Khairi mengomel sendirian di luar pagar sekolah.Dia bengang betul setelah dihalau keluar dari kelas tadi.Ini semua gara-gara kawan dia menyerahkan sepucuk surat kepada Tak La Ku yang sememangnya dikenali sebagai samseng. Surat tu bukan pasal apa pun.Cuma nak ajak Tak La Ku main ten-teng di rumah Samyseng.
Tapi Tak La Ku pula pergi mengadu domba pada ketua kelas,Tak Gu Na.Ketua kelas yang sememangnya tidak satu geng dengan Khairi sejak dulu membabi-buta mengarahkan Khairi keluar dari kelas.Paling dia marah apabila Khairi cuba melawan dengan menyatakan dia bias.
Samyseng yang melihat gelagat tu tersenyum macam kerang busuk.Nasib giginya putih kalau tak,tak perasan dia senyum.Dalam hati dia cakap mujur semalam dah minta maaf pada satu sekolah kerana minggu lepas dia tak senang hati tengok Tak Gu Na pakai songkok sedangkan dia bukan sunat macam Khairi!
Sebaik kawan-kawan Khairi sampai di pintu pagar sekolah,Khairi pun menjemput kesemua rakannya itu ke rumah beliau yang terletak di Eksyen 77.Kawasan kejiranan di sini di bahagikan kepada Eksyen-sesuai dengan penduduknya yang terdiri dari golongan kononnya elit dan memang eksen (berlagak)!
Tergamam rakannya bila mana melihat rumah agam Khairi.Bila ditanya berapa harganya,selamba dijawab-RM 350.00.Iaitu harga pada zaman Perang Dunia dulu.Kalau sekarang RM 3.5j atau RM 24j kot.Tak taula.
Selesai makan sambal tempe ikan bilis tetamu bersurai.Yang 15 orang balik ke kelas petang.Yang lagi 5 orang balik kampung!Ada yang cuti sampai raya cina.Khairi pulak cuti sampai raya tahun depan...
Ntahla...2 x 5...5 x 2....Samyseng gak yang pandai berlakon.
No comments:
Post a Comment