...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

17 March 2010

Best and Bad Part of My Day

Hari ini julung kalinya penulis menjadi seperti YB yang turun padang untuk menjuarai hati rakyat.He he he.
Manakan tidak, penulis menerima jemputan dari pemimpin masyarakat setempat untuk mengenali lebih dekat kawasan seliaan penulis.Dan itu bukanlah satu masalah besar. (klik tajuk)


Kesimpulannya ia menjadi salah satu kenangan manis untuk hari ini kerana layanan yang diterima sangat menyentuh perasaan.Yang menjadi masalah apabila rupanya ramai yang masih mempunyai pertalian keluarga dengan baik dari sebelah keluarga penulis mahupun keluarga mertua.Hal ini kerana kami sememangnya berasal daripada daerah ini.

Perkara ini diketahui apabila sessi suai kenal dijalankan.Tetapi mulut penulis pun memang gatal kerana mengaku mempunyai ramai saudara di kawasan ini walaupun niat asal adalah untuk seakan memberi isyarat kepada penduduk setempat bahawa penulis bukanlah 'stranger'.

Segalanya berjalan baik hinggalah apabila semasa dalam perjalanan menuju pusat bandar untuk ke pejabat.Kereta yang mulanya dipandu pada kelajuan tinggi tiba-tiba mati enjinnya yang menyebabkan penulis agak panik.Mujur sempat berhenti di hentian R&R.

Sedang termenung merenung nasib yang bertimpa sepanjang minggu ini, datang sebuah trak penunda menawarkan khidmat menunda ke bengkel.Setelah bertawar harga lebih kurang kereta penulis ditunda ke bengkel-tempat di mana kereta isteri penulis diperbaiki kelmarin~!

Mungkin satu ujian yang agak berat untuk dihadapi, tapi penulis yakin terkandung hikmah di setiap kejadian yang berlaku.

nota:Ketika posting ini ditulis, kereta penulis masih tersadai di bengkel dan penulis tidak sempat untuk bertanya punca kerosakan disebabkan kesibukan kerja harian.

No comments: