...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

23 February 2009

Misteri Sontoloyo (Bukan Misteri Nusantara!)




Malam minggu yang lalu penulis dijemput menghadiri majlis marhaban anak sepupu di Sungai Tiang,Bagan Datoh selepas solat Isyak (Congrats Ipat dan Zahir di atas kelahiran baby girl-NurIzzati).
Penulis bertolak bersama isteri dan ibu.Bapa penulis tidak turut sama kerana uzur.
Hampir semua sanak saudara berkumpul dan seperti lazimnya wajah-wajah keceriaan jelas terserlah (Saudara sebelah bapa penulis memang happening lol!).

Di antara ramai-ramai saudara,seperti biasalah penulis akan lepak dengan seorang sepupu penulis yang memang terkenal di kalangan kami.
Namanya Farkhan dan baru berusia 20 tahun (Tapi makwe keliling pinggang).

Farkhan boleh dikategorikan sebagai seorang misteri di sebalik perawakannya yang ceria.Ini turut diakui sendiri oleh ibubapanya.

Sedari kecilnya Farkhan seperti didampingi oleh 'sesuatu'.Seringkali sewaktu masih kanak-kanak beliau dilihat bersembang dengan 'rakannya'.

Kebolehannya melihat unsur-unsur yang tidak dapat dilihat oleh orang lain meremangkan bulu roma penulis.

Malah,penulis mendapat maklumat dari sumber-sumber tertentu yang mengatakan uri beliau sewaktu dilahirkan masih elok walaupun telah bertahun masa berlalu.Insiden tersebut diketahui apabila suatu hari dengan tidak semena-mena,nenek beliau tercangkul tempat di mana urinya ditanam.

Sedangkan uri adik-beradiknya yang lain telah tiada.
Cerita terbaru yang disampaikan beliau semasa ditemui beberapa hari lepas adalah berkenaan beliau yang terserempak dengan 'pocong'.

Kejadian tersebut didakwa berlaku pada hari Ahad minggu lepas semasa beliau bersama beberapa orang rakan bersantai sambil menikmati minum malam.

Pocong tersebut dikatakan mengganggunya sehingga beliau pulang ke rumah apabila beliau mendengar pocong tersebut 'baring' di atas bumbung rumahnya.

Banyak lagi kejadian aneh yang pernah dilalui olehnya.Antaranya beliau pernah membeli sebuah motorsikal terpakai dan terpaksa 'membasuh' terlebih dahulu motor tersebut yang didakwanya ber'tuan'.

Selain itu,kisahnya yang berpindah sekolah beberapa kali kerana gangguan unsur yang tidak dapat dilihat dan sebagainya.

Penulis tidak berniat memaparkan banyak lagi kejadian aneh yang pernah dialaminya.Mungkin Farkhan telah dianugerahkan sesuatu yang orang lain tidak mendapatnya.Gunakan kelebihan tersebut sebaiknya dan ambillah iktibar.Jadilah anak yang soleh dan menyayangi keluarga.

Penulis tidak dapat menulis dengan terperinci kisah yang diceritakan beliau disebabkan tidak membawa buku nota.Bagaimanapun penulis mesti merakamkan fotonya sebagai bukti penulis telah menemuramah beliau.

Penulis mengikut etika kewartawanan majalah Mastika yang mewajibkan setiap artikel yang diterbitkan hendaklah mempunyai bukti dan fakta yang menyokong seperti foto individu yang ditemubual.

Sewaktu penulis mahu merakamkan fotonya dan mengatakan mahu dipaparkan di dalam blog penulis,beliau enggan.

Sebaliknya beliau telah 'bluetooth' beberapa keping gambarnya daripada telefon bimbit Nokia N70 yang didakwanya lebih sesuai untuk dipaparkan.

Untuk tidak menghampakan,penulis paparkan di sini dua keping gambar beliau yang agak 'jambu'.

Penulis tahu beliau mengikuti perkembangan blog ini setiap waktunya terluang di cyber cafe.

Jangan marah Farkhan he he he.


nota kaki:Penulis hanya ingin berkongsi pengalaman ini dan ditegaskan di sini bahawa setiap kejadian di alam ini adalah bukti kekuasaan Allah dan sebagai hambanya,kita hendaklah percaya kewujudan makhluk-makhluk lain selain manusia.Sebagai manusia yang dianugerahkan akal untuk berfikir,kita hendaklah menghindarkan diri dari melakukan sesuatu yang boleh membawa ke syirik.Ingatlah bahawa sesungguhnya syaitan dan iblis akan sedaya-upaya menyesatkan manusia dan hanya Iman dan ketaqwaan yang kukuh akan menjadi benteng kita.

No comments: