...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

07 May 2010

Tragedi Subuh

Mutakhir: Layari Sinar Harian untuk lanjutan posting blog ini yang diterbitkan semalam-@apa-apa sajalah

Subuh semalam menyaksikan satu lagi kemalangan yang memakan korban berlaku di Jambatan Sultan Yusof di Batu 5, Jalan Teluk Intan-Lumut.

Kemalangan yang berlaku betul-betul di atas jambatan menyebabkan beratus malah beribu kenderaan 'terlantar' di dalam kesesakan lalulintas yang dahsyat melibatkan dari arah Lumut, arah Teluk Intan dan arah Hutan Melintang.

Kemalangan yang berlaku di dalam waktu orang sedang menuju ke tempat kerja menyebabkan kelewatan beribu-ribu dikalangan mereka.

Jadual penghantaran barang turut terjejas.Bas-bas tersadai menyebabkan kelewatan dan gangguan waktu perjalanan.Guru-guru tiba lewat ke sekolah menyebabkan murid-murid dari kelas tertentu tidak dapat menjalani sesi pembelajaran.

Isteri penulis merupakan antara yang terperangkap di dalam kesesakan lalulintas tersebut dan dia juga antara  mereka yang berpatah balik kerana lalulintas hampir tidak berjalan berjam-jam lamanya.Sebagai alternatif untuk pertama kalinya beliau membonceng motorsikal penulis untuk ke pejabat. (klik tajuk untuk selanjutnya)

Natijahnya, kesusahan yang dialami beribu-beribu manusia awal pagi semalam berpunca dari satu orang yang tidak bertanggungjawab!

Manusia itu ialah pemandu treler kontena yang menghala ke arah Teluk Intan.Difahamkan pemandu itu mengantuk dan terbabas ke arah bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah van yang sedang di dalam perjalanan ke arah Lumut untuk mengambil pekerja kilang di mana salah seorang pekerja yang biasa diambil ialah penduduk di kawasan kejiranan penulis!
 
Terdapat dua versi mengenai kemalangan tersebut iaitu satu sumber mengatakan dua orang terbunuh manakala satu versi lain mengatakan hanya seorang yang terbunuh.Yang pasti ia telah membawa maut akibat kecuaian.

Penulis tidak mahu mengulas lanjut secara panjang lebar berkenaan kemalangan tersebut tapi satu perkara utama yang harus diberi perhatian ialah betapa penting sebuah lagi jambatan dibina bersebelahan jambatan sedia ada.Sekiranya ia menjadi kenyataan bermakna satu jambatan adalah untuk perjalanan dua lorong sehala.

Kemalangan ini bukanlah yang pertama menyebabkan kesesakan sebegini.Bahkan pada musim perayaan juga kesesakan di atas jambatan ini adalah sangat kritikal.Justeru jika terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku di atas jambatan dan menghalang lalulintas, pengguna jalan raya masih mempunyai alternatif satu lagi jambatan untuk dilalui.Bayangkan jika berlaku kecemasan lain seperti oleh pihak bomba atau ambulans yang memerlukan masa yang pantas untuk ke destinasi yang memerlukan bantuan, namun tidak dapat menuju ke destinasi tersebut hanya kerana kemalangan di atas jambatan.

Fikir-fikirkanlah....Takziah untuk keluarga mangsa kemalangan tersebut.


No comments: