26 July 2009
Pouch out!
Semalam,semasa ada program di Sungai Besar Selangor,penulis sempat singgah di sebuah kedai menjual telefon bimbit.
Penulis bercadang untuk membeli pouch bag hand phone.Amoi yang sweet itu memberi dua pilihan kepada penulis tentang pouch bag yang paling sesuai.
Satu jenis yang bermagnet dengan kemasan kulit lebih mahal berbanding dengan satu lagi yang juga berkemasan kulit tapi dengan perekat 'zap' dan berharga lebih murah.Keduanya dari jenama yang berbeza.Tapi sepintas lalu penulis telah tertarik dengan yang menggunakan perekat zap tersebut.
Penulis bertanya pendapat amoi tersebut tentang yang mana satu lebih bagus.
Dengan berhemah amoi tersebut menyatakan pendapatnya.Melihat model hp penulis yang agak mahal (nokia n95),beliau mencadangkan pouch bag yang menggunakan perekat zap (yang murah).
Alasannya kerana jika pouch bag magnet digunakan,magnet tersebut akan memberi kesan kepada bateri telefon dan skrin.Amoi itu memberi contoh beberapa kes berdasarkan pengalamannya.
Memang logik alasannya tapi kenapa mencadangkan yang murah?Bukankah lazimnya peniaga akan sedaya upaya menjual produknya yang mahal untuk mendapatkan lebih keuntungan?
Sambil mengakui hakikat tersebut,amoi itu turut menegaskan bahawa dia juga perlu berlaku jujur atas perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggannya.Namun dia tidak akan memaksa pelanggan memilih cadangannya.
Masih lagi buntu membuat pilihan,akhir sekali penulis menyerahkan not kepada amoi tersebut.Berapa baki yang akan dipulangkan oleh amoi tersebut akan menjadi petunjuk kepada pouch bag yang akan diambil penulis.
Mana satu yang menjadi pilihan?Biarlah rahsia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment