Masalahnya pernahkah drama bercorak bomba dan penyelamat ditayangkan di TV negara kita?
Seingat penulis tiada.Kenapa?Penulis tiada jawapan untuk itu.
Yang pasti penulis berpendapat masih belum tertanam di dalam diri warga negara ini rasa untuk berbangga dan menginsafi pengorbanan anggota bomba yang bergadai nyawa menjadi penyelamat di dalam kebanyakan kes kecemasan.
Seringkali kita akan memandang dengan penuh perhatian jika bertemu tentera atau polis tetapi hanya memandang sepi jika terpandang bomba.Melainkan jika kebetulan bertembung dengan situasi sebuah jentera bomba meminta laluan di jalanraya dengan membunyikan sirennya, barulah kita akan memberi perhatian kepada mereka.
Sedarkah kita jika berlaku kes-kes kecemasan terutama melibatkan kebakaran dan kemalangan warga bomba adalah agensi pertama yang terlintas di fikiran.
Manakala jika sesebuah organisasi menganjurkan bengkel keselamatan kebakaran yang memerlukan penglibatan bomba barulah kita memberi perhatian.Natijahnya majoriti lebih memandang ringan perkara tersebut.
Anda pernah menonton program Jepun iaitu Ninja Warior di TV9?
Jika diamati dengan teliti, warga Jepun sangat berbangga menjadi anggota bomba terutama mereka yang berkecimpung dalam pekerjaan tersebut.
Ini dapat dilihat melalui peserta program tersebut yang terdiri dari beberapa peserta dari kalangan anggota bomba.Mereka berbangga berpakaian seragam bomba semasa menyertai cabaran lasak tersebut.
Berbeza dengan kita yang seboleh mungkin merahsiakan identiti sebagai seorang anggota bomba (segelintir sahaja).
Untuk akhirnya di dalam artikel yang penulis pun tidak tahu mengapa tiba-tiba menulis tentang bomba ini, harapan ialah semoga kerjaya ini dimartabatkan dan diangkat setara dengan agensi keselamatan lainnya.
p/s:APMM dan beberapa agensi lain turut perlu diberi publisiti sesuai dengan keadaan semasa yang menuntut warganegara ini untuk mengenali fungsi sesuatu agensi.
No comments:
Post a Comment