Persoalan di atas timbul beberapa hari lalu apabila penulis menghubungi seorang rakan berkenaan satu hal berkaitan pembayaran cukai tanah.
Rakan yang arif tentang hal-hal tersebut sedang memandu ketika penulis menghubungi telefon bimbitnya.
Perbualan kami berjalan lancar apabila lama kelamaan suaranya tenggelam dan yang tinggal hanyalah desiran angin....
Penulis cuba menghubunginya lagi sekali tetapi tidak berjawab.
Setengah jam selepas itu....
Rakan penulis menghubungi penulis semula.Lega rasanya kerana penulis hanya membayangkan perkara negatif sejak perbualan kami terputus tadi.
Sebanarnya semasa kami berbual, sebuah kereta peronda polis kebetulan mengekori kereta rakan tadi dan ternampak beliau sedang berbual di telefon tanpa alat bebas tangan (hands free).
Mujurlah beliau hanya diberi amaran tanpa disaman.Semuanya kerana rakan penulis itu memberi alasan sedang dihubungi oleh seorang VIP berkenaan mesyuarat yang akan diadakan pada esok hari.Mati-mati polis yang menahannya dikelentong dan percaya dengan cerita tersebut.Tapi yang lebih meyakinkan apabila rakan tadi masih memakai tanda pengenalan diri di bajunya yang menunjukkan seorang panjawat awam.
Penulis tinggalkan persoalan tersebut di sini berkenaan siapa yang harus dipersalahkan.
a) Penulis yang tidak tahu beliau sedang memandu menghubungi telefon bimbitnya.
b) Rakan tersebut yang sedang memandu menjawab panggilan penulis tanpa memaklumkan beliau sedang memandu dan meminta penulis menghubunginya semula di lain masa.
c) Polis yang menahan rakan tersebut dan hanya memberi amaran tanpa menyamannya.
d)Atau adakah Telefon bimbit kami berdua yang bersalah kerana menyebabkan kami saling berhubung???
No comments:
Post a Comment