Kemudian kita dapat tengok trend pemilik kereta memasang 'earth-wire' yang disangkut pada bumper belakang.Ia akan meleret hingga ke permukaan jalan.Sekali imbas seperti 'ekor' kereta.Kononnya 'earth-wire' itu adalah untuk memindahkan sisa elektronik atau 'short-short' berlebihan dari kereta terus ke permukaan bumi.Tidak dapat dipastikan akan kesahihannya kerana penulis tidak pernah membaca kajian keberkesanan mengenainya setakat ini.
Seterusnya kita dapat tengok pemilik kereta memasang 'sport antenna' ala Hyundai Ascent di bahagian belakang kereta.Siap ada lampu LED lagi di muncung antenna tersebut.Penulis juga pernah terikut dengan trend sebegini :-) Tapi untuk beberapa ketika sahaja sebelum memberinya kepada seorang rakan.
Konsep modifikasi 'misai hingga janggut' (ia dinamakan secara peribadi oleh penulis sendiri) ini pada awalnya jika tidak silap penulis adalah standard kepada model Mitsubishi Lancer yang terbaru.Anda dapat lihat pada bumper hadapan dari sudut gril hingga ke lips berwarna hitam mengembang dan kelihatan sangat ganazzzzzzzzz!!!! Kemudian penulis dapat lihat ciri ini terdapat pada model Naza Citra yang terbaru.
Manakala konsep 'bontot periuk' (juga dinamakan secara peribadi oleh penulis) penulis lihat pertama sekali terdapat pada model Perodua Myvi Special Edition.Memang tampak kemas dan garang.
Hakikatnya hari ini penulis dapat lihat kedua konsep ini di banyak model kereta.Kebanyakannya adalah hasil kreativiti sendiri.Lazim penulis lihat di model Savvy,Wira hingga Toyota Wish! Ia akan lebih terserlah sekiranya model kereta tersebut berwarna putih atau warna cerah.
Dan penulis juga turut 'terperangkap' dengan trend ini apabila terut tersolek kereta isteri dengan kedua-dua konsep tersebut.Bagi kereta penulis sendiri pula ia akan mengambil masa bergantung pada bajet.Yang pasti ia tidak akan dilakukan dalam waktu terdekat.
Begitulah kreativiti rakyat Malaysia yang kadangkala tidak terfikir oleh sesiapa.Siapa tahu nanti rakyat Malaysia boleh merekabentuk sebuah model kenderaan yang mencakupi citarasa segenap lapisan masyarakat.Hope so.... ;-)
No comments:
Post a Comment