...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

18 July 2009

Sedetik...

Mendung dan muram mengisi waktu sepanjang hari ini.Satu hari yang sangat memenatkan.Berkejar memenuhi jemputan walimatul urus.Kemudian hadir tentatif yang tidak diduga-menziarah saudara yang meninggal dunia dan sehingga malam menjengah,satu lagi jemputan terpaksa dipenuhi-khenduri tahlil dan membaca surah Yassin.

Khabar kembalinya ke Rahmatullah sepupu kepada bapa penulis jam 10.00 pagi tadi nyata mengejutkan.Allahyarham yang pangkat bapa saudara kepada penulis menghembuskan nafas terakhirnya dengan beberapa petanda awal ditunjukkan.

Allahyarham yang tinggal bersendirian sejak beberapa minggu lalu kerana isterinya menjalani rawatan berbagai penyakit di Hospital Selayang sebenarnya seorang yang tidak boleh duduk diam.

Beberapa hari sebelumnya beliau mengadu tidak sedap badan tetapi masih melakukan berbagai pekerjaan.Beliau bukanlah seorang yang suka membuat pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.

Kemuncak kepada penyakitnya ialah apabila beliau dikejarkan ke klinik sebelum diarahkan ke wad kecemasan di Hospital Teluk Intan.Tekanan darahnya berada pada tahap tertinggi di bawah par kosong.

Sebagai contoh,tekanan darah dibaca secara 110/80 atau sebagainya.Namun bagi kes ini ialah bacaan tertinggi / 0!

Doktor menyarankan pesakit dibawa pulang dan hanya dibekalkan pil penahan sakit-bermakna harapan yang kian tipis.

Allahyarham dibawa pulang ke rumah besannya dan semasa berbual dengan seorang sepupu tadi,penulis dimaklumkan Allahyarham masih berbual seperti biasa pagi tadi hinggalah menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 10.00 pagi.

Apa yang boleh penulis bayangkan ialah Allahyarham seolah mengetahui saat kematiannya dan mengisi masa tersebut dengan berbual-bual sementara sakaratul maut datang menjemput.

Dan satu lagi berita mengejutkan ialah mendapat khabar seorang sahabat baik yang juga rakan sekelas semasa sekolah menengah yang telah meninggal dunia lebih setahun lalu tanpa penulis mengetahuinya.Padahal kedudukan kampung kami hanya bersebelahan.

Khabar tersebut diketahui semasa berbual dengan seorang rakan yang kebetulan berkahwin dengan anak bapa saudara penulis.

Kali terakhir kami bertemu ialah apabila Allahyarham sahabat penulis itu memenuhi undangan majlis perkahwinan penulis pada 25 November 2007.Saat itu Allahyarham melambaikan tangannya kepada penulis tetapi disebabkan semasa itu acara makan beradab sedang berlangsung,penulis hanya sembat membalas lambaian itu tanpa sempat menyapa dan bertanya khabar.

Subhanallah....dan penulis tidak menyangka itu adalah lambaian kali terakhir daripadanya sehinggalah khabar sedih itu dimaklumkan pada hari ini....

Semoga roh mereka dicucuri rahmat-Nya.Al-fatihah kepada Paman Amat dan sahabat penulis,Fazli B. Abd Fandi.

nota kaki:Jelajah 11 radio Era di Dataran Menara Condong Teluk Intan hari ini terkeluar secara automatik dari program hari ini.

Jadual besok ialah menghadiri jemputan khenduri di beberapa lokasi.Letihnya...

1 comment:

Zaki Blogjer said...

Alfatihah utk Allahyarham Paman Amat & Fauzi