Relung-relung kehidupan akan suram andai jiwa yang sedang menerobos keamanan terhadang dek kegawatan yang mengemudi sebuah permasalahan.Permasalahan yang bukan mudah diladeni akan mewartakan sejuta watak antagonis yang menghuru-harakan mayapada ini.
Samalah halnya dengan platun yang terawang tanpa nakhoda akan terburu-buru mencerna minda membuat onar di merata.
Buntu rasa menatap kalam kutukan yang bersimpang siur menerjah cernaan minda di laman-laman sesawang yang menggayuti seluruh pelosok dunia tanpa sempadan ini.Buntu hingga terkehel anak mata membuntang menyusuri ayat-ayat yang bergayutan mencemuh antara satu sama lain.
Semua kerana hanya ingin menegakkan benang masing-masing yang telah sedia basah!
Ayuh,ambil keberkatan sempena malam Jumaat (keliwon?) ini yang penuh barokah untuk mencicip ketenangan menjiwai seribu rahmat buat sang minda yang lelah disogok permasalahan dunia saban waktu.Mohon agar dikabulkan oleh-Nya agar ketenangan buat minda ini bersemi dan kekal nan abadi hingga akhirnya...
No comments:
Post a Comment