Pasaraya Billion |
Masa berlalu silih berganti.Hutan Melintang (Pekan Simpang Empat) hari ini nyata telah berubah serubahnya.Disamping industri perladangan dan perikanan yang memang sudah sinonim, pemain-pemain industri perkilangan telah mula melabur di kawasan ini.Penempatan dan taman-taman perumahan tumbuh bagai ce dawan selepas hujan.
Salah sebuah hotel yang baru beroperasi |
Kemudahan asas merangkumi infrasrtruktur awam disediakan oleh kerajaan bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.Institusi perbankan,sekolah-sekolah dan gedung perniagaan ternyata memberi keselesaan kepada penduduk yang mana taburan kepadatan meningkat saban tahun.
Antara penanda aras kepada kemajuan di Hutan Melintang hari ini ialah kewujudan pasaraya membeli-belah seperti pasaraya Billion dan hotel-hotel.
Restoran makanan segera KFC yang mula beroperasi pada 1.1.11 |
Terbaru rangkaian restoran makanan segera terkenal, KFC telah memulakan operasinya pada 1.1.11 yang lalu.Bukankan ini membuktikan pelabur bermodal besar dari luar mula yakin dengan kepesatan pembangunan di sini?
Desas-desus yang kini bertiup kencang ialah pembukaan sebuah gedung tekstil terkenal, Jakel yang khabarnya akan membuka operasi perniagaannya di Wisma UMNO Bagan Datoh bagi menggantikan penyewa sebelumnya iaitu pasaraya yang telah tamat kontrak sewanya.
Tangki 1 juta gelen untuk menampung kepadatan penduduk sekitar |
Dan lagi simbol yang menunjukkan populasi pertambahan penduduk ialah dengan siap terbinanya tangki air gergasi oleh Lembaga Air Perak (LAP) yang berkapasiti 1,000,000 gelen (1 juta gelen) !
Disebalik setiap kemasukan pelabur-pelabur bermodal besar yang mampu menyerap sebuah perniagaan mega itu, terselit keburukannya iaitu persaingan dengan peniaga-peniaga kecil seperti peruncit.
Apapun itulah harga yang tepaksa dibayar demi sebuah kemajuan.Banyak lagi keburukan kalau mahu dihuraikan di sini.Natijahnya Hutan Melintang hari ini lebih seronok namun gejala sosial nya pula tidak menyeronokkan.
2 comments:
gambar buat kapal kat tangki air
tu tak ade ke...
anon 10:18 PM,
ha'ah...lupe plak.thnx kerana ingatkan seterusnya prihatin dengan persekitaran semasa di daerah ini...
Post a Comment