...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

11 April 2010

Zalimnya Mereka Yang Tidak Romantis

Malam ni sedang baring-baring di atas katil setelah keletihan sehari suntuk di Ipoh siang tadi, penulis teringat sesuatu tatkala merenung lampu tidur di meja sisi katil....(klik tajuk)


Nampaknya cahaya kekuningan dari mentol pijar atau neon ini akan pupus tidak lama lagi.Semuanya gara-gara dakwa-dakwi antara penyebab pemanasan global (global warming) yang sedang ghairah diperkatakan sekarang adalah berpunca dari penggunaan lampu pijar tersebut.

Penulis tidak mahu mengulas kesahihan dakwaan tersebut kerana ia di luar bidang penulis.Yang pasti dengan pengharaman lampu pijar tersebut sedikit sebanyak ia akan menghapuskan suasana romantis di ruang-ruang tertentu kediaman, pejabat dan sudah tentu kamar beradu anda!

Lampu tersebut yang sinonim dengan cahaya kekuningan sebenarnya membangkitkan mood romantis atau santai penuh ketenangan kepada kita berbanding cahaya putih yang ternyata sangat terang.

Berbanding cahaya putih yang lazim dapat dilihat pada ‘save energy bulb’ dan pendafluor, lampu pijar pada masa yang sama mampu ‘membangkitkan suasana yang hangat’ kepada mereka yang mengidamkan suasana romantis.

Penulis sendiri mengakui hakikat tersebut dengan cuba mengaplikasikan dua tone cahaya tersebut di dalam bilik tidur mengikut kesesuaian situasi.Misalnya jika penulis agak stress, cahaya kuning dipasang kerana ia mampu menyerap tekanan tersebut.Apatah lagi jika dipadankan dengan bau aromaterapi yang sering disediakan oleh isteri.

Cahaya putih pula lebih digunaklan kepada suasana yang memerlukan kita mengemas atau kecemasan dek kerana sinarnya yang terang.

Justeru apabila perintah larangan pengeluaran lampu pijar tersebut dilaksanakan nanti, pastinya dunia ini akan hilang seri sedikit sebanyak kerana penulis sendiri pasti bahawa anda sedar akan dominasi lampu pijar tersebut yang kerap melatari zon-zon tumpuan eksklusifan seperti lobi hotel mahupun restoran yang kreatif mengaplikasikannya dalam pelbagai ragam bentuk lampu hiasan.

Dan pastinya kebanyakan lampu yang dijual di IKEA (yang juga menempati kamar penulis) akan hilang lagi serinya selepas ini kerana semuanya akan bercahaya putih!Anda boleh mula mengumpul stok lampu pijar sekarang (jika di IKEA boleh didapati dengan jenama OSRAM) kerana jika ia tiada lagi di rak-rak jualan bermakna zaman lampu pijar telah berakhir.

Alangkah zalimnya mereka yang tidak romantis!

No comments: