Hampir dua minggu tiada khabar di dalam blog ini.Hanya kemaskini serba sedikit wajah blog ini.Selebihnya kerana tiada berita atau bahan yang menarik,penulis hanya mampu membaca blog-blog rakan terutama blog-blog politik yang panas dengan demam PRK Parlimen Hulu Selangor.Maka bercempera kisah-kisah politik.Ada yang melucukan tidak kurang juga yang menggeramkan. (klik Tajuk)
Jadual penulis yang agak padat juga membataskan idea untuk menulis artikel baru.Ditambah dengan jawatan yang baru disandang di dalam satu pertubuhan sosial juga menyebabkan masa penulis semakin dicemburui.
Di kesempatan ini, penulis mengucapkan selamat datang kepada dua blog yang telah penulis link di dalam blog 'Apa-apa Sajalah' ini iaitu blog 'Akan Kubawa Kasihmu Ke Syurga' milik Anna&Anuar dan 'Rainfallasleep' milik adik penulis, Siti Norbaiti.Tajuk artikel yang sangat menggamit hati untuk dibaca ialah Mendampingi Arus Maut!
Lainnya, penulis juga ingin mengucapkan selamat jalan dan selamat pulang kepada abang penulis, Zaki yang akan berlepas ke Republik Czech hari Sabtu ini.
Selamat dalam apa jua yang anda lakukan.Jaga diri dan Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment