...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

14 January 2010

Sekilas...


Tahniah!

Tahun 2010 membuka lembarannya dengan kehadiran ahli baru keluarga kami.Alhamdulillah, pada hari Selasa yang lalu,12.01.10 lahirlah bayi perempuan kedua kepada abang sulung penulis dengan pasangannya.

Bayi yang masih belum diberi nama ini selamat dilahirkan sekitar jam 10 pagi dan penulis mendapat kiriman SMS semasa masih di dalam kursus.Insya'Allah penulis bersama ibubapa akan datang menziarah pada hujung minggu ini.

Semoga dipanjang umur dan dimurahkan rezeki.Jangan lupa beritahu nama kepada kami nanti.

p/s: Nur Fatin Zahirah kini dah jadi kakak.Bila pula Luqman nak jadi abang? he he he...

Apologetik yang meng'getik'kan.

Malaysia yang sedang kecoh dengan isu permohonan penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian tampak masih belum reda.

Dari beberapa siri insiden tindakan berunsur sabotaj ke atas gereja oleh golongan 'nakal' yang kononnya didakwa dilakukan oleh orang Islam timbul beberapa persoalan disebalik kejadian tersebut.

1)Benarkah ia dilakukan oleh orang Islam?
2)Kenapa UMNO menjadi sasaran insiden tersebut?
3)Kenapa PM tiba-tiba menjadi begitu apologetik sehingga meluluskan peruntukan segera membaikpulih gereja walaupun siasatan belum selesai?Bukankah ia akan menampakkan kita yang salah?
4)Siapa yang memulakan semua permainan ini dan seterusnya mendorong mencetuskan insiden sebegini yang jika benar dilakukan oleh mereka yang tidak berpuas hati?
5)Adakah orang Islam yang memulakannya?
6)Apakah agenda pihak terbabit untuk menggunakan kalimah tersebut yang selama ini menjadi hak mutlak umat Islam yang merujuk kepada Allah Yang Maha Esa?

Saya tinggalkan persoalan ini untuk anda menjawapnya.Baca sini sebagai selingan.
Mati Itu Pasti

Sebentar tadi menerima khabar ketua kelas kepada adik bongsu penulis yang baru menamatkan persekolahnnya baru-baru ini kembali ke Rahmatullah.Adik penulis bersama ibu sedang menghadiri Forum Perdana di Teluk Intan semasa penulis menerima khabar daripada ibu saudara yang juga guru kelas kepada mereka.

Kebetulan adik penulis ternampak Allahyarham petang tadi tapi tidak sempat bertegur sapa.Namun tampak jelas raut wajah Allahyarham yang sugul katanya.

Aidilfitri lalu Allahyarham sempat bertandang ke rumah penulis untuk ziarah menziarahi bersama rakan yang lain.

Walaupun secara peribadi penulis tidak mengenali Allahyarham perasaan sedih dan terkejut tetap ada kerana adik penulis sendiri baru bertemunya petang tadi.Penulis membayangkan perkara yang sama sekiranya terjadi ke atas penulis.

Begitulah qada' dan qadar yang harus diterima.Ajal maut di tangan Allah SWT yang tidak akan lambat atau cepat walau sesaatpun sekiranya masanya telah tiba.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan umat Islam keseluruhannya.

Al-Fatihah...

No comments: