...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

28 June 2010

Semoga Cepat Sembuh

Berita kejadian malang yang menimpa seorang bapa saudara penulis benar-benar memeranjatkan.Penulis yang hanya dimaklumkan kejadian tersebut pada jam 6.15 pagi semalam (27/6/2010) terus bergegas ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk menziarahinya.

Keadaannya dilaporkan stabil tetapi masih kelihatan trauma dan sukar bercakap.Apapun penulis doakan semoga beliau cepat sembuh seterusnya dapat berbakti semula demi agama, bangsa dan negara.

Berita kemalangan beliau dipaparkan di media-media utama negara dan penulis telah link kan ianya.Hanya klik akhbar-akhbar tersebut:

20 June 2010

mie@nis rise-UP network

Alhamdulillah, untuk melicinkan urusan perniagaan kami yang baru bermula ini dengan lebih sistematik, kami telah menubuhkan mie@nis rise-UP network sebagai satu organisasi yang menjadi pemangkin kepada perkembangannya.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah berhubung terus dengan klik di kolum HUBUNGI SAYA.

Terima kasih.

14 June 2010

ITS ALL ABOUT PINK GUAVA

Buat pertama kalinya blog ini berkenan untuk mengiklankan produk.Jujurnya penulis sudah lali disogokkan dengan jualan langsung (MLM) dan beberapa skim lain sehingga sampai ke satu tahap penulis sangat cuba untuk menjauhinya seberapa jauh yang boleh.

Namun pertemuan dengan bapa saudara sebelah isteri baru-baru ini ditambah dengan 'kemanisan' yang dikecapi ibu mertua yang turut menyertainya beberapa minggu lalu nyata terus mengubah persepsi penulis.

Tidak hanya kerana khasiat produk yang telah mendapat pengiktirafan dan terbukti berkesan, disebaliknya terdapat pelan tabungan masa hadapan yang sangat menjamin untuk manfaat keluarga, anak-anak,adik-beradik dan rakan-rakan,Insya'Allah.

Bukan mahu semata-mata mencari keuntungan bahkan membantu membina kesihatan yang lebih baik menyebabkan penulis mencubanya.Apatah lagi modal yang dikeluarkan pun bukanlah besar sangat jika dibandingkan dengan hasil yang akan dituai kemudian hari,Insya'Allah.

Sekadar mencuba membantu menjualkan stok yang dibeli ibu mertua pada awalnya berubah menjadi satu keterujaan apabila sambutan yang diterima sangat memberangsangkan.Memandangkan Daerah Hilir Perak yang merangkumi Teluk Intan-Hutan Melintang-Bagan Datoh masih belum ditembusi sepenuhnya, ia membuatkan perjalanan mempromosikan produk ini berjalan lancar,Alhamdulillah.

Baik di kalangan ketua kampung, kontraktor mahupun rakan sepejabat, penulis yang bukanlah petah berkata-kata ini cuba mendekati mereka dan rasa terharu tertumpah apabila respon yang diterima sangat baik.

Anda juga sangat berhak untuk menikmati faedah dari penjualan produk ini.
"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu, sehingga kaum itu sendiri yang mengubahnya"...

Kecekapan mengurus pemasaran produk seiring dengan teknolgi maklumat juga memungkinkan mereka yang membeli produk ini mengakses dengan mudah akaun masing-masing menerusi ID dan Kata Laluan yang akan diperoleh.Setiap kotak yang dijual melayakkan anda memperoleh ID unik yang membolehkan anda mengemaskini akaun masing-masing seterusnya memindahkan point ke dalam akaun bank konvensional anda di mana anda akan mendapat pulangannya.Menarik bukan?

Bahkan jika anda seorang yang tidak gemar mencari pelanggan untuk memasarkan produk ini, satu pelan istimewa telah disediakan untuk anda.Lebih menarik kepada mereka yang rajin mencari pelanggan, satu pelan lain yang lebih lumayan turut disediakan.Mungkin ada yang sangsi, tetapi beranilah berubah kerana jika anda tidak mencuba, anda tidak akan merasa nikmatnya.

Tiada risiko kerugian! Tiada risiko anda ditipu! Hidup yang sihat dan memudahkan anda beribadah serta menjalani hidup seharian dengan selesa!

Berminat? Hubungi saya sekarang untuk selangkah ke alam keusahawanan Pink Guava-Jus Jambu Batu Merah Jambu yang sangat menyihatkan!

13 June 2010

WAJAH BARU

Untuk kesekian kalinya blog ini bertukar ke wajah baru.Dengan pilihan rona warna yang lebih santai melatari blog ini diharapkan akan mengurangkan kesan silau mata anda.Selain itu, pendekatan paparan kali ini juga melibatkan bahagian di sebelah kiri dan kanan blog berbanding hanya sebelah sahaja sebelum ini.

Penulis membahagikan beberapa kolum yang sediada sebelum ini ke kedua bahagian bagi mengimbangi keseluruhan paparan blog selain untuk memastikan paparan yang kemas dan menu mudah dicapai serta artikel yang termuat juga dapat dibaca dengan mudah.

Insya'Allah, setiap menu yang terdapat akan dikemaskini segera seperti pilihan muzik yang seiring dengan masa serta aktiviti yang sentiasa diperbaharui.Begitu juga ruang galeri yang sentiasa akan ditambah dengan gambar terkini walaupun pada paparan utama terdapat menu 'Album' yang menawarkan gambar secara slide.

Juga dikesempatan kali ini penulis menempatkan sebuah petikan klip video lagu nyanyian Raihan yang mendedikasikan (kredit tu uploader youtube) kepada warga Palestin yang kini diancam dengan zionis laknatullah.Bersamalah kita berdoa dan membuat solat hajat agar saudara seislam kita di Palestin mendapat kebahagiaan yang selama ini dicari serta beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah S.W.T.
 
Sesungguhnya jika kita enak dibuai mimpi di sini, saudara kita di sana sentiasa diancam ketakutan.Insaflah dengan apa yang kita miliki hari ini  di bumi bertuah ini.

Selamat Melayari blog saya!

p/s:Wajah baru blog ini juga adalah bersempena dengan hari ulangtahun kelahiran penulis yang tiba pada esok hari 14 Jun.



06 June 2010

kenduri oh kenduri

Hujung minggu penulis hari ini berakhir sebentar tadi.Perasaan letih bercampur baur dengan kecelaruan memikirkan kos yang tinggi yang terpaksa dikeluarkan.Masa yang dihabiskan bersama isteri dan anak juga sangat terhad memandangkan untuk membawa mereka bersiar-siar juga tidak berkesempatan.

Semuanya kerana majlis undangan walimatulurus yang terlalu banyak untuk dipenuhi.Baik undangan yang diterima penulis mahupun undangan kedua ibubapa penulis yang terpaksa juga penulis penuhi.Belum lagi ditambah dengan jadul mingguan ibubapa berkursus.Kalau bergilir seperti rakan penulis yang lain boleh tahan lagi.Sehinggakan terpaksa berkejar dari mana-mana walaupun dari tempat yang jauh untuk memastikan semuanya beres.Namun penulis cuba seikhlas mungkin dalam melakukan part-part tersebut.

Kalau khenduri dekat-dekat tidak mengapa tapi sekiranya jarak dari satu tempat ke tempat yang lain agak jauh ianya akan menyebabkan segala-galanya meningkat.Ironinya penulis telah gagal menghadiri beberapa jemputan rakan-rakan sepejabat yang berkahwin walaupun dahulunya mereka hadir ke majlis perkahwinan penulis.

Kepada mereka, penulis memohon maaf yang teramat sangat kerana ia di luar kawalan penulis yang mempunyai masa yang sangat terhad untuk diri sendiri kerana komitmen keluarga.

Hujung minggu hadapan bakal menjengah dan melihat kepada susunan jemputan membuatkan penulis berkira-kira dari sekarang untuk memotong kos yang mana patut.Begitulah ceritanya apabila musim khenduri sudah tiba.Sabo je la...Letihnya...

02 June 2010

Time Is Golden Opportunities For Me

Orang kata masa itu emas.Siapa yang mempelopori peribahasa tersebut tidak ketahuan sehingga kini.Betul atau tidak terpulang pada individu terbabit.Kadang-kadang kita kejar masa.Tapi lazimnya kita lebih selesa membiarkan masa berlalu begitu sahaja.Santai dan bersenang-lenang tanpa menghargai masa amat nikmat...betul ke?
Q&Q

Cara menghargai masa juga terpulang pada masing-masing.Ada yang berhempas pulas mengisi waktu untuk menambah pendapatan dan tidak kurang juga yang leka membuat maksiat untuk mengisi waktu!
ORIENT

Ironinya, cara menentukan masa dulu dan kini tidak banyak bezanya.Satu alat dicipta dan dipanggil JAM dan berbagai jenis jam dapat kita lihat pada hari ini.Jam Dinding,Jam Tangan,Jam Poket,Jam Loceng,Jam Meja dan sebagainya.Kini jam bukan hanya sekadar untuk menentukan waktu tetapi semakin dipelbagaikan yang menjurus kepada fesyen yang trendi atau sekadar sebagai hiasan yang melatari sesuatu ruang.
ORIENT

Namun di dalam artikel ini penulis mahu menumpukan kepada jam tangan yang kini umpama aksesori wajib kepada lelaki mahupun wanita dan kanak-kanak.

GIRGIO ARMANI

Sebelum ini penulis hanya memandang jam tangan sebagai tidak lebih alat penentu waktu.Terasa seperti 'bogel' apabila tidak memakai jam ha ha ha!Gurau jek.

GUESS STEEL

Masa berlalu dan kebelakangan ini mengumpul koleksi jam tangan menjadi kegilaan terbaru penulis.Bukan pakai sangat pun.Dan yang pasti koleksi penulis bukanlah dari jenama jam tangan mewah yang mencecah ribuan ringgit.
 OMEGA

Malah salah satu jam tangan penulis berharga kurang dari RM20! Kedengaran kelakar tetapi hakikatnya apabila penulis menyuruh rakan meneka harganya, di kalangan mereka menyatakan puluhan hingga ratusan ringgit!

CASIO

Koleksi jam tangan penulis didapati dari hadiah dan pemberian orang.Ada juga yang dibeli sendiri tetapi seingat penulis hanya dua utas.Selebihnya adalah hadiah.Di sini dipaparkan sebahagian dari koleksi jam tangan penulis sekadar untuk berkongsi hobi dan pendapat.

01 June 2010

Hobi-Hobi Jugak!

Kesibukan dalam tugas harian tidak menghalang penulis dari mencambahkan minat mengumpul rantai kunci yang sejak sekian lama (sejak kecil)  dipupuk.

Koleksi paling istimewa terkini adalah pemberian abang penulis yang baru-baru ini ke Republik Czech atas urusan kerjanya.Dari segi material hinggalah designnya, ia ternyata begitu memuaskan hati pengumpul koleksi  yang ekstrem seperti penulis.


Selain itu,kesempatan berkurusus di ibu negara baru-baru ini juga digunakan sebaik-baiknya oleh penulis untuk mencari rantai kunci edisi terhad Piala Dunia 2010 di salah sebuah pusat membeli-belah terkenal.Maklumlah jika ingin mencari di tempat penulis ia akan menjadi agak sukar dan harga juga pastinya melebihi harga di KL.Atau setidak-tidaknya membeli secara online di mana kos penghantaran juga akan menyebabkan harganya menjadi mahal.Harga di pusat membeli-belah tersebut boleh tahan dan penulis 'terpaksa' juga membelinya.


Aktiviti 'jalan-jalan' penulis sepanjang minggu lepas diteruskan dengan menghadiri konvokesyen adik ipar di UiTM Shah Alam.Memang rambang mata melihat koleksi rantai kunci yang dijual, namun penulis terpaksa bertindak bijak dengan membeli rantai kunci yang diperbuat dari material seramik sebagai pilihan.Ini kerana material tersebut agak sukar dijumpai dalam rekabentuk rantai kunci.

Kesimpulannya jangan biarkan hidup anda diselubungi kesibukan tanpa hobi :-)

Sok-Sek

Saya punya Jun!

Mei melabuhkan tirainya semalam dengan seribu satu kesibukan dan kepadatan hariannya.Kebetulan hari terakhir Mei adalah hari lahir isteri kesayangan dan juga ibu mertua.Didampingi dengan tugas-tugas lain hingga hari ini baru sempat menyambutnya.Itupun setakat makan tengahari bersama di SR.

Lama sungguh tidak mengemaskini blog ini.Hari ini- Jun menampilkan wajahnya dengan kesibukan jua yang pasti menanti.Itulah lumrah kepada kita selagi bernafas, mengisi tanggungjawab yang tersedia walaupun kadangkala masa untuk diri sendiri sangat terhad.Klik di menu aktiviti untuk melihat kepadatan jadual.

Akhbar harian yang dibeli memakan masa berhari untuk membacanya manakala majalah kegemaran hanya usai dibaca sebaik isu bulan akan datang menyusul.Jadi,pengurusan masa yang efisyen sangat penting untuk memastikan aktiviti harian yang dilakukan seiring dengan minat dan kehendak diri masing-masing.
Jun juga bermakna kita telah memasuki separuh kedua tahun 2010.Adakah anda telah mencapai target atau sasaran yang ditetapkan.Bagi diri penulis, Jun diharap membawa sinaran yang menceriakan setelah beberapa bulan yang berlalu dilalui dalam keadaan yang penuh mencabar.Kebetulan hari lahir penulis akan jatuh pada 14 Jun ini, diharapkan semua perkara kusut akan terungkai seiring perkhabaran gembira bakal menimang anak kedua,Insya'Allah...

Doakan kejayaan sesama kita.Selamat Berceria penuh hikmah!