...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

04 July 2009

V for Vandetta

Malam tadi penulis sekeluarga tidur lewat.Sekitar jam 2 pagi gara-gara Qaseh yang meragam tidak mahu tidur.Mungkin kerana chicken pox yang sedang dihidapinya.Alhamdulillah suhu badannya sudah turun ke tahap normal berbanding 35 degree semalamnya.

Sedari petang meragamnya hingga membawa ke maghrib dan seterusnya ke Isya' memang menyebabkan semua tidak senang duduk.Ibu mertua mencadangkan untuk dibelikan satu mainan baru yang boleh bergerak sendiri.

Setelah berbincang sedikit sebanyak,seusai solat maghrib kami semua terus ke kedai permaianan bberhampiran.Apa yang dibincangkan tidak terdapat di kedai tersebut dan sebagai gantinya penulis membeli satu set permainan 'train' yang digerakkan dengan kuasa bateri.Ia memang berbaloi tetapi hanya untuk 15 minit pertama sahaja!

Dan masa-masa seterusnya,Qaseh dibiarkan untuk aktiviti 'bebas'.

Penulis yang kebosanan tertangkap untuk menonton mega movie di TV3 yang bertajuk V for Vandetta.Filem terbitan Warner Bros dan berdasarkan komik DC ini amat menarik untuk ditonton.Keseluruhan filem ini mengupas tentang satu perkara iaitu DENDAM!

Dan tidak dapat dibayangkan andai kisah tersebut benar-benar terjadi dan ia berlaku di negara kita.Cuba anda kaitkan ia dengan situasi negara kita hari ini.Persoalan yang ingin penulis bangkitkan di dalam konteks masyarakat kita hari ini ialah adakah dendam boleh menyelesaikan masalah?

Sehingga matlamat menghalalkan cara! Saya tidak punya jawapan untuk itu.

Kerana jawapannya adalah ada pada diri anda sendiri.

Sekian.

No comments: