...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

02 May 2010

Lagu, Perfume dan Kenangan...

Kita selalu punya cara tersendiri untuk mengimbau atau mengingati sesuatu peristiwa di dalam rentetan hidup seharian.Baik perkara tersebut suatu peristiwa yang manis, pahit waima sangat bermakna dalam kehidupan kita.

Cara mengingati sesuatu itu kadangkala memang kita sendiri yang menetapkannya dan bagi sesetengah orang pula ia hadir tanpa disedari.

Yang pasti sedaya upaya kita akan cuba mencipta atau menyedari akan sesuatu itu yang signifikan dengan peristiwa di dalam hidup seharian.

Barangkali ada yang mengingatkan sesuatu tempat sebagai cara mengingati kisah silam dan mungkin juga ada yang menjadikan hari-hari tertentu yang istimewa sebagai cara menyingkap sejarah lalu dalam hidup. (klik tajuk untuk selanjutnya)


Peristiwa itu pula mungkin sekali seperti hari pertama berkenalan dengan orang yang kita sayang, atau hari konvokesyen, atau hari pernikahan dan sebagainya.

Suka penulis berkongsi di sini akan cara penulis mengingat sesuatu yang berlaku.Bezanya, penulis tidak pernah menetapkan sesuatu sebagai cara mengingat tetapi menyedarkan diri dengan sesuatu peristiwa  itu seiring dengan perkara yang sering dilalui dalam kehidupan seharian.

Misalnya,penulis akan teringat sesuatu perkara silam apabila mendengar sesetengah lagu yang diputarkan.Misalnya semasa musim percintaan penulis dahulu (ehem-ehem) lagu yang sering dimainkan ketika itu ialah OST filem Tentang Dia.Lagu tersebut yang juga berjudul Tentang Dia merupakan nyanyian Melly Goeslow ft. (penulis tidak ingat).

Penulis sempat membeli Album CD OST tersebut yang berjudul Intuisi untuk dihadiahkan kepada isteri (ketika itu masih bercinta)..Sehingga hari ini, jika kami mendengar lagu-lagu tersebut, satu demi satu detik nostalgia itu akan terpapar di dalam kotak fikiran kami.

Detik pernikahan pula akan menerjah imgatan apabila terdengar lagu Imran Ajmain berjudul Seribu Tahun.Manakala detik kami berbulan madu pula terimbau sebaik mendengar lagu Gita Gutawa bertajuk Sempurna.Malah lagu tersebut juga yang penulis sering abadikan apabila menghasilkan klip video tentang kami.

Satu lagi cara untuk mengingati sesuatu peristiwa tanpa penulis sedari ialah apabila mencium atau tercium bau-bauan perfume.Memang agak kelakar apabila tercium perfume orang lain,penulis akan mengingati sesuatu peristiwa.Apatah lagi jika perfume yang sering bersilih ganti dipakai oleh isteri.Paling penulis tidak lupakan ialah perfume dari jenama Bodyshop yang sering dipakainya sepanjang musim percintaan kami dahulu.

Ironinya dua perkara tersebut memang mempunyai signifikan kepada memori yang terpahat di dalam kehidupan penulis seharian.Di atas adalah hanya sebahagian sahaja daripada paparan hidup penulis.

Belum lagi dicampur dengan bau ubat yang mengingatkan peristiwa penulis terlantar di wad dan bau kapur barus yang seing mengingatkan kepada kematian!



No comments: