...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

07 March 2010

Nota Hati Seorang Lelaki (Edisi 5-8 Mac '10)

Jumaat ( 5.3.2010)
6.30 pagi
Qaseh masih belum bangun dari tidur yang lena ketika aku menghantar isteri ke Teluk Intan untuk bertolak ke Terengganu bersama rakan sepejabatnya.Malam tadi Qaseh meragam tidak mahu tidur seakan tahu ibunya akan meninggalkannya untuk beberapa hari.
Aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah ibubapaku dan bercadang mengambil Qaseh dari rumah mertua selepas solat Jumaat.Oh ya,hari ini seorang penduduk kampung meninggal dunia.Semalam seorang penduduk juga telah meninggal.Termasuk minggu lepas, sudah tiga orang yang meninggal dunia.Lepas ini siapa pula?
2.40 petang
Aku berkejar ke rumah mertua untuk menjemput Qaseh.Kebetulan ibuku turut serta kerana selepas ini ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan.Mood Qaseh baik sahaja apabila melihat aku.Isteri aku menelifon memaklumkan telah sampai pada jam 4.30 petang.
9.30 malam
Qaseh tidur macam biasa.Alhamdulillah.Dia masih tidak merindui ibunya.


Sabtu (6.3.2010)
Sepanjang waktu siang Qaseh ok.Isteriku menghubungi untuk memaklumkan terpaksa stay lagi sehari untuk briefing projek barunya.Aduh!
3.30 pagi-5.30 pagi
Qaseh terjaga dr tidur.Walaupun telah diberi susu matanya masih tidak lelap.Reaksinya gelisah dan merengek.Aku rasa dia baru teringat ibunya.Kesian Qaseh.Kesian aku juga kerana mengantuk sangat ni.Mujur ibuku mengambil tempat menenteramkan Qaseh.Thanx mak.


Ahad(7.3.2010)
8.00 pagi
Qaseh masih lena kesan kerana tidak tidur lena malam tadi semasa aku menghantar ibubapaku kursus haji di Masjid Daerah.
9.00 pagi
Qaseh bangun, siapkannya dan terus hantar ke rumah mertua.Adik-adik iparku ingin 'meminjamnya' untuk sehari ini.
5.00 petang
Ibu mertuaku menelifon untuk meminta Qaseh tidur di rumahnya malam ini.Aku akur walaupun bimbang kerana Qaseh sukar untuk tidur tanpa aku atau ibunya di sisi.Aku pula segan untuk tidur di rumah mertua tanpa kehadiran isteri.
10.45 malam
Adik ipar mengirim SMS memaklumkam Qaseh okey dan bersedia untuk tidur.Dan aku pula keseorangan di bilik dingin ini menanti isteri kesayangan pulang esok...
Selamat malam Sayang...selamat malam Qaseh...

No comments: