Malam ini agak hangat.Qaseh pun dah tidur lena setelah muntah tadi.Hari ni berlangsung seperti biasa.Suka saya ingin highlight beberapa intipati ceramah sempena sambutan Isra' Mikraj peringkat opis tadi.
Antara lain ustaz penceramah mengulas hiburan yang semakin merosakkan akhlak umat Islam hari ini.Rancangan realiti yang saban waktu muncul bak rantaian amat merunsingkan.Satu demi persatu muncul.
Satu perkara menarik yang disentuh ialah kurangnya rasa ingin insaf di dalam diri.Ustaz penceramah itu menekankan perihal pentingnya mengingati hari kematian sebagai guideline untuk mengelakkan sesuatu kemungkaran dari dilakukan.
Secara ringkas,jika ingat mati,tentu kita tidak langsung mempunyai rasa untuk membuat maksiat atau sebagainya.
Ustaz tersebut yang juga masih berkhidmat di sebuah sekolah berkongsi pengalaman tentang sikap remaja yang masih duduk di bangku sekolah.
Beliau pernah membuat perbandingan di antara pelajar yang bersekolah di sebuah sekolah di kampung dan sebuah sekolah lain di bandar dari segi kebolehan mengaji (membaca al-Quran).
Nyata sekali pelajar dari sekolah kampung yang menguasai kemahiran tersebut.
Kenapa?
Sekali dengar bunyi yang menjadi penyebabnya agak menyeramkan tetapi sekali dengar lagi tercuit sedikit hati.
Sebabnya ialah sekolah di kampung tersebut bersebelahan dengan sebuah tanah perkuburan Islam.Ironinya,setiap kali melangkah ke sekolah para murid akan melintasi tanah perkuburan tersebut yang secara tidak langsung mengingatkan mereka saat-saat kematian.
Bahkan jika berlaku kematian,murid ini akan turut serta menyaksikan aturan perpindahan dari alam dunia ke alam kubur dilakukan.!
Ini menyebabkan pelajar-pelajar tersebut seboleh mungkin mendalami ilmu-ilmu agama dan berbuat kebaikan sedari rasa penuh keinsafan telah tersemat jauh di lubuk hati terdalam! Serta mengharapkan pengakhiran bila telah sampai waktunya nanti dalam suasana penuh persediaan menghadap Maha Pencipta.
Lanjutan dari kisah tersebut,ustaz tersebut secara berseloroh menyarankan agar setiap sekolah dibina bersebelahan dengan tanah perkuburan.
Tampak sinikal namun jika cadangan tersebut mampu memberi impak positif kepada pelajar remaja yang semakin 'bejat' minda dan akhlaknya hari ini, apa salahnya ia dipertimbangkan.
Respon anda?
nota kaki=penulis tiada idea sangat untuk menulis artikel 'khabar dari mimbar' minggu ini sementelah rasa letih mengejar masa membuatkan penulis tidak konsisten semasa mendengar khutbah tadi (terlelap beberapa kali).
3 comments:
Ana sokong....
-sufi-
Tq.Bila anta nak wat blog sindri?
=) Bila bln jtuh ke riba....
Post a Comment