...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

04 July 2009

Sekilas...

Seperti yang pernah penulis uar-uarkan sebelum ini,blog ini bukanlah satu blog politik yang menyebelahi mana-mana parti.

Dalam bahasa mudahnya ialah ia adalah neutral.Jadi adalah tidak tepat andai ada yang beranggapan penulis pro kepada mana-mana sementelah penulis bukanlah seorang ahli politik ekstrem apatah lagi undi juga adalah rahsia.

Sejajar dengan konsep 'APA-APA SAJALAH', pautan di 'hyper rangkai' dan 'blog roll' blog ini pula adalah sekadar untuk memudahkan penulis dan anda sendiri untuk link ke laman-laman berkaitan.Fokusnya adalah untuk mendapat khabar terkini dan pandangan dari golongan profesional tanpa ada perkataan yang bukan2 seperti yang l**ah,menca**t dan mengata orang lain.

Maaf,penulis tidak akan berkompromi dengan blog yang kerjanya hanya mengata dan segala macam yang memburukkan orang lain tanpa asas yang kukuh.

Oleh itu,penulis mengharapkan mereka yang sudi membaca blog ini (ribuan terima kasih diucapkan) akan berfikir secara terbuka dan matang tanpa sebarang andaian serong.Percayalah, sebagai seorang blogger,penulis juga telah rimas dan lemas apabila membaca seribu satu blog yang kandungannya langsung tidak menggambarkan profesional dan jatidiri seorang yang rasional penuh berhemah.

Dan penulis akan memastikan selepas ini,blog ini tidak akan dicemari dengan identiti sedemikian.

03 July 2009

Champax

Mendung menyelubungi seantero daerah yang nyaman ini.Mendung turut bertaut di tangkai hati tatkala khabar menyapa menyatakan cahaya mata kesayangan mengalami demam campak.

Itulah dugaan.Pilu mana,bersih mana berwajah kasih pasti luruh menguntai merasai setiap saat yang penuh sengsara oleh si kecil.Bayangan wajah bersih si Qaseh mengganggu setiap saat di pejabat.

Inilah ujian kehidupan.Allah tidak menguji hamba-Nya dengan ujian yang melebihi kemampuan hamba itu.Sabar umpama ubat yang merawat hati mereka yang berkelana penuh ronta.

02 July 2009

Relung Kehidupan

Relung-relung kehidupan akan suram andai jiwa yang sedang menerobos keamanan terhadang dek kegawatan yang mengemudi sebuah permasalahan.Permasalahan yang bukan mudah diladeni akan mewartakan sejuta watak antagonis yang menghuru-harakan mayapada ini.

Samalah halnya dengan platun yang terawang tanpa nakhoda akan terburu-buru mencerna minda membuat onar di merata.

Buntu rasa menatap kalam kutukan yang bersimpang siur menerjah cernaan minda di laman-laman sesawang yang menggayuti seluruh pelosok dunia tanpa sempadan ini.Buntu hingga terkehel anak mata membuntang menyusuri ayat-ayat yang bergayutan mencemuh antara satu sama lain.

Semua kerana hanya ingin menegakkan benang masing-masing yang telah sedia basah!

Ayuh,ambil keberkatan sempena malam Jumaat (keliwon?) ini yang penuh barokah untuk mencicip ketenangan menjiwai seribu rahmat buat sang minda yang lelah disogok permasalahan dunia saban waktu.Mohon agar dikabulkan oleh-Nya agar ketenangan buat minda ini bersemi dan kekal nan abadi hingga akhirnya...

Demam

Hari ini masuk hari ketiga demam menyelubungi diri.Cuba juga sebaik mungkin melawan rasa demam tersebut.

Tanpa ke klinik atau hospital.Hanya membeli ubat di farmasi melalui preskripsi sendiri.Kalau pergi ke klinik pun ubat sama yang diberikan.

Malam tadi demam berjangkit pula kepada Qaseh.Sudahnya sehingga subuh kami semua terjaga setiap selang sejam dek tangisan Qaseh yang kedengaran sehingga satu kejiranan!Badannya panas dan meronta pula bila dituam dengan kain basah.

Pagi ini isteri penulis berkira-kira untuk masuk lewat ke tempat kerja kerana ingin menghantar Qaseh dahulu ke klinik.Namun ibu mertua penulis (yang sangat baik dan memahami kami) menawarkan diri untuk menghantar Qaseh ke klinik.

Masuk pejabat kerja pula silih berganti untuk disudahkan.Okeylah.Nak pekena nescafe panas dahulu...