Hujung minggu penulis hari ini berakhir sebentar tadi.Perasaan letih bercampur baur dengan kecelaruan memikirkan kos yang tinggi yang terpaksa dikeluarkan.Masa yang dihabiskan bersama isteri dan anak juga sangat terhad memandangkan untuk membawa mereka bersiar-siar juga tidak berkesempatan.
Semuanya kerana majlis undangan walimatulurus yang terlalu banyak untuk dipenuhi.Baik undangan yang diterima penulis mahupun undangan kedua ibubapa penulis yang terpaksa juga penulis penuhi.Belum lagi ditambah dengan jadul mingguan ibubapa berkursus.Kalau bergilir seperti rakan penulis yang lain boleh tahan lagi.Sehinggakan terpaksa berkejar dari mana-mana walaupun dari tempat yang jauh untuk memastikan semuanya beres.Namun penulis cuba seikhlas mungkin dalam melakukan part-part tersebut.
Kalau khenduri dekat-dekat tidak mengapa tapi sekiranya jarak dari satu tempat ke tempat yang lain agak jauh ianya akan menyebabkan segala-galanya meningkat.Ironinya penulis telah gagal menghadiri beberapa jemputan rakan-rakan sepejabat yang berkahwin walaupun dahulunya mereka hadir ke majlis perkahwinan penulis.
Kepada mereka, penulis memohon maaf yang teramat sangat kerana ia di luar kawalan penulis yang mempunyai masa yang sangat terhad untuk diri sendiri kerana komitmen keluarga.
Hujung minggu hadapan bakal menjengah dan melihat kepada susunan jemputan membuatkan penulis berkira-kira dari sekarang untuk memotong kos yang mana patut.Begitulah ceritanya apabila musim khenduri sudah tiba.Sabo je la...Letihnya...
No comments:
Post a Comment