak-kanak atau zaman remaja waima zaman sudah berumahtangga sekalipun.Kisah cinta tu eloklah pendamkan he he he.Setia pada yang satu la.

Ini bermakna penulis tidak akan membenarkan diri sendiri melangkah kaki ke site untuk melakukan kerja-kerja land survey.

Hal ini kerana alat aras seperti 'teodolit' yang berharga puluhan ribu ringgit itu sebenarnya sangat sensitif dengan hujan.Dan ini juga bermakna penulis tidak rela mengambil risiko membiarkan alat tersebut kehujanan dan kesejukan.

Kasihan.Hujan masih lebat.Hari ini YAB Perdana Menteri Malaysiayang masih memegang tampuk (bukan tompok) kuasa beberapa minggu lagi akan menjejakkan kaki di Teluk Intan untuk melancarkan program yang penulis pun sudah lupa.Panjang nama program tu di banner sekitar Teluk Intan.

Yang pasti dia akan turut merasmikan Arena Square Teluk Intan yang baru siap.Arena Square ini dibina oleh kontraktor yang juga jiran penulis.

Sebagai makluman,bumbung Arena Square ini pernah runtuh semasa pembinaannya dan beberapa orang pekerja terbunuh.Siasatan dan tuntutan insurans mengambil masa yang agak lama sehinggalah ianya disambung pembinaan seterusnya akan dirasmikan oleh Pak Lah hari ini.

Persediaan menyambutnya jelas penulis dapat lihat daripada tingkat tiga (bukan budak tingkat 4 yang Che Det selalu cakap) pejabat penulis.Biasalah.Pembesar negara mahu turun.

Tengoklah nanti.Kalau penulis rajin,penulis jenguklah majlis tu.Kot2 nak snap beberapa shoot gambar.Kalau rajinla...

Hujan masih lebat membasahi bumi Perak yang 'hangat' sejak beberapa minggu lepas.Alhamdulillah.

24 February 2009

Shuffle

Penulis akan dipinjamkan ke bahagian lain untuk selama 3 bulan.Ia adalah untuk persediaan sebuah projek yang akan dilaksanakan.

Lokasi projek terbaru ini adalah sangat jauh dan mengambil masa lebih kurang sejam perjalanan dari bandar Teluk Intan iaitu di Chui Chak,Ayer Hitam.

Penulis terpaksa dipinjamkan kerana kepakaran dalam bidang land surveyor yang mana asas sebuah perlaksanaan projek adalah pengukuran yang tepat.

Penulis akan dibantu oleh seorang Juruteknik dan beberapa orang lagi sebagai satu team work. Justeru masa penulis di pejabat akan terhad dan menyebabkan blog ini tidak dapat dikemaskini setiap hari.

Insya'Allah pada bulan Mei ini juga penulis akan ditukarkan sekali lagi ke Bagan Datoh.Penulis akan menjadi pegawai kawasan di sana.

Kesimpulannya tahun 2009 ini penulis akan melihat dengan lebih luas tempat orang.Namun ianya masih diperingkat perbincangan.

23 February 2009

Misteri Sontoloyo (Bukan Misteri Nusantara!)




Malam minggu yang lalu penulis dijemput menghadiri majlis marhaban anak sepupu di Sungai Tiang,Bagan Datoh selepas solat Isyak (Congrats Ipat dan Zahir di atas kelahiran baby girl-NurIzzati).
Penulis bertolak bersama isteri dan ibu.Bapa penulis tidak turut sama kerana uzur.
Hampir semua sanak saudara berkumpul dan seperti lazimnya wajah-wajah keceriaan jelas terserlah (Saudara sebelah bapa penulis memang happening lol!).

Di antara ramai-ramai saudara,seperti biasalah penulis akan lepak dengan seorang sepupu penulis yang memang terkenal di kalangan kami.
Namanya Farkhan dan baru berusia 20 tahun (Tapi makwe keliling pinggang).

Farkhan boleh dikategorikan sebagai seorang misteri di sebalik perawakannya yang ceria.Ini turut diakui sendiri oleh ibubapanya.

Sedari kecilnya Farkhan seperti didampingi oleh 'sesuatu'.Seringkali sewaktu masih kanak-kanak beliau dilihat bersembang dengan 'rakannya'.

Kebolehannya melihat unsur-unsur yang tidak dapat dilihat oleh orang lain meremangkan bulu roma penulis.

Malah,penulis mendapat maklumat dari sumber-sumber tertentu yang mengatakan uri beliau sewaktu dilahirkan masih elok walaupun telah bertahun masa berlalu.Insiden tersebut diketahui apabila suatu hari dengan tidak semena-mena,nenek beliau tercangkul tempat di mana urinya ditanam.

Sedangkan uri adik-beradiknya yang lain telah tiada.
Cerita terbaru yang disampaikan beliau semasa ditemui beberapa hari lepas adalah berkenaan beliau yang terserempak dengan 'pocong'.

Kejadian tersebut didakwa berlaku pada hari Ahad minggu lepas semasa beliau bersama beberapa orang rakan bersantai sambil menikmati minum malam.

Pocong tersebut dikatakan mengganggunya sehingga beliau pulang ke rumah apabila beliau mendengar pocong tersebut 'baring' di atas bumbung rumahnya.

Banyak lagi kejadian aneh yang pernah dilalui olehnya.Antaranya beliau pernah membeli sebuah motorsikal terpakai dan terpaksa 'membasuh' terlebih dahulu motor tersebut yang didakwanya ber'tuan'.

Selain itu,kisahnya yang berpindah sekolah beberapa kali kerana gangguan unsur yang tidak dapat dilihat dan sebagainya.

Penulis tidak berniat memaparkan banyak lagi kejadian aneh yang pernah dialaminya.Mungkin Farkhan telah dianugerahkan sesuatu yang orang lain tidak mendapatnya.Gunakan kelebihan tersebut sebaiknya dan ambillah iktibar.Jadilah anak yang soleh dan menyayangi keluarga.

Penulis tidak dapat menulis dengan terperinci kisah yang diceritakan beliau disebabkan tidak membawa buku nota.Bagaimanapun penulis mesti merakamkan fotonya sebagai bukti penulis telah menemuramah beliau.

Penulis mengikut etika kewartawanan majalah Mastika yang mewajibkan setiap artikel yang diterbitkan hendaklah mempunyai bukti dan fakta yang menyokong seperti foto individu yang ditemubual.

Sewaktu penulis mahu merakamkan fotonya dan mengatakan mahu dipaparkan di dalam blog penulis,beliau enggan.

Sebaliknya beliau telah 'bluetooth' beberapa keping gambarnya daripada telefon bimbit Nokia N70 yang didakwanya lebih sesuai untuk dipaparkan.

Untuk tidak menghampakan,penulis paparkan di sini dua keping gambar beliau yang agak 'jambu'.

Penulis tahu beliau mengikuti perkembangan blog ini setiap waktunya terluang di cyber cafe.

Jangan marah Farkhan he he he.


nota kaki:Penulis hanya ingin berkongsi pengalaman ini dan ditegaskan di sini bahawa setiap kejadian di alam ini adalah bukti kekuasaan Allah dan sebagai hambanya,kita hendaklah percaya kewujudan makhluk-makhluk lain selain manusia.Sebagai manusia yang dianugerahkan akal untuk berfikir,kita hendaklah menghindarkan diri dari melakukan sesuatu yang boleh membawa ke syirik.Ingatlah bahawa sesungguhnya syaitan dan iblis akan sedaya-upaya menyesatkan manusia dan hanya Iman dan ketaqwaan yang kukuh akan menjadi benteng kita.

Wajah-wajah Qaseh












Qaseh telah genap enam bulan pada 20 Februari yang lalu.Terasa masa berlalu begitu pantas meninggalkan kita.

Yang besar itu nafsu,yang jauh itu masa dan yang dekat itu mati.

Penulis sempat mengambil beberapa keping foto Qaseh.Baju yang dipakainya adalah baju yang sama pernah penulis pakai lebih kurang 26 tahun lalu.


Baju tersebut masih penulis simpan sehingga hari ini.Sebenarnya baju itu telah digunakan oleh ibu penulis sebagai 'saprah' atau kain buruk untuk mengelap di dapur.Namun,penulis sempat 'menyelamatkan' baju tersebut he he he.


Foto penulis beraksi dengan memakai baju itu diambil pada 26 Mac 1983 sewaktu berusia 9 bulan.Di sebelah foto tersebut adalah gambar isteri penulis sewaktu baby.


Apa yang anda dapat simpulkan?Nice kan he he he.

20 February 2009

Puting Kosong

Petikan Utusan Malaysia 19/2/2009
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

MASYA, lima tahun, telah bersekolah tadika. Balik sahaja dari tadika tanpa membuka baju, terus menghisap puting kosong.
Bukan setakat itu, setiap kali untuk ke mana-mana kecuali sekolah, tergantung puting itu di dadanya. Takut hilang, nanti tercari-cari.
Pengalaman ini turut berlaku kepada anak penulis. Putingnya cukup unik. Bukan semua kedai ada menjualnya. Warnanya jernih, apabila hilang, jenuh mencari.
Untuk menyenangkan, digantung dengan tali khas yang berwarna terang. Tetapi yang menyusahkan apabila puting itu berlubang, hampir semua kedai dicari.
Kini, penulis telah boleh menarik nafas lega, apabila akhirnya pengalaman mencari-cari puting yang hilang, meredakan kegelisahan dan tangisan anak ketika ketiadaan objek itu telah berakhir.
Bahkan, rata-rata ibu bapa agak risau bilakah anaknya yang telah berusia empat tahun ke atas untuk berhenti daripada menghisap puting kosong, pacifier atau soother.
Kelihatan tidak manis apabila anak yang telah besar masih menghisap puting ke mana-mana mereka pergi dan ia pula 'terhias cantik' di leher. Lebih buruk lagi susunan gusi atas akan lari dan menyebabkan pertumbuhan gigi menjadi tidak sekata. Pertumbuhan gigi ini ada yang terlalu ke depan sehingga menjadi jongang.
Pensyarah dan Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Wan Salwina Wan Ismail berkata, puting kosong merupakan transitional object yang boleh menenangkan anak yang sedang menangis.
Katanya, ia ibarat 'pengganti' ibu yang sentiasa memberi perlindungan kepadanya apabila dia memerlukan sesuatu.
''Dengan adanya puting kosong ini, anak akan berhenti menangis dengan segera kerana ia adalah reaksi semula jadi ketika diberi susu botol.
''Dengan menghisapnya, bayi akan merasa lebih selamat dan terlindung serta lebih selesa walaupun ketika berjauhan dengan ibu atau penjaganya.
''Bagaimanapun, adalah dinasihatkan tidak menjadikanya satu kebiasaan apabila bayi sudah semakin besar. Jangka masa tidak boleh ditentukan, seboleh-bolehnya harus diberhentikan secepat mungkin,'' katanya ketika ditemui di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut Dr. Wan Salwina, tidak dinafikan apabila sudah dimulakan dengan menggunakan puting kosong, kebiasaan itu agak sukar untuk ditinggalkan.
''Pasti anak akan menangis malah tidak boleh tidur atau tercari-cari puting kosong sehingga ibu tidak sampai hati, lalu memberinya kembali.
''Walaupun agak memedihkan, ibu harus cuba menghentikannya secara beransur-ansur dan membantu anak melupakan puting kosong,'' katanya
Terdapat beberapa pendapat, tabiat menghisap puting kosong yang terlalu lama berkemungkinan mengganggu pertumbuhan gigi dan memberikan penampilan yang kurang menarik.
Gusi atas akan lari dan pertumbuhan gigi menjadi tidak sekata sehingga menjadi jongang. Ia akan berkekalan sehingga dewasa dan boleh menyebabkan rasa rendah diri dan lebih teruk akan menyusahkan untuk mengunyah makanan.
Bahkan, apabila mereka dewasa, terpaksa pula berjumpa dengan pakar gigi untuk membetulkan susunan gigi menggunakan alat braces atau yang terlalu teruk terpaksa menjalani pembedahan rahang.
Sekiranya anak mempunyai masalah lelangit terbelah, dengan menggunakan puting kosong ini akan menyebabkan jurang antara lelangit yang terbelah menjadi lebih luas dan menyukarkan proses pembedahan.
Oleh itu adalah dinasihatkan, kepada anak yang mempunyai masalah ini mesti menghindari penggunaan puting kosong.
Begitupun, ada juga kajian menunjukkan bahawa Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS) dapat dielak apabila bayi diberi puting kosong.
Ini kerana bayi yang tidur dengan puting kosong tidak dapat tidur terlalu lena kerana dihalang oleh refleks menghisap susu itu tadi. Ini menghalang daripada bayi berhenti bernafas seperti yang berlaku pada penghidap SIDS.
Ada juga pakar berpendapat, adalah lebih baik apabila bayi menghisap puting kosong daripada ibu jari mereka sendiri kerana perlakuan menghisap ibu jari lebih susah dihentikan daripada puting kosong.

Nota:Anak penulis,Qaseh Nur Abidah turut menghisap puting kosong kerana selepas isteri penulis habis berpantang,beliau telah kembali bertugas di KL dan penulis bersama ibu penulis yang menjaga Qaseh terpaksa menggunakan puting kosong sebagai medium menenangkannya.
Pernah suatu ketika,penulis sekeluarga bermalam di Taiping dan kebetulan puting Qaseh tertinggal di rumah.Qaseh merungut tidak mahu tidur.Dalam hujan lebat,penulis meredah jalan Taiping yang penulis ingat-ingat lupa menuju Tesco Taiping yang baru dibuka untuk membeli puting.
Sepantas kilat mendapat puting,Qaseh terus melelapkan matanya meninggalkan penulis dan isteri yang terkulat-kulat mengantuk jga....

18 February 2009

Sana-sini Minggu ini...

Maaf,penulis hanya berkesempatan untuk menulis pada hari ini.Kepada rakan-rakan yang sentiasa menunggu artikel terbaru daripada penulis,maaf-tiada perkara yang menarik sepanjang minggu ini.

Seperti biasa kesibukan di tapak projek sepanjang minggu ini tidak memungkinkan penulis mengemaskini blog ini setiap hari.

Ditambah lagi dengan urusan keluarga yang berlangsung setiap hari agak membataskan jadual rehat penulis.

Kepada Maizatul daripada Ipoh,anda sebenarnya boleh membuka blog sendiri.Tidak perlu menyertai mana-mana bengkel penulisan kerana memadai jika anda rajin menelaah mana-mana blog individu.

Tidak kira yang berunsur politik,hiburan dan sebagainya.Tepuk dada tanya selera.Anda harus yakin dengan diri sendiri.Namun,untuk menulis artikel yang berkait dengan fakta,anda harus mempunyai rujukan yang serius dan tepat.Etika menulis blog hendaklah dipelihara demi menjamin maruah diri dan masyarakat keseluruhannya.

Tetapi inilah juga nilai yang semakin diabaikan.Moraliti penulis blog terutama yang bersifat politik dilihat semakin dangkal sehingga sanggup mencerca pihak lain.

Kepada Azharudin,sarjana Sains Komputer dari Universiti Malaya,anda haruslah kembali ke pangkal jalan.Kejuruteraan awam bukanlah cabang hidup anda walaupun anda meminati bidang ini sehinga sanggup meletakkan diri di dalam risiko menjadi orang yang berisiko.

Apapun terima kasih kerana sanggup menjadi pembaca blog penulis.Di harapkan anda juga akan mempunyai blog sendiri selepas ini.

Saudara Affendi dari JKR,jangan kecewa kerana tidak menerima sebarang hadiah menamakan MPV Proton-Proton Exora yang diumumkan semalam.Utusan Malaysia melaporkan 39 orang telah menamakan nama Proton Exora termasuk anda dan slogan ditetapkan sebagai pemutus seri.Cikgu dari Kedah yang telah memenangi MPV tersebut.

Apa nak buat,tiada rezeki kamu he he he...!

12 February 2009

Ralat-Tragedi Subuh

Terdapat sedikit kesilapan di dalam artikel di blog ini tempoh hari.Jumlah mangsa yang maut pada hari kejadian ialah 4 orang dan satu cedera parah (pemandu lori).
Bagaimanapun akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan pemandu lori tersebut juga telah meninggal dunia sejam selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Teluk Intan.
Ini menjadikan keseluruhan mangsa yang terbunuh seramai 5 orang.Pemandu lori tersebut berumur 19 tahun dan kelindan yang cedera ringan berumur 20 tahun.

p/s:Penulis tidak pasti berapa umur yang sepatutnya layak mengambil lesen GDL (Kenderaan berat).

Masakan Isteri dan Snek Malaysia Terbaik












Penulis bersama isteri dan anak berpeluang menikmati snek Malaysia yang cukup terkenal baru-baru ini.Dan yang lebih istimewa kerana ia dihasilkan oleh ibu saudara penulis yang terletak di hujung daerah Hilir Perak.
Seantero masayarakat Bagan Datoh pastinya sudah mengenal gerai ini yang terletak tidak jauh dari Jeti Bagan Datoh.Snek-snek yang dijual di sini juga adalah pelbagai dan segar-segar belaka!

Kerangupan dan kesegaran rencah resipi ini sukar ditandingi di tempat-tempat lain (bukan promosi tapi penulis bersikap jujur!)

Tidak hairan walaupun penulis yang datang selaku berkapasiti anak buahnya tetapi tidak dapat bersembang bersama.Hal ini kerana pelanggan yang tidak berhenti berkunjung tiba.

Menjelang petang penulis meminta diri.Itupun kerana anak yang sudah bosan dicium oleh mereka yang lalu-lalang hahaha!

Kepada mereka yang mahu mencuba snek Malaysia istimewa ala Bagan Datoh jemputlah dengan segala hormatnya di jemput ke sini (Ini bari promosi hehehe!)
p/s:Sup Tofu dalam mangkuk tu masakan isteri penulis.Bukan senang nak rasa masakan dia hahaha!









Perjalanan Sebuah Kehidupan....

Semalam penulis terkejar ke sana sini.Antara melaksanakan tugasan di tempat kerja dan menguruskan keluarga.
Pagi ini penulis masuk ke pejabat agak lambat.Pagi ini juga jadual penulis akan padat.Mujur jadual kerja yang agak fleksibel memungkinkan penulis menjadi 'hollow man' sekejap-sekejap.
Yang penting telefon tidak ditutup kerana bos penulis sangat mementingkan kejujuran.Hehehe!
Pagi semalam penulis menghantar bapa untuk menjalani ujian darah.Kenaikan yang ketara darah tinggi bapa sangat membimbangkan.190/100!Tapi keadaan agak terkawal.Tekanan darah ibu pula adalah rendah dan terpaksa memenuhi temujanji dengan pegawai perubatan pada 23 Februari ini.
Seusai solat maghrib berjemaah di masjid Simpang 4 (giliran penulis bermalam di rumah ibu sebelah isteri) penulis mendapat perkhabaran pulangnya ke Rahmatullah secara mengejut seorang rakan rapat keluarga mertua (Takziah kepada keluarga Cikgu Ibrahim Asral) di rumah anaknya di Klang.Mungkin serangan jantung.
Allahyarham merupakan rakan baik kepada Allahyarham bapa mertua penulis yang juga bernama Ibrahim.Keduanya adalah bekas guru besar dan mereka meninggal selepas maghrib.Jarak waktu pula adalah genap 9 bulan.Tarikh meninggal juga hanya berbeza 2 hari(9/5/08 dan 11/2/09).
Ibu mertua mengajak penulis ke Klang untuk menziarah jenazah kerana akan dikebumikan di sana (Allahyarham sebenarnya menetap di kawasan kejiranan Simpang 4,Hutan Melintang dan meninggal dunia di Klang kerana tujuan utama ke sana adalah untuk mengubati isterinya).Takdir menentukan segalanya.Kemudianya ibu mertua mengatakan akan pergi bersama rakan-rakannya.Maknanya penulis tidak perlu turut serta.
Selang beberapa minit mendapat perkhabaran tersebut,penulis mendapat panggilan telefon dari rumah untuk pulang segera.Hati penulis bercampur baur dan segala macam kemungkinan berlegar di fikiran.Terasa kereta yang dipecut begitu lambat.
Setiba di rumah penulis terus membawa bapa ke hospital sekitar jam 9.15 malam dan didapati tekanan darah meningkat sehingga ke 215/115!
Penulis menunggu sehingga 3 jam lebih sementara bapa mendapatkan rawatan.Letih dan mengantuk bukan lagi mainan.
Alhamdulillah,jam 12.30 malam bapa dibenarkan pulang setelah tekanan ke paras 124/100.Doktor berkata mujurlah segera ke hospital kerana jika dibiarkan mungkin membawa kepada strok.
Pagi ini,penulis menghantar semula bapa ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.
Tengahari pula penulis akan membawa anak tersayang untuk mendapatkan suntikan 5 bulan di klinik (banyak kali tertangguh kerana kesibukan).
Moralnya kesihatan adalah anugerah tidak ternilai dan hidup mati pula adalah putaran kejadian alam yang semestinya ditempuhi setiap insan.Pengorbanan jika dilakukan dengan ikhlas akan terdapat kepuasan disebaliknya.
Bukan mudah berkorban meminta isteri meletak jawatan yang stabil.Bukan mudah juga berkorban menolak pelawaan bos yang pernah menawarkan pertukaran kerja ke persekutuan (sekarang adalah di bawah kerajaan negeri) untuk bertukar ke KL dan menetap bersama isteri di sana.
Segalanya kerana memikirkan tanggungjawab.
Sekian.

10 February 2009

...updated Artikel Tragedi Subuh

Buletin jam 1.30 di TV3 melaporkan 5 orang telah terbunuh di dalam kemalangan ngeri jam 6.30 pagi tadi.
Kesemua mangsa yang terkorban berketurunan cina.
MPV tersebut iaitu jenis Toyota Alphard yang menghala ke Teluk Intan telah bertembung dengan sebuah lori yang menghala ke Sitiawan.Kejadian dilaporkan apabila lori tersebut telah terbabas ke arah bertentangan sebelum merempuh Toyota Alphard yang dinaiki mangsa terbabit.
Lori itu dipandu oleh remaja berusia 20 tahun dan kini cedera parah.

Tragedi Subuh....











Perjalanan penulis ke pejabat hari ini adalah sekitar jam 7.25 pagi.Seusai memanaskan enjin 'Jaguar' sekadarnya,penulis memandu ke pejabat dengan tenang.
Melihat cermin pandang belakang,kelihatan jiran penulis yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan memacu pajeronya dengan kelajuan yang dianggarkan 100km/j.Mungkin sudah agak terlewat.
Penulis memberi laluan untuk cikgu itu kerana penulis masih mempunyai masa untuk memandu dengan penuh selesa ke pejabat.
Ketenangan memandu bagaimanapun agak terganggu.Dikejauhan kelihatan lampu siren berkelip.Kebetulan cuaca agak berkabus,maka lampu tersebut lebih jelas kerana sifat cahaya yang bergabung dengan kabus.
Penulis menjangka satu kemalangan telah terjadi.Kemalangan yang biasa berlaku.
Bagaimanapun hati penulis tidak tenteram kerana beberapa ratus meter lagi ke lokasi itu,lalulintas sudah terhenti atau 'jam'.Keadaan berlanjutan sehingga lebih kurang 15 minit.
Setelah lalulintas kembali lancar,penulis agak tergamam melihat kejadian sebenar.Ia bukan kemalangan biasa yang penulis lazim saksikan.
Ini kemalangan yang boleh dikategorikan mengerikan.
Penulis tidak tahu apa yang perlu diungkapkan.Melihat Trak Polis (lazimnya black maria untuk membawa mayat mangsa.Tapi ini Trak Polis!Faham sajalah!) dan kelibat satu pasukan bomba sudah menyatakan apa yang terjadi.Penulis tidak berhenti kerana lalulintas yang tidak mengizinkan tetapi sambil pemandu,penulis sempat mengambil beberapa gambar.
Kemalangan ini melibatkan sebuah lori dan sebuah MPV (tidak dapat dipastikan model apa kerana total lost).
Apapun penulis meneruskan perjalanan dengan berbagai perkara menerawang di kepala.
Ambil lah iktibar dari kemalangan ini.Pandu cermat,ingatlah orang yang tersayang.
p/s:Sehingga kini belum dapat dipastikan mangsa yang terlibat.Mungkin berita akan dipaparkan di akhbar esok.Lazimnya Harian Metro.

05 February 2009

Savvy Recall!!




Kelmarin penulis menerima panggilan telefon daripada Pusat Servis Proton.Ia adalah untuk mengganti komponen 'spinder' bahagian belakang Proton Savvy (kereta isteri penulis).Perkara ini telah diumumkan oleh Proton tahun lepas dan penulis telah menghantarnya untuk pemeriksaan.
Pusat tersebut menetapkan temujanji dan semalam penulis telah menghantar kereta tersebut untuk ditukarganti.
Sehubungan itu,kepada rakan-rakan yang memiliki savvy diingatkan untuk menghantar kereta ke Pusat Servis Proton berhampiran segera kerana penulis difahamkan tawaran ini hanyalah sehingga 15 Februari 2009.
Ingat,pemilik savvy adalah pemilik sebuah kereta yang diiktiraf di Thailand setanding Jaguar dan kereta jenama mewah lainnya.(Di Malaysia pun diiktiraf jugak kot :-)

Sepetang di Sungai Klah Hotspring








Baru-baru ini penulis mengalami satu tekanan perasaan akibat masalah politik yang berlaku di Perak.Justeru sedang penulis mencari idea untuk melepaskan diri dari ketidaktenteraman tersebut,penulis mengajak pemandu peribadi (chaffeur) mengelilingi pekan yang hanya sekangkang kera ini.
Tiba-tiba penulis mendapat idea untuk merendam kaki di kolam air panas.Lokasi yang dituju ialah sungai Klah Hotspring yang terletak di Sungkai.
Perjalanan selama lebih sejam akhirnya membawa kami ke destinasi yang dituju.Ketenangan yang diharapkan agak terjejas sementelahan kedatangan begitu ramai pengunjung yang mengambil kesempatan cuti Tahun Baru Cina di kawasan rekreasi ini.
Sebenarnya penulis lebih kepada meninjau lokasi ini sebelum bercadang membawa kaluarga ke sini.Disebabkan itu penulis hanya ditemani pemandu peribadi sahaja.
Aktiviti di sini boleh dikatakan pelbagai iaitu seperti mandi di kolam air panas yang tersedia,merendam kaki,merebus telur.Juga terdapat waterpark untuk kanak-kanak.
Kesimpulannya,tempat ini bolehlah dikategorikan sesuai untuk rekreasi sekeluarga.