...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

31 January 2010

Nyaris!

Jam 4.35 pagi.
Hari Ahad.
Lokasi:Balai Polis Bagan Datoh

"Maaf encik! Saya mabuk.Saya tak sedar apa bila itu India bawak sama saya punya kereta."

"Kamu jangan mahu tipu ya?Habis apa pasal dalam kareta kamu ada parang?"

"Saya selalu kena samun maa...saya mahu jaga saya punya kebun sawit itu 37 ekar punya"

"Kamu jangan bohong"!

Pang!!!!!

...........................................................................................

Perjalanan pulang dari menghadiri khenduri di Lekir malam tadi berjalan lancar.Jam menunjukkan pukul 12.25 pagi sewaktu kami mula memasuki simpang jalan Sungai Dulang-Bagan Datoh.Masing-masing telah mulai lena kecuali aku yang terpaksa memandu menggantikan ayah yang keletihan di sebelah.

Sebaik sampai di hadapan Sekolah Kebangsaan Bagan Lalang, sebuah kereta mengejar kereta kami dengan memberi lampu tinggi.

Menyedari kemungkinan kereta tersebut mahu cepat, aku memberi laluan.Tiba-tiba kereta yang memintas kami tadi memberi isyarat supaya kami berhenti.Menyedari sesuatu yang buruk bakal berlaku, ibuku pantas memberi arahan supaya tidak berhenti.

Setelah beberapa kilometer, akhirnya aku terpaksa berhenti kerana kereta tersebut membrek secara mengejut.Sebaik berhenti beberapa orang bersenjatakan parang segera keluardari kereta tadi dan meluru ke arah kami.

Aku tidak sebodoh itu untuk menyerah.Dengan pantas aku menekan pedal minyak dan memecut dari tempat kejadian setelah mendapat sedikit ruang di sebelah tepi kereta tersebut yang menghadang laluanku.

Adegan kejar-mengejar kembali semula.Ayahku segera memberi arahan untuk masuk ke halaman sebuah rumah rakannya yang kebetulan di tepi jalan tersebut.Aku membrek secara mengejut dan terus membelok ke rumah tersebut.Namun tidak masuk terus.Penjenayah yang mengekori kami juga membrek mengejut dan segera berpatah balik apabila menyedari kami ingin mendapatkan bantuan.

Aku berfikir secara pantas dan tanpa membuang masa mengundur dan mengejar kereta penjenayah tersebut.Aku menyuruh adik-adikku yang lain mengecam nombor pendaftaran kereta Kancil tersebut.Di sebelah, ayah ku merayu supaya aku tidak terus mengejar kereta tersebut namun ditenangkan oleh ibuku.

Setelah mendapat nombor pendaftran tersebut aku menghubungi polis dan kembali ke rumah di mana kami membuat pusingan tadi.

Di rumah tersebut, rakan ayahku yang juga seorang 'taiko' bertindak mengumpul rakan-rakannya dan terus mencari suspek.Sementara menanti ketibaan polis, kami mencari di merata tempat dan akhirnya mengesan kereta suspek di Perumahan Awam Sungai Dulang.

Dari empat orang yang berada di dalam kereta penjenayah tadi, kami hanya menemui seekor cina yang agak mabuk.Manakala 2 ekor India dan Seekor Flores telah menghilangkan diri.

Lauk sudah di depan mata dan apalagi, penyangak tadi dibelasah secukup rasa sebelum polis tiba tidak lama kemudian.

Siasatan awal polis mendapati kereta tersebut memang milik setan tadi dan setan tadi juga mempunyai rekod jenayah samun bersenjata dan pecah rumah.

Semoga baki setan yang terlepas akan dapat diberkas sedikir masa lagi.Alhamdulillah keluarga kami selamat dari kejadian samun tersebut.

.............................................................................


Aku dalam cerita di atas adalah Ainul Farhan Basir yang juga sepupu kepada penulis.Kejadian tersebut berlaku malam semalam semasa perjalanan pulang dari Lekir.Sebelum itu beliau juga sempat singgah di rumah penulis.

"Seperti memandu kereta di dalam permainan video" katanya pendek.

27 January 2010

Ibu Qaseh...Isteriku Jua...


Sepanjang minggu lepas adalah minggu paling menguji kekuatan fizikal dan mental dalam keluarga kami.Ia juga merupakan satu proses pembelajaran untuk kami mengawal tekanan dalam kerja mahupun kehidupan seharian.

Bukanlah satu perkara yang mudah apabila penulis diterjah pengarah di kawasan seliaan penulis.Dan bukan mudah juga untuk isteri penulis bekerja pada minggu pertamanya.

Minggu lepas merupakan minggu pertama isteri penulis kembali ke profesion hakikinya setelah kontrak menjadi guru berakhir pada akhir Disember lalu.

Profesion terkininya menjadi seorang Resident Engineer (RE) di sebuah firma perunding bukanlah satu kerjaya yang mudah.Banyak terpaksa dikorbankan dan sebagai suami, penulis juga terpaksa berkorban banyak masa dan tenaga.

Seawal dua hari pertama beliau bertugas, beliau terpaksa menghadiri beberapa mesyuarat bersama pengarah peringkat Jusa untuk satu projek kendaliannya di Putrajaya.Bersengkang mata bekerja sehingga jam melewati 1 pagi untuk menyediakan laporan teknikal mesyuarat tersebut menyebabkan Qaseh hanya sempat bermain bersama ibunya beberapa jam sehari.Manakan tidak sewaktu ke pejabat Qaseh masih lena dan sekembali dari pejabat Qaseh sudah lena dibuai mimpi.Penulis yang bimbangkan keselamatannya pulang lewat pagi dengan rela hati menghantar dan menjemputnya.

Terima kasih kepada ibu dan ibu mertua yang sering memberi perhatian kepada Qaseh sepenjang ketiadaan kami.

Dan beberapa mesyurat lain bersama ketua-ketua kampung di mana lokasi projek yang sedang menjalani pembinaan juga terpaksa dihadiri.

Jika selama ini hanya penulis yang mengenali kekentalan hati isteri, beberapa orang juga kini mengakuinya.Beberapa rakan dari agensi terlibat yang turut hadir pada satu mesyuarat yang dihadiri isteri memaklumkan betapa mereka menghormati isteri penulis dengan kekerasan hatinya.Ini kerana mereka pun agak tidak sanggup untuk dihentam di dalam mesyuarat.

Manakan tidak, walaupun dihambur dengan berbagai komplen secara kasar termasuk oleh YB (Yang Bangang?Mungkin juga) kawasan, isteri penulis tetap keras dan YB juga ditempelaknya.Seorang pegawai dari agensi lain yang mengusiknya "Ingatkan sudah menangis dan balik" juga ditempelak kembali.

Rakan penulis yang turut hadir pada mesyuarat tersebut juga tabik dengan prinsip isteri penulis yang keras hati.

Namun, isteri penulis yang penulis kenali tetap seorang yang penyayang walaupun semasa bertugas beliau seorang yang tegas dan berpendirian.Kesimpulannya penulis dan Qaseh tetap terpaksa membayar dengan harga yang agak mahal untuk masa yang kian berkurangan dengannya.

Tahrir As-Syam-Apa lagi yang dimahukan?



Keheningan malam desa tercinta yang selama ini tenang tiba-tiba dipecahkan dengan gempita umpatan, kejian, makian dan segala macam sumpah seranah demi menegakkan benang basah pihak tertentu.

Tidak pernah selama ini budaya ceramah sedemikian hadir di desa ini mencacatkan kedamaian yang selama ini dinikmati.

Apa lagi yang dimahukan?idak damaikah lagi mencari rezeki di bumi ini.Paling merobek perasaan apabila golongan bukan Islam yang berceramah.Dan yang dimaki hamun orang kita Melayu Islam.Dan yang bertepuk sorak orang Islam.

Inikah yang anda mahukan?

Jika sepanjang beberapa minggu lepas anda menyaksikan dokumentari Tahrir As-Syams di dalam slot Buletin Utama, tidak dapat tidak kita akan merasa tersentuh dengan penderitaan yang dialami oleh saudara Islam kita yang dijajah di sana.

Adakah kita mahu peritiwa berdarah Shabra Shatila berlaku di bumi Malaysia ini.Secara ringkas peristiwa berdarah ini berlaku apabila sejumlah orang Islam yang tidak berdosa dibunuh dengan kejam di kem pelarian mereka.Apalah yang terdaya dilakukan oleh mereka untuk melawan musuh tanpa senjata.

Jika Umat Islam di negara ini masih tidak belajar daripada peristiwa tersebut, tidak mustahil kita akan ditindas dan melukut di negara sendiri.

Kepada penduduk di kawasan kejiranan penulis ini, kasihan anda kerana anda telah dimanipulasi oleh mereka yang bijak berkata-kata dan mempunyai sejumlah budi untuk ditaburi-semuanya untuk memikat anda yang masih bingung untuk memahami apa sebenarnya yang berlaku.

Insaflah dan tidak rugi andai kita semua bersatu kembali.Kepada golongan profesional terutama guru yang tentunya menikmati kemudahan yang disediakan kerajaan, anda pasti tidak dapat selesa seperti hari ini tanpa keprihatinan kerajaan sediada.

Belajarlah untuk berterima kasih....

23 January 2010

Sempurna


Tiada manusia yang sempurna.Apatah lagi dikalangan kita.Tapi tidak salah rasanya kalau kita mementingkan kesempurnaan.Lagi pula jika ia bertujuan baik dengan tiada niat bermegah-megah atau sebagainya yang negatif.

Sejujurnya lazim kita sendiri tidak menyedari samada diri kita mementingkan kesempurnaan atau tidak.Mungkin ada part-part tertentu kita hendak sempurna manakala part selainnya diabaikan.

Sesetengahnya mementingkan kesempurnaan tapi sedar akan kemampuan diri untuk bertindak sempurna dalam perkara dikehendaki.Justeru golongan ini akan cuba untuk mencapai tahap kesempurnaan berdasarkan ruang lingkup kemampuannya.

Kepada mereka yang berkemampuan tentunya akan menganggap kesempurnaan yang dicapai oleh golongan sederhana tadi belum mencapai tahap klimaks kesempurnaan yang dikehendaki mereka.

Kesempurnaan mencakupi segala hal yang berkaitan dengan diri.Mungkin dari segi aset atau harta benda, personaliti, kerjaya, sahabat mahupun keluarga.

Ambil contoh seorang yang mementingkan kesempurnaan dalam kehidupan hariannya.Mungkin individu ini akan lemas atau rimas dengan keadaan rumah yang berselerak.Pada pandangan orang lain mungkin ia biasa namun bagi individu ini ia suatu kesengsaraan.

Apabila beliau mengemas mulalah mungkin ada individu lain mengatakan beliau terlalu mementingkan kesempurnaan susun atur rumah.Hakikatnya bukan itu yang dimaksudkan oleh individu yang berkemas tadi tetapi itulah habit atau tabiatnya yang tidak suka sepah.

Inilah yang dikatakan kita sendiri tidak menyedari kita pentingkan kesempurnaan.

Bagi diri penulis pula, penulis tidak akan dapat tidur lena sekiranya bilik tidur berselerak.Tabiat tersebut di bawa sehingga hari ini walaupun telah beristeri dan mempunyai anak.Penulis hanya mahukan satu suasana tidur yang berkualiti walaupun tiada LCD terlekap di dinding bilik!Penulis juga tidak suka keadaan dalam kereta yang bersepah dan berhabuk.Biar bahagian luar kotor (kalau sempat basuh memang mesti basuh!) tetapi bahagian dalam mesti bersih dan kemas.Kereta isteri juga akan penulis pastikan sentiasa bersih dan kemas.(Shhh...golongan perempuan ni selalu bawa kerta janji boleh start dan terus jalan.Lain-lain memang tak ambil tau.)

Isteri penulis sendiri kadangkala membebel menyatakan penulis seorang yang nak perfect serba serbi dan mempunyai citarasa tinggi walaupun hakikatnya penulis bukanlah seperti yang digambarkan.

Kesimpulannya tidak salah kita memilih kesempurnaan asalkan ia tidak membawa pembaziran atau mudarat kemudian hari.

nota: Sebagai bonus, blog ini akan memaparkan lagu Sempurna oleh Gita Gutawa sebagai tema.


22 January 2010

Siapa yang Harus Dipersalahkan?


Persoalan di atas timbul beberapa hari lalu apabila penulis menghubungi seorang rakan berkenaan satu hal berkaitan pembayaran cukai tanah.

Rakan yang arif tentang hal-hal tersebut sedang memandu ketika penulis menghubungi telefon bimbitnya.

Perbualan kami berjalan lancar apabila lama kelamaan suaranya tenggelam dan yang tinggal hanyalah desiran angin....

Penulis cuba menghubunginya lagi sekali tetapi tidak berjawab.

Setengah jam selepas itu....

Rakan penulis menghubungi penulis semula.Lega rasanya kerana penulis hanya membayangkan perkara negatif sejak perbualan kami terputus tadi.

Sebanarnya semasa kami berbual, sebuah kereta peronda polis kebetulan mengekori kereta rakan tadi dan ternampak beliau sedang berbual di telefon tanpa alat bebas tangan (hands free).

Mujurlah beliau hanya diberi amaran tanpa disaman.Semuanya kerana rakan penulis itu memberi alasan sedang dihubungi oleh seorang VIP berkenaan mesyuarat yang akan diadakan pada esok hari.Mati-mati polis yang menahannya dikelentong dan percaya dengan cerita tersebut.Tapi yang lebih meyakinkan apabila rakan tadi masih memakai tanda pengenalan diri di bajunya yang menunjukkan seorang panjawat awam.

Penulis tinggalkan persoalan tersebut di sini berkenaan siapa yang harus dipersalahkan.

a) Penulis yang tidak tahu beliau sedang memandu menghubungi telefon bimbitnya.

b) Rakan tersebut yang sedang memandu menjawab panggilan penulis tanpa memaklumkan beliau sedang memandu dan meminta penulis menghubunginya semula di lain masa.

c) Polis yang menahan rakan tersebut dan hanya memberi amaran tanpa menyamannya.

d)Atau adakah Telefon bimbit kami berdua yang bersalah kerana menyebabkan kami saling berhubung???

14 January 2010

Sekilas...


Tahniah!

Tahun 2010 membuka lembarannya dengan kehadiran ahli baru keluarga kami.Alhamdulillah, pada hari Selasa yang lalu,12.01.10 lahirlah bayi perempuan kedua kepada abang sulung penulis dengan pasangannya.

Bayi yang masih belum diberi nama ini selamat dilahirkan sekitar jam 10 pagi dan penulis mendapat kiriman SMS semasa masih di dalam kursus.Insya'Allah penulis bersama ibubapa akan datang menziarah pada hujung minggu ini.

Semoga dipanjang umur dan dimurahkan rezeki.Jangan lupa beritahu nama kepada kami nanti.

p/s: Nur Fatin Zahirah kini dah jadi kakak.Bila pula Luqman nak jadi abang? he he he...

Apologetik yang meng'getik'kan.

Malaysia yang sedang kecoh dengan isu permohonan penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian tampak masih belum reda.

Dari beberapa siri insiden tindakan berunsur sabotaj ke atas gereja oleh golongan 'nakal' yang kononnya didakwa dilakukan oleh orang Islam timbul beberapa persoalan disebalik kejadian tersebut.

1)Benarkah ia dilakukan oleh orang Islam?
2)Kenapa UMNO menjadi sasaran insiden tersebut?
3)Kenapa PM tiba-tiba menjadi begitu apologetik sehingga meluluskan peruntukan segera membaikpulih gereja walaupun siasatan belum selesai?Bukankah ia akan menampakkan kita yang salah?
4)Siapa yang memulakan semua permainan ini dan seterusnya mendorong mencetuskan insiden sebegini yang jika benar dilakukan oleh mereka yang tidak berpuas hati?
5)Adakah orang Islam yang memulakannya?
6)Apakah agenda pihak terbabit untuk menggunakan kalimah tersebut yang selama ini menjadi hak mutlak umat Islam yang merujuk kepada Allah Yang Maha Esa?

Saya tinggalkan persoalan ini untuk anda menjawapnya.Baca sini sebagai selingan.
Mati Itu Pasti

Sebentar tadi menerima khabar ketua kelas kepada adik bongsu penulis yang baru menamatkan persekolahnnya baru-baru ini kembali ke Rahmatullah.Adik penulis bersama ibu sedang menghadiri Forum Perdana di Teluk Intan semasa penulis menerima khabar daripada ibu saudara yang juga guru kelas kepada mereka.

Kebetulan adik penulis ternampak Allahyarham petang tadi tapi tidak sempat bertegur sapa.Namun tampak jelas raut wajah Allahyarham yang sugul katanya.

Aidilfitri lalu Allahyarham sempat bertandang ke rumah penulis untuk ziarah menziarahi bersama rakan yang lain.

Walaupun secara peribadi penulis tidak mengenali Allahyarham perasaan sedih dan terkejut tetap ada kerana adik penulis sendiri baru bertemunya petang tadi.Penulis membayangkan perkara yang sama sekiranya terjadi ke atas penulis.

Begitulah qada' dan qadar yang harus diterima.Ajal maut di tangan Allah SWT yang tidak akan lambat atau cepat walau sesaatpun sekiranya masanya telah tiba.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan umat Islam keseluruhannya.

Al-Fatihah...

05 January 2010

2010

Lima hari telah berlalu sejak 2010 menjengah.Kelam kabut juga untuk dua hari pertama bekerja pada tahun baru ini.

Apa khabar anak-anak yang bersekolah dan cikgu-cikgu yang mula mengajar setelah satu percutian yang panjang?Berbagai ragam pasti dapat dilihat.

Kepada semua...selamat mengharungi tahun 2010 yang penuh dengan cabaran.Suka penulis memetik kata Prof. Diraja Ungku Aziz ini untuk menjadi renungan kepada semua.

:-)

1) Rajin Berkerja + Rajin Bercakap = Bagus
2) Rajin Berkerja + Malas Bercakap = Kena Buli
3) Malas Berkerja + Rajin Bercakap = Wayang Cina
4) Malas Berkerja + Malas Bercakap = Tak Guna
5) Malas Berkerja + Suka Mengadu = Lalat Hijau
6) Malas bekerja + Suka Ponteng = Lebih Baik Berhenti
7) Malas Berkerja + Suka Termenung = Lebih Baik Mati!!!