Koleksi paling istimewa terkini adalah pemberian abang penulis yang baru-baru ini ke Republik Czech atas urusan kerjanya.Dari segi material hinggalah designnya, ia ternyata begitu memuaskan hati pengumpul koleksi yang ekstrem seperti penulis.
Selain itu,kesempatan berkurusus di ibu negara baru-baru ini juga digunakan sebaik-baiknya oleh penulis untuk mencari rantai kunci edisi terhad Piala Dunia 2010 di salah sebuah pusat membeli-belah terkenal.Maklumlah jika ingin mencari di tempat penulis ia akan menjadi agak sukar dan harga juga pastinya melebihi harga di KL.Atau setidak-tidaknya membeli secara online di mana kos penghantaran juga akan menyebabkan harganya menjadi mahal.Harga di pusat membeli-belah tersebut boleh tahan dan penulis 'terpaksa' juga membelinya.
Aktiviti 'jalan-jalan' penulis sepanjang minggu lepas diteruskan dengan menghadiri konvokesyen adik ipar di UiTM Shah Alam.Memang rambang mata melihat koleksi rantai kunci yang dijual, namun penulis terpaksa bertindak bijak dengan membeli rantai kunci yang diperbuat dari material seramik sebagai pilihan.Ini kerana material tersebut agak sukar dijumpai dalam rekabentuk rantai kunci.
No comments:
Post a Comment