...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

19 May 2010

Ikhlaskah Kita?

Kadang-kadang kita akan menyibukkan diri untuk melakukan sesuatu yang di luar tugas hakiki.Konon untuk melupakan sesuatu perkara yang kurang enak yang berlaku di dalam hidup kita.Atau konon untuk membuatkan masa berlalu bergitu pantas.Natijahnya bukan semua individu yang 'gila' jawatan ini minat untuk melakukan perkara tersebut.

Pada hemat penulis, terdapat tiga kemungkinan berlakunya keadaan seseorang melakukan suatu perkara di luar tugas hakiki.Pertama kerana dipaksa atau terpaksa , kedua kerana minat dan ketiga kerana gila publisiti.

Sebelum terlupa, kegiatan di luar tugas hakiki ini ialah seperti melakukan kerja 'part-time' yang mejurus kepada sumber pendapatan, politik yang serius, kegiatan sosial dan kemasyarakatan dan berbagai lagi.

Kepada mereka yang terpaksa atas desakan pihak tertentu akan melakukan tugasan tersebut tanpa keikhlasan yang akhirnya hanya akan menjadi perkara yang sia-sia.Namun jika anda minat dengan tugasan tersebut, ia akan menjadi satu bonus yang mendatangkan manafaat kepada anda.Malang sekali jika anda seorang gila publisiti kerana anda hanya akan mendapat kepuasan diri tetapi cemuhan oleh pihak lain.

Perebutan jawatan akan meraih pelbagai kemungkinan-baik positif mahupun negatif.Namun ia adalah perkara lumrah dan kepada mereka yang berfikiran terbuka, ianya adalah perkara normal.Harus diingat, kegilaan segelintir pihak yang berebut jawatan ini mungkin mempunyai agenda atau keperntingan yang berorientasikan keuntungan kepada diri dan kroni.

Percayalah,jika ini yang berlaku, sesuatu organisasi tersebut mungkin akan rebah-cepat atau lambat.

Namun ramai juga yang mempunyai niat murni dan ikhlas yang semestinya patut dihargai.Golongan ini akan bekerja dan sanggup memikul sesuatu jawatan yang diamanahkan demi kepentingan orang ramai.Misalnya mereka yang bertugas secara sukarela di badan-badan bukan kerajaan yang bermatlamatkan khidmat sosial, kemasyarakatan seperti di Pusat Pemulihan OKU, rumah penjagaan warga emas dan sebagainya.

Jika anda seorang yang ikhlas dan rajin serta mempunyai hasrat untuk berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengharapkan sebarang imbuhan, andalah yang sangat dicari oleh mereka yang memerlukan.Apa tunggu lagi?Daftarlah segera ke mana-mana NGO yang berhampiran- Seperti yang saya lakukan hari ini!

No comments: