...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

25 July 2009

Santai

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Penulis baru sahaja balik dari memenuhi jemputan seorang jemaah yang mengadakan majlis tahlil.Sebenarnya sejak minggu lepas,kenduri seumpama ini telah berlangsung di kalangan penduduk kawasan kejiranan penulis.

Apatah lagi ia turut bersempena kedatangan bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.Malam semalam juga ada.Memang mewah makan malam terutama malam hujung minggu seperti hari ini kerana kenduri2 tersebut.

Menu paling menarik minat ialah pada malam ini.Nak tahu apa dia?Ayam kampung masak kicap.Sesetengah orang tidak menggemari daging ayam kampung.Mungkin mereka mempunyai alasan tersendiri.

Namun bagi peminatnya,ia adalah sangat istimewa.Penulis sempat berseloroh dengan seorang rakan jemaah,kalau nak makan ayam kampung,kena kunyah dan biarkan ia di dalam mulut lama sedikit.Seorang jemaah lain secara semberono mematahkan kata-kata penulis dengan mengatakan kena lama dalam mulut sebab liat!

Secara berhemah penulis menyatakan pendapat iaitu untuk merasakan tekstur dagingnya yang unik.Arghhh...tidak bisa dibayangkan dengan kata-kata.Memang 'heaven'!

Terkial-kial rakan tadi cuba memahami apa yang penulis maksudkan tetapi lantaklah!

Atas sebab itu juga penulis telah menempah 10 ekor ayam kampung yang segar dari ladang untuk hidangan Aidilfitri ini,Insya'Allah.So, kepada mereka-mereka yang ingin merasai kelazatan daging ayam kampung,jemputlah datang ke rumah.

Kita tinggalkan bab itu.Sepanjang hari ini yang sibuk.Menjemput adik ipar yang berkursus di Pangkor.Kemudian ke Pekan Sungai Besar,Selangor untuk beberapa program memang meletihkan.Sebaik sampai ke rumah,azan Maghrib berkumandang dan selepas Isya' ada pula kenduri tadi.

Beberapa jemputan hari ini daripada sahabat-handai tidak dapat dipenuhi.Maaf kawan-kawan.Esok,beberapa program lagi akan menyusul.

Mohon untuk berehat.

No comments: