...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

10 July 2009

Moh Khenduri!

Lagi berapa hari jer 14/7/2009.Khemah semua dah pasang.Pinggan periuk belanga semua dah bertenggek di dapur.Kayu api cantik bersusun di belakang kandang lembu.Lembu plak memang dah pakat nak menyerah tengkuk.Redha dengan apa yang bakal dilakukan.Hebat betul kenduri Pak Uji.

Kat rumah Pak Ajis pun tak kurang hebat! Mereka ni memang duduk sekampung dan kebetulan gatal nak wat kenduri masing-masing pada hari yang sama.


Pinggan mangkuk bersusun rapi menggamit pandangan betapa terperinci persediaan yang telah dibuat.

Kad dah edar.No limit macam penggunaan TM Streamyx Broadband.Siapa yang rasa nak datang adalah dijemput.Tak dapat kad,kain rentang dan poster semua dah terpasang.Penunjuk arah memang tak ada tapi kalau tak tau tanya sape-sape je tepi jalan tu.Kalau tak tau memang jenis tak campur orang la hahaha!

Siap bendera lagi.Kalau tak nampak biru atau hijau ke memang blind colour la!Pak Uji dah tempah bendera warna hijau. Makanya Pak Ajis pula memang dari kecik dah suka warna biru.Jadi ditempahla warna biru.



Oh DJ belum confirm lagi! Mana taknya menjelang makin dekat khenduri,tak menang tangan DJ usung perkakas ke hulu ke hilir.Habis kat sini esok ke sana.Habis di sana lusa balik sini semula.

Naik berkarat mikrofon dek kerana tersembur air liur basi orang-orang yang menjemput khenduri tu.Laris betul jemputan.Mengalahkan Pak Leh yang dah suam-suam kuku tu (Shhhh...Pak Leh rehat.Tidur lepas balik solat Jumaat tadi).

Ish..dah tak lama lagi ni.Berdebar betul kedua-dua tuan rumah nak sambut kenduri camni.Bukan selalu.Larat ke kaki nak berdiri.Tak lenguh ke tangan menerima duit sumbang???

Mek memasing kat dapur sibuk mendobi baju yang nak diperagakan nanti.Tak kisah la warna apa janji kita tengok sape yang vogue!

Dijadikan cerita makin dekat kenduri sedara mara sepupu sepapat Pak Ajis semua dah berkumpul.Maklum nak bincang tugas masing-masing.Sape nak jaga lalulintas,sape nak sambut tetamu dan sebagainya.

Tapi dipihak Pak Uji pula, tinggal seorang lagi je yang tidak nampak muka.Tak pasti pula pangkat apa dengan Pak Uji ni.Tapi memang ngam la terutama dengan pak menakan Pak Uji yang kebetulan sama nama dengan tuan rumah yang disainginya,Pak Ajis.Nama sedara yang tak nampak muka tu pulak ialah Pudin.

Pak menakan Pak Uji yang bernama Tok Andak Ajis ni bukan main risau.Maklum beberapa bulan lepas dorang gaduh berebut guli.Tapi dorang dah berbaik.Tok Andak pun kata manusia ni memang ada dendam.Tak tau apa dalam hati orang ni.Tapi diharapkan Pudin,kau balik la jenguk Tok Andak yang dah tak baper larat lagi nih....

Takpe.Kita tunggu sama-sama Pudin balik tak.Kalau tak balik kenduri ni pun,raya puasa nanti balik la ye nak oi! Nak tau nape Pudin tak balik,klik sini huhuhuhu!





No comments: