Jun 2010 telah berlalu dengan semalam merupakan hari akhirnya.Ya,Jun 2010 sukar digambarkan dengan kata-kata.Dek mungkin juga kerana Jun merupakan bulan yang terlalu signifikan kepada penulis kerana setiap tahun pada tanggal 14 haribulan Jun penulis akan menyambut hari kelahiran.
Rasanya hadiah ulangtahun kelahiran paling bermakna pernah diterima ialah pada tahun ini.Hadiah-hadiah tersebut ialah penerimaan Sijil Terampil yang telah diterima kerana kecemerlangan dalam perkhidmatan, hadiah harijadi daripada isteri dan paling memberi kepuasan ialah pencapaian empat angka dalam perniagaan yang baru diceburi awal Jun lalu.Pencapaian target tersebut melengkapkan hari-hari indah dalam bulan Jun.
Dalam kesibukan kerjaya hakiki dan masa senggang yang juga agak terhad tidak menghalang penulis bersama isteri menjelajah mencari peluang-peluang yang terbuka.Memang agak meletihkan kerana kami bergerak walaupun malam untuk menghantar stok-stok jus yang dipesan.Tetapi ternyata ia berbaloi walaupun Qaseh yang turut terheret sama sering meragam kerana kepenatan :-)
Insya'Allah Julai ini, penulis bersama rangkaian rakan-rakan akan menganjurkan satu pelancaran secara rasmi produk ini di Teluk Intan.Semoga Julai yang telah menjengah mulai hari ini akan membawa seribu satu kemanisan lagi di hari-harinya yang mendatang...
No comments:
Post a Comment