Masih bukan nama orang walaupun ada seorang x-office mate isteri bernama Hikmah.
Hikmah dalam pembicaraan yang hendak dikongsi hari ini ialah berkenaan tentang sesuatu perkara yang akan berlaku di sebalik sesuatu perkara yang berlaku.Orang sering akan memperkatakan akan ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku.Tidak kira musibah atau perkara yang baik.
Penulis masih tercari-cari apa hikmahnya.
Nikmat yang Allah beri adalah hikmah yang sangat besar.Nikmat dari sebarang perkara.Nikmat yang meliputi seluruh pelusuk alam.Nikmat yang melingkungi seluruh kehidupan.
Allah jua Yang Maha memberi nikmat.Subhanallah.Maha Suci Allah Tuhan Sekalian Alam.
Allah memberi nikmat yang dikecapi kita dan sekelip mata jua Allah boleh menarik semula nikmat tersebut.
Tidak kira nikmat besar atau nikmat kecil atau sebagainya.Dengan disedari atau tanpa kita sedari.
Tanpa sebarang pesan atau tanda.Bergantung kepada kepekaan kita.
Ketika itu,akan ada suara yang berkata-"Ada hikmah di sebalik sekian...sekian...
Itulah hikmah dan nikmat yang sedang berlegar di sekeliling kehidupan.Mereka yang sentiasa beringat akan lantas mensyukurinya dan yang sebaliknya......
Nikmat melihat tanpa sebarang masalah adalah antara nikmat yang terlalu besar.Tidak ternilai.Penglihatan sempurna impian kita.Namun yang memakai cermin mata atau contact-lens bukanlah bermakna tidak bertuah.
Bahkan masih terlalu bertuah!
Merasakan sedikit masalah penglihatan kebelakangan ini,tengahari tadi penulis bersama isteri menjalani pemeriksaan mata di sebuah optometrist.
Adalah sangat mengejutkan kerana jika selama ini kita beranggapan kita adalah perfect,kita sebenarnya silap.Kesimpulannya penulis memang kena memakai cermin mata-sesuatu yang tidak terfikir sebelum ini.
Dalam masa seminggu menjalani pemeriksaan kesihatan dan kedua-duanya adalah negatif untuk kehidupan.Namun ia masih diperingkat awal.
Minggu lepas menjalani blood pressure test di sebuah farmasi bersama rakan yang sememangnya mempunyai high presure blood.Agak terkejut juga dengan resultnya.Kesimpulannya kenalah mengawal pemakanan.
Aduh!
Mungkin ada hikmah disebaliknya.Mujur diberi masa untuk beringat.Lihat.Nikmat yang dikecapi mungkin boleh ditarik bila-bila masa.Tidak banyak, sikit barang pasti...
Jadi apalah salahnya kita berkongsi nikmat yang diberi itu.Bukan berdosa bahkan sudah terang lagi bersuluh kita akan mendapat pahala.Tidak kiralah apa-apa.
Yang penting, secebis ikhlas pun sudah memadai....
Sekian.
No comments:
Post a Comment