Pak Pandir Suka Mengomel Inc. (PPSMI) yang ditubuhkan pada 2003 cenderung menjual makanan tradisional rakyat negara ini seperti tempoyak,budu,cincalok dan banyak lagi.
Makanan ini sangat digemari oleh segenap lapisan masyarakat.Yang tidak dilahirkan untuk makan menu tersebut pun cuba-cuba untuk menggemarinya.
Tidak kurang juga yang alergi dengan menu tersebut sekaligus memulaukannya dengan cara yang ekstrem dan agresif.
Melihat perjalanan syarikat yang lancar dan memberangsangkan,CEO atau pengasas syarikat itu pun ingin bersara.Katanya BERHENTI MAKAN SEBELUM KENYANG! Makan tempoyak kot hua hua hua!
Datanglah CEO baru.CEO yang baru ni plak suka makan banyak sangat kot.Tu setiap program syarikat yang dihadiri dia akan dilihat tersengguk-sengguk menahan ngantuk.Kadang-kadang bantai tidur terus! Tak peduli ada reporter ambil gambar ke apa.Yang penting tidur!
Jadi bila dah banyak sangat tidur,banyak la kerja yang diambil mudah.Agak-agak yang susah nak dibuat tu terus dibatalkannya.Orang cakap kensel!Tapi pandai pula cakap JANGAN KERJA KERANA SAYA TAPI KERJA BERSAMA SAYA! Dah tidur je macamana nak kerja.Jadi yang lain pun ikut tidur juga.
Jadi x-CEO yang mengasas syarikat ni pun bengang la.Walaupun dah pencen dia tetap masuk campur.Habis anak menantu CEO yang kuat tidur ni pun dihentamnya.Yang menantu CEO ni pun suka sangat nyibuk.Nak duduk kat tingkat 4 bangunan syarikat jer.
Kemuncaknya pada mesyuarat agung syarikat tahun lepas,beberapa anak syarikatnya di beberapa negeri jatuh bankrap.Mujur anak syarikatnya di Perak dapat dipulihkan semula.
Dek kerana tidak tahan dengan tekanan,CEO yang ni pun ambil keputusan bersara juga.Diganti pula dengan CEO baru.
CEO baru ni yang penuh dengan legasi memang handal.Dibuatnya pula satu syarikat baru.Nama syarikatnya 1Rumah Holding.Taglinenya-Isteri Didahulukan,Isteri juga diutamakan
Maka berakhirlah riwayat syarikat yang diasaskan mula-mula dulu iaitu Pak Pandir Suka Mengomel Inc. (PPSMI).
Nah ambik!
1 comment:
hehe.. kita tengokla CEO baru nie macmana.. kasi chance
Post a Comment