...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

11 July 2009

Sepintas Sambutan Isra' Mikraj

Penulis baru pulang dari masjid.Menghadiri program sempena menyambut kedatangan Isra' Mikraj.Seisi keluarga turut hadir termasuk Qaseh Nur Abidah yang ramah tamah.

Nampaknya penceramah kali sangat tegas-penuh dengan terus terang.Memang siapa yang makan cili akan terasa pedasnya.Beliau memetik situasi hari ini dengan sejarah di zaman Rasulullah S.A.W.

Sesungguhnya memang benar apa yang telah dikatakan oleh Baginda Rasulullah akan perihal umatnya pada hari ini.Segala akan menjadi kucar-kacir tanpa sistem akibat menidakkan ajaran al-Quran dan as-sunnah.

Peristiwa yang diulang saban tahun berkenaan Isra' Mikraj sewajarnya diambil iktibar dalam menjalani kehidupan pada hari ini.Betapa perit Rasulullah S.A.W berdakwah untuk menyebarkan agama Islam sepatutnya diinsafi.Walau dicaci dan menghadapi seribu dugaan oleh kaum yang tidak menerima hidayah,Baginda tetap tabah dan sabar menghadapinya.

Sedikit hal dan relevan politik dalam konteks perbincangan di masjid turut disentuh.Penceramah menegaskan politik adalah satu cabang di dalam Islam dan tidak salah jika dibincang secara ilmiah.

Penulis sempat mendapatkan respon dari beberapa hadirin.Antara yang menarik ialah dari seorang ahli kariah yang pantas dan penuh tuntas memberi pendapat menyatakan penceramah tersebut pro kepada pihak yang sebelah.

Apapun semasa ceramah berlangsung sesutu yang menarik telah dapat dikesan.Mata penulis tertangkap dengan seseorang yang melilit kain bertulis "B***R D*N" di kopiahnya.Sebenarnya penulis telah perasan sejak dari semalam lagi ketika menunaikan solat Jumaat.

Ya,memang ia adalah hak peribadi individu tersebut.Jadi terpulanglah kepada penilaian masing-masing.

Apa yang penting ambil segala yang positif dari peristiwa Isra' Mikraj ini.

CORAT-CORET;

Qaseh berjaya mengawal perasaan malam ini dengan mengisi masa penuh berkualiti mendengar ceramah walau kadangkala pipinya yang gebu menjadi mangsa cubitan hadirin muslimah.

Menu yang dihidangkan ialah acar timun,rendang daging,papadom,ikan kering dan air bes perisa oren.

Salah seorang tetamu misteri memandu Toyota Camry model baru menjadi tandatanya kerana tampak mesra dengan ahli kariah masjid.Besok nak tanya Hj. Badros.

Semasa duduk bersila mendengar ceramah,penulis sempat meminta seorang rakan mengurut belakang badan.Hasilnya banyak angin dikeluarkan melalui sendawa oleh rakan tersebut (TQ Zaqwan)

No comments: