Perjalanan penulis ke pejabat hari ini adalah sekitar jam 7.25 pagi.Seusai memanaskan enjin 'Jaguar' sekadarnya,penulis memandu ke pejabat dengan tenang.
Melihat cermin pandang belakang,kelihatan jiran penulis yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan memacu pajeronya dengan kelajuan yang dianggarkan 100km/j.Mungkin sudah agak terlewat.
Penulis memberi laluan untuk cikgu itu kerana penulis masih mempunyai masa untuk memandu dengan penuh selesa ke pejabat.
Ketenangan memandu bagaimanapun agak terganggu.Dikejauhan kelihatan lampu siren berkelip.Kebetulan cuaca agak berkabus,maka lampu tersebut lebih jelas kerana sifat cahaya yang bergabung dengan kabus.
Penulis menjangka satu kemalangan telah terjadi.Kemalangan yang biasa berlaku.
Bagaimanapun hati penulis tidak tenteram kerana beberapa ratus meter lagi ke lokasi itu,lalulintas sudah terhenti atau 'jam'.Keadaan berlanjutan sehingga lebih kurang 15 minit.
Setelah lalulintas kembali lancar,penulis agak tergamam melihat kejadian sebenar.Ia bukan kemalangan biasa yang penulis lazim saksikan.
Ini kemalangan yang boleh dikategorikan mengerikan.
Penulis tidak tahu apa yang perlu diungkapkan.Melihat Trak Polis (lazimnya black maria untuk membawa mayat mangsa.Tapi ini Trak Polis!Faham sajalah!) dan kelibat satu pasukan bomba sudah menyatakan apa yang terjadi.Penulis tidak berhenti kerana lalulintas yang tidak mengizinkan tetapi sambil pemandu,penulis sempat mengambil beberapa gambar.
Kemalangan ini melibatkan sebuah lori dan sebuah MPV (tidak dapat dipastikan model apa kerana total lost).
Apapun penulis meneruskan perjalanan dengan berbagai perkara menerawang di kepala.
Ambil lah iktibar dari kemalangan ini.Pandu cermat,ingatlah orang yang tersayang.
p/s:Sehingga kini belum dapat dipastikan mangsa yang terlibat.Mungkin berita akan dipaparkan di akhbar esok.Lazimnya Harian Metro.
No comments:
Post a Comment