Dulu-dulu ada satu siri drama omputih bertajuk 24.Tak dapat dipastikan samada sudah atau belum ura-ura drama tersebut dipertontonkan dalam format filem.
Drama tersebut menjurus kepada genre aksi dan penuh suspen.Tidak silap ia berkenaan seorang penjenayah yang mengugut melancarkan senjata kimia ke atas rakyat sebuah negara jika tuntutannya tidak dipenuhi.Tajuk 24 dalam drama tersebut merujuk kepada tempoh 24 jam yang diberi oleh penjenayah tersebut.
Lain halnya di negara yang dicintai ini.Angka 65 menjadi igauan ngeri dalam indah kepada satu pihak dan mimpi indah di satu pihak yang lain.
Apa halnya 65?Lantaklah nombor tersebut.Bukan ada beza dengan angka-angka lain!
Kenyataan di atas adalah persepsi mudah kepada mereka yang tidak mengikuti perkembangan semasa.
Antara artikel dalam blog ini adalah memerlukan tahap kefahaman yang tinggi dan perlu dibaca melalui sejauh mana anda mengikuti perkembangan semasa.
Berbalik hal angka 65 tadi,anda boleh sahaja menelah ia hanya satu angka biasa.Tapi percayalah,terdapat dua pihak yang akan merasa sangat takjub dengan angka tersebut.
Pada satu pihak,ia umpama kemenangan dalam kekalahan.Dan pada satu pihak lagi ialah kemenangan dalam kekalahan.
Kemenangan tersebut hendaklah dilihat dari segi moral.
Anda fikirlah sendiri!
No comments:
Post a Comment