...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

23 January 2010

Sempurna


Tiada manusia yang sempurna.Apatah lagi dikalangan kita.Tapi tidak salah rasanya kalau kita mementingkan kesempurnaan.Lagi pula jika ia bertujuan baik dengan tiada niat bermegah-megah atau sebagainya yang negatif.

Sejujurnya lazim kita sendiri tidak menyedari samada diri kita mementingkan kesempurnaan atau tidak.Mungkin ada part-part tertentu kita hendak sempurna manakala part selainnya diabaikan.

Sesetengahnya mementingkan kesempurnaan tapi sedar akan kemampuan diri untuk bertindak sempurna dalam perkara dikehendaki.Justeru golongan ini akan cuba untuk mencapai tahap kesempurnaan berdasarkan ruang lingkup kemampuannya.

Kepada mereka yang berkemampuan tentunya akan menganggap kesempurnaan yang dicapai oleh golongan sederhana tadi belum mencapai tahap klimaks kesempurnaan yang dikehendaki mereka.

Kesempurnaan mencakupi segala hal yang berkaitan dengan diri.Mungkin dari segi aset atau harta benda, personaliti, kerjaya, sahabat mahupun keluarga.

Ambil contoh seorang yang mementingkan kesempurnaan dalam kehidupan hariannya.Mungkin individu ini akan lemas atau rimas dengan keadaan rumah yang berselerak.Pada pandangan orang lain mungkin ia biasa namun bagi individu ini ia suatu kesengsaraan.

Apabila beliau mengemas mulalah mungkin ada individu lain mengatakan beliau terlalu mementingkan kesempurnaan susun atur rumah.Hakikatnya bukan itu yang dimaksudkan oleh individu yang berkemas tadi tetapi itulah habit atau tabiatnya yang tidak suka sepah.

Inilah yang dikatakan kita sendiri tidak menyedari kita pentingkan kesempurnaan.

Bagi diri penulis pula, penulis tidak akan dapat tidur lena sekiranya bilik tidur berselerak.Tabiat tersebut di bawa sehingga hari ini walaupun telah beristeri dan mempunyai anak.Penulis hanya mahukan satu suasana tidur yang berkualiti walaupun tiada LCD terlekap di dinding bilik!Penulis juga tidak suka keadaan dalam kereta yang bersepah dan berhabuk.Biar bahagian luar kotor (kalau sempat basuh memang mesti basuh!) tetapi bahagian dalam mesti bersih dan kemas.Kereta isteri juga akan penulis pastikan sentiasa bersih dan kemas.(Shhh...golongan perempuan ni selalu bawa kerta janji boleh start dan terus jalan.Lain-lain memang tak ambil tau.)

Isteri penulis sendiri kadangkala membebel menyatakan penulis seorang yang nak perfect serba serbi dan mempunyai citarasa tinggi walaupun hakikatnya penulis bukanlah seperti yang digambarkan.

Kesimpulannya tidak salah kita memilih kesempurnaan asalkan ia tidak membawa pembaziran atau mudarat kemudian hari.

nota: Sebagai bonus, blog ini akan memaparkan lagu Sempurna oleh Gita Gutawa sebagai tema.


No comments: