...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

27 February 2009

Lets Get Loud!

Saya amat berharap yang sudah mulakan tabiat senaman.Biarpun sedikit, bak kata orang kita, LEBIH BAIK DARI TAK ADA LANGSUNG.

Tetapi, membentuk tabiat baik ni memang agak mencabar. Saya ada buat sedikit kajian dan saya nak kongsikan dengan macam mana kita nak mulakan tabiat bersenam ni. Tabiat tu maknanya kita buat tanpa kita sedar,ataupun kita lakukannya macam tak perlu dipaksa-paksa.

PERTAMA sekali, kena tahu yang kita sukar untuk bentuk tabiat senaman ni sebab kita set atau berazam untuk lakukan perkara yang TERLALU SUKAR. Contohnya, saya nak jogging 1 jam sehari tiap-tiap hari atau nak ke gym yang jauhnya 40 minit kalau tak jem tiap-tiap hari dan bakar 1000 kalori sekali pulun.

KEDUAnya, kita letakkan terlalu banyak yang kita nak capai dalam satu masa.Jogging, berbasikal, makan roti sahaja setiap hari, tidur 4 jam je sehari,berlari kejar bas (dulu jalan lenggang kangkung), pantang nampak tangga,tak nak minum air manis lagi dah, tak nak sentuh nasi.....bila kita terlalu banyak sangat yang kita nak control, kita tak FOKUS.

KETIGAnya, tak bermotivasi tinggi.Orang kita kata, HANGAT-HANGAT T*IK AYAM.Hari ni jogging sampai 3 jam, esok tak buat dah sebab kaki dah bengkak sampai 3 tahun tak jogging.Jadi, try buat macam yang saya senaraikan dibawah ni.

1. Tetapkan SATU matlamat yang SENANG, TERPERINCI dan BOLEH DIUKUR.
Caranya; TULIS: Tulis di atas sekeping kertas. Tampalkannya ditempat yang selalu kita nampak. Kat pintu keluar rumah contohnya.
*Tampal kat dalam ler,nanti orang sebelah nampak.

SENANG: Tuliskan matlamat yang senang dicapai dulu. Contohnya, saya nak jogging 5 minit sehari tiap-tiap hari bermula dari hari ini. Jogging 5 minit sehari selama sebulan tanpa gagal, jogging dalam rumah pakai kain pelikat pun tak mengapa. Dah masuk bulan kedua atau hari yang ke 31, set matlamat baru pulak, jogging 10 minit setiap hari, tiap-tiap hari. Bulan ke-3, set pula ke 15 minit sehari tiap-tiap hari.

TERPERINCI: Bila tulis matlamat tu, detaillah sikit. Contohnya, nak jogging 5 minit sehari bermula jam 6.45 pagi, tiap-tiap hari dengan berkain pelikat,ulang alik dari bilik tidur sehingga ke ruang tamu. Elemennya mesti ada APA (jogging), BERAPA (5 minit), PUKUL BERAPA(6.45pagi) dan DIMANA (bilik tidur ke ruang tamu).

PERINGATAN: Dalam hidup kita ni ada tabiat yang dah termaktub dalam aktiviti harian kita. Contohnya kita gosok gigi sebelum mandi pagi. Jadi mandi pagi ni dah jadi PERINGATAN kepada kita supaya kita tak lupa untuk gosok gigi dahulu sebelum mandi pagi. Sama juga dengan senaman tadi,setkan yang akan senaman sebelum minum kopi pagi-pagi.Dengan cara ini, disiplin kita mestilah "saya tidak akan minum kopi selagi saya tidak senaman!".

BOLEH DIUKUR: Tujuan sebenarnya ialah untuk pastikan kita capai sesuatu yang kita buat. Kalau jogging 5 minit, kita boleh tahu yang kita capai atau tidak.Jadi ukuran itu penting. Mesti ada nombor dalam matlamat kita.

SATU MISI: Cuba sedaya upaya untuk penuhi matlamat untuk jogging 5 minit sehari setiap hari paling kurang 30 hari. Capai SATU matlamat sahaja dalam sesuatu masa.

2. Catatkan Pencapaian Kita catatkan apa sahaja pencapaian kita seharian. Kalau jogging tadi, kita tulislah pukul berapa kita mula, berapa minit dan saat kita buat. Catat yang mudah-mudah sahaja dan catatan ni mestilah dibuat sebaik sahaja kita buat senaman tadi.

Contoh: Tarikh - 16/Feb/09 Mula: 6.45pagi Tamat: 6.51 pagi Jumlah Masa Jogging: 5 min30 saat.

3. Beritahu Orang LainTunjukkan catatan kita tadi pada orang lain, isteri, adik, kawan dan ceritakan apa yang anda sedang nak capai.Sekarang ni dah ada teknologi diary di internet iaitu BLOG. Ha, apa lagi buatlah catatan tiap-tiap hari. Benda ni salah satu elemen yang terpenting dalam mencapai matlamat sebenarnya!

4. PenambahbaikanKatakan kita tak dapat capai matlamat pertama, yang jogging ni kita gagal buat 3 hari. Check balik kenapa kita gagal....terbangun lewat contohnya.Apa punca bangun lewat. pernah dengar 5 WHY? Try tanya diri kita sendiri 5 kali WHY.ContohKenapa kita bangun lambat?
(WHY yang pertama)
Jam loceng tak berbunyiKenapa jam loceng tak berbunyi?
(WHY yang kedua)Bateri habis.Kenapa bateri habis?
(WHY yang ketiga) Sebab kita tak pergi beli.Kenapa kita tak pergi beli?
(Why yang ke empat)Sebab kita tak cukup duit nak beli.Kenapa tak cukup duit nak beli?
(Why yang ke lima) Sebab kita boros berbelanja.Cuba lihat keputusan yang kita dapat.

Masalah: Bangun Lambat.Penyelesaian: Berhemah semasa berbelanja.Ikut logiknya, tak kena langsung penyelesaiannya, tetapi itulah yang berkesan!

OKlah, harap dapat sedikit idea macam mana.nak membentuk TABIAT. Bila dah ada TABIAT dalam diri,maka senaman menjadi satu keseronokan bukan lagi HALANGAN.Salam maju jaya!

p.s: Saya janji untuk terangkan sedikit tentang lemak yang.keluar dari sistem perkumuhan kita. Sebenarnya, lemak tersebut datang dari makanan yang kita makan yang berada dalam perut.Ada elemen yang boleh perangkap lemak ini dan keluarkannya dari sistem tubuh kita contohnya,Chitosan.

Ikhlas,
Abdul Rashid Bin Abdul Manaf,CEO/Pengarah Urusan/Jurulatih Kesihatan PeribadiCSC (CyberSlimCenter) Healthcare EnterpriseTel: 03-8961 8937 / 012-2997309/ 012-2517309Fax: 03-8962 1977Laman Web: www.CyberSlimCenter.comEmail: support@cyberslimcenter.com


No comments: