...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

31 December 2008

Tinta Qaseh...




Assalamualaikum...


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya Qaseh dapat menulis di dalam blog ayah ini.Pada 28 Disember 2008 yang lalu majlis kesyukuran Qaseh telah selamat berlangsung.Acara marhaban,cukur jambul dan doa selamat antara yang dilakukan.Majlis berlangsung dalam keadaan sederhana tetapi meriah.Hujan gerimis mengiringi sepanjang majlis ini.
Qaseh nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Atuk dan Opah,Pak Long Akhi,Mak Long Ipah,Pak Ngah Zaki,Mak Ngah Mai,Mak Uda Hany,Mak Andak Lailiy dan mak Su Baiti.Juga kepada cousin2 iaitu Faten (Tenten) ngan Luqman.Juga kepada kengkawan opah yang menolong dari pagi sampai la malam.Kepada yang hadir,sedara mara,para jemputan,semua Qaseh ucapkan terima kasih bebanyak hehehe.

24 December 2008

Semalam adalah kenangan....











Tahun 2008 semakin menghampiri hujungnya dan kini 2009 semakin menjengah dengan berbagai peristiwa lagi akan ditempuh.Suka duka mengiringi peristiwa dan ini adalah hakikat kepada sebuah kehidupan.Suka atau tidak mesti diterima kerana telah ditakdirkan oleh-Nya.
Setiap kita mempunyai segala macam azam dan kemahuan.Ada yang tercapai dan ada yang tidak.Tepuk dada tanya selera.

2008 mencatat beberapa peristiwa dalam hidup saya.Ada suka,ada duka.Sementelahan ia adalah kenyataan yang harus dihadapi sebagai insan yang bernafas,terima sajalah.Pada tahun 2007,saya telah manamatkan zaman bujang dan pastinya ia satu peristiwa besar.

Sedar tak sedar sudah setahun lebih saya bergelar suami.Tidak banyak perubahan yang berlaku dalam hidup ini.Impak yang nyata mungkin secara lahiriah orang hanya mengetahui kita adalah suami orang.(Ada yang dah kahwin tapi mengaku bujang dan orang itu tergolong dalam golongan orang tidak sedar diri.Mungkin mereka mempunyai alasan tersendiri-hidup lepas kawin pun sama mcm belum kawin...mkan kt kdai..bla..bla..baju x bergosok..bla..bla...makan sendiri..bla.bla....huhuhu!)

Berbalik pada imbasan 2008,juga bnyk kenangan terpalit dalam hidup saya.Tanggal 9 Mei 2008 menyaksikan bapa mertua kembali ke rahmatullah-secara mengejut.Memang memberi impak yang besar kepada keluarga mertua.Apatah lagi anak sulung beliau (isteri saya) sedang sarat mengandung.Takdir Allah melebihi segalanya dan Allahyarham tidak sempat menatap wajah cucu sulungnya.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.Amin.(Al-Fatihah).

Tarikh 20.08.2008 (20082008 atau pada kad pengenalannya 080820-08-****) pula mengungkapkan lembaran baru kepada diri saya.Faktanya ialah saya telah menjadi seorang ayah.Puteri yang diberi nama Qaseh Nur Abidah selamat dilahirkan ke dunia ini.Semoge kelahirannya membawa rahmat yang melimpah ruah,Insya'Allah...

Kepada para pembaca sekalian,biar apapun yang berlaku,semuanya adalah qada' dan qadar yang telah ditentukan-Nya dan setiap yang berlaku terdapat hikmah yang tersembunyi disebaliknya.Sebagai insan dan hamba kepada-Nya,kita hendaklah sentiasa cuba untuk meningkatkan ketaqwaan kepada-Nya.Buatlah yang terbaik di dalam hidup ini.

Jadikan peristiwa semalam adalah kenangan,hari ini adalah kenyataan dan esok adalah realiti yang harus ditempuh.

Selamat berjaya dan semoga azam yang diazamkan direalisasikan sebagai azam dalam erti kata yang sebenarnya.Selamat menyambut 1430H dan 2009M!

-helmy

Jemputan Majlis Kesyukuran


Dengan segala hormat dan penuh rasa rendah diri,saya menjemput tuan/puan,saudara-mara,ke majlis kesyukuran cucunda-cucunda keluarga kami pada 28 Disember 2008 (Ahad malam Isnin) bertempat di kediaman kami di Desa Baru Permatang Guntong,selepas solat fardhu Isyak.Sahabat-handai daripada Maybank Teluk Intan,daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Hilir Perak,daripada Jabatan Kerja Raya Hilir Perak,Sinergi Pro Aktif Sdn. Bhd.,Harl Corporation Sdn. Bhd.,Bina Impresif Sdn. Bhd. dan sebagainya adalah dijemput hadir.

23 December 2008

Iktibar

Speech by Dr Fadhilah Kamsah, kepada semua ibu-bapa, Bakal menjadi ibu-bapadan kita sendiri sebagai anak.

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukulah dia (sebagai pengajaran)" di mana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah..."Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama,latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok."Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur,pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anaktidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...



DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.



BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apacaranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kitaderhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah kemasjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugimenjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjanguntuk bersama kita.



"HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibutetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakanibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanyatidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya adayang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.



"USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayanganaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, adamenantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana tarafmereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak danemak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar."Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketigasuami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atasmenantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatuhari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasarmenyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepadamenantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikanpesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebaliksimbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua danbapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan
menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim.
Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi,katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D.Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnyamenempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anakKita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losersAdalah mudah iaitu:-Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diriMereka tidak boleh.Tips;

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yangbaik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak andamalu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilanyang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkananak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuatdaripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itumelakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanyakanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkanmereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga
(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlahtuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakandiri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.
Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 ygdtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargaiorang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .
Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Romance In A Week!

Kosmo 23/12/2008

WALAUPUN kerap kali memadahkan kata-kata sayang kepada si dia tetapi, kamu masih tercari-cari idea pengucapan yang kreatif dan romantis untuk dilontarkan kepadanya. Padahal, perasaan romantis dalam sebuah perhubungan amat jelas diperlukan. Itulah yang membuatkan hubungan kamu dan si dia bertambah intim.
Persoalannya, tidak semua orang mempunyai sikap romantis yang berterusan. Walaupun kehadirannya tidak boleh dipaksa tetapi, bagaimana pula jika kamu tergolong dalam insan yang tidak romantis? Sekiranya benar, usah risau kerana kamu masih mempunyai masa untuk meraih gelaran romantis hanya dalam tempoh satu minggu. Ikuti panduan di bawah ini.

Hari pertama
Buat catatan berunsur pernyataan cinta kamu kepada pasangan di atas sekeping nota atau sebuah buku yang dihias indah. Catatan yang ditulis itu boleh digantikan dengan serangkap puisi. Jadi, kamu tidak perlu lagi mengucapkan I love you sekiranya berasa malu atau tidak selesa. Letakkan catatan atau puisi tersebut di tempat yang mudah dilihat dan senang ditemuinya.
Misalnya di atas meja makan, saku jaketnya atau di atas kusyen keretanya. Jangan lupa tampilkan nama kamu sebagai penulis catatan. Dengan cara ini, dia tidak perlu lagi menunggu giliran untuk kamu menyatakan rasa cinta kepadanya. Jika agak sulit untuk meninggalkan catatan tanpa diketahui atau tidak sempat bertemu dengannya pada awal pagi, luahkan rasa itu menerusi Pesanan Khidmat Ringkas (SMS) atau e-mel.
Begitu juga, tiada bezanya sewaktu menunggu kepulangannya dari tempat kerja. Luahkan perasaan romantis kamu terhadapnya dengan cara memeluk erat pasangan sambil memberi ciuman mesra. Katakan kepadanya betapa kamu mencintai dan merinduinya setiap masa. Kongsi bersamanya tentang apa yang dilakukan seharian. Jadikan satu kebiasaan baru buat diri kamu.

Hari kedua
Sekiranya, sebelum ini kamu bukan pasangan yang gemar mengirim sejambak bunga, kini lakukannya sebagai rutin minggu atau bulanan. Pesan sejambak bunga atau sekuntum bunga segar dan kirimkan ke pejabatnya atau letak sendiri di atas meja pasangan. Jika hari ini kamu membuat temu janji dengannya, berikan dia sedikit kejutan. Kamu seharusnya membuang rasa segan untuk membawakan hidangan, minuman, atau ais krim kegemarannya.
Sekiranya kamu lupa untuk membelinya, peluk dan beri ciuman mesra saat bertemu dengannya. Pelukan dan ciuman kamu mampu mewakili perasaan rindu dan cinta kamu kepadanya.

Hari ketiga
Jika jarak tempat kerja kamu dan pasangan tidak terlalu jauh, cuba aturkan waktu makan tengah hari bersama. Setelah kembali ke pejabat masing-masing, kamu seharusnya mengirimkan SMS atau e-mel berisi ungkapan perasaan senang kamu pada waktu makan tengah hari bersamanya sebentar tadi.

Hari keempat
Telefon pasangan pada siang hari saat dia sedang menikmati waktu lapang. Tanyakan kepadanya, adakah dia sudah ada temu janji pada malam ini. Jika belum, cuba bincang dan lakukan perkara romantis pada malam ini. Ingat, malam romantis tidak seharusnya diisi dengan candlelight dinner di restoran mewah atau eksklusif. Makan di pinggir jalan dengan hidangan lazat, dalam suasana tenang sambil diiringi lagu kegemaran kamu berdua sudah cukup membangkitkan rasa romantis di antara kamu.

Hari kelima
Adakah pasangan mempunyai waktu terluang? Jemput dia datang ke rumah sebaik dia pulang dari tempat kerja. Siapkan makanan kegemarannya dan sajikan di bawah cahaya lampu lilin.
Dengan menulis menggunakan pensil, buat gambar hati bersaiz besar. Tuliskan kalimat I love you di tengahnya. Letakkan gambar itu di tempat yang mudah dilihat saat dia menjejak kaki ke rumah kamu.

Hari keenam
Jika cuaca baik, kamu harus mengajak pasangan menikmati udara luar. Bukan ke kelab atau pusat beli-belah, tetapi menikmati keindahan dengan berjalan kaki bersama di taman. Ceritakan kenapa dia begitu istimewa buat kamu.

Hari ketujuh
Cinta tidak semestinya selalu bersama dan bertemu setiap hari. Beri kesempatan kepada pasangan untuk beristirehat bersama sahabat mahupun ahli keluarganya. Kamu boleh menggunakan hari itu untuk menghiasi potret wajah kamu berdua di dalam bingkai dan hadiahkan kepadanya pada esok hari.
Meskipun tidak bertemu, kamu masih berpeluang menunjukkan kehadiran menerusi panggilan telefon. Ucapan selamat tidur atau mengalunkan puisi romantis sebelum dia melelapkan mata mampu melahirkan rasa kasih dan romantis kamu terhadapnya. - NOOR HASLIZA NUSI

19 December 2008

Bagaimana mahu menidurkan anak

Petikan Kosmo 19 Disember 2008

FAMILI

Strategi tidurkan anak

Rutin waktu tidur yang tetap dan berulang setiap malam amatlah penting untuk mewujudkan satu tabiat tidur yang baik.

LUANGKAN seberapa banyak waktu berkualiti dengan anak apabila dia terjaga dari tidur.

MENYUNTIKKAN sedikit perubahan ringkas pada rutin waktu tidur boleh menyumbangkan kepada malam-malam yang lebih tenang.
Tidur dan mood yang baik saling bergantungan baik untuk ibu bapa mahupun si anak. Namun begitu, tidur berkualiti yang amat diperlukan oleh ibu bapa sering diganggu oleh anak kecil. Situasi inilah yang paling kerap menimbulkan rasa geram dalam kalangan 25 peratus daripada ibu bapa yang ditemubual.
Untuk melakukan perubahan dari segi pola tidur, anda mungkin perlu:

*Tetapkan satu waktu dan rutin tidur

*Perlukan banyak kesabaran

*Dapatkan sokongan daripada orang sekeliling

*Jika boleh, bekerjasama bertukar ganti tugasan menguruskan rutin waktu tidur

Mengapa anak tidak dapat tidur?
Seorang anak mungkin keletihan tetapi masih merajuk untuk terus berjaga. Situasi ini mungkin disebabkan naluri kanak-kanak yang ingin terus terjaga. Ia mungkin disebabkan naluri anak yang sentiasa ingin meneroka dan tidak berhasrat ketinggalan dalam segala hal.

Dalam aspek ini, ibu bapa boleh menentukan masa yang sesuai untuk anak masuk tidur. Malah, keperluan amaun tidur yang diperlukan setiap orang adalah berbeza. Misalnya, seorang anak berusia lima tahun mungkin memerlukan 11 jam untuk tidur setiap malam.
Penyediaan jadual waktu tidur yang praktikal boleh dilaksanakan dengan memastikan anak masuk tidur selepas 11 jam bangun pagi pada setiap hari.
Rutin waktu tidur yang tetap dan berulang setiap malam amatlah penting untuk mewujudkan satu tabiat tidur yang baik.

Ingatan' waktu tidur

Sebagai sebahagian daripada rutin anda, adalah baik jika anda memberi petanda vokal kepada anak bagi mengingatkannya tentang waktu tidur yang sudah tiba. Gunakan kata-kata pujukan seperti 'Nak, sudah tiba masa tidur' atau 'Selamat malam' atau ayat pujukan lain yang boleh membantu.
Tiada sebarang rayuan diperlukan kerana perbincangan yang meleret-leret hanya akan mengurangkan peluang anak untuk tidur.

Selesanya katil

Letakkan anak di tempat yang selesa baginya setiap malam. Tindakan ringkas ini sebenarnya mampu mewujudkan satu hubungan antara anak dan katilnya serta persekitaran dalam bilik tidurnya.
Jika anak enggan tidur di katilnya sendiri, ini mungkin satu cabaran besar bagi anda dan pasangan. Penolakan itu mungkin kerana takut dengan perubahan pada rutin yang sudah biasa diamalkannya. Namun, anda usah berputus asa kerana anda akan melihat hasilnya nanti.

SEORANG anak berusia lima tahun mungkin memerlukan 11 jam untuk tidur setiap malam.

Elakkan membiarkan anak tertidur ketika menonton televisyen atau DVD di atas katil. Jika perlu, pindahkan pemain DVD dan TV dari bilik tidur.

Tip-tip penting

*Sebaik sahaja anda berada di atas katil, jangan sesekali memberinya peluang menggunakan sebarang alasan untuk turun dari katilnya. Pastikan juga bilik tidurnya dilengkapi air minuman dan kemudahan tandas.

*Jika anak bertekad untuk mendapatkan anda dan pasangan agar terus bermanja dengannya, gunakan semula kata-kata pujukan tadi. Elakkan meninggikan suara anda. Sebaliknya, bercakap dengan baik dan cuba yakinkan anak bahawa sekarang adalah masanya untuk tidur.

*Jika anda belum ada peluang berjumpa dengan anak sehari suntuk, mungkin ada baiknya anda meluangkan sedikit masa bermanja dengannya. Antara aktiviti menarik yang boleh dikongsi bersama ialah membaca buku cerita, permainan jigsaw atau 'menidurkan' anak-anak patung di katil.

*Wujudkan larangan anak daripada bermain permainan komputer atau video pada sebelah petang kerana ini akan menyukarkan mereka untuk terlelap.

*Luangkan seberapa banyak waktu berkualiti dengan anak apabila dia terjaga dari tidur. Kebanyakan kanak-kanak terjaga untuk menghabiskan waktu bermain yang telah 'ditinggalkan' apabila terjaga sebelum ini.

Dengan berbekalkan tip ini, penyelarasan waktu tidur untuk si kecil yang baik mungkin mengambil sedikit masa tetapi yang penting, ia memuaskan hati setiap orang.

Alhamdulillah...

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60 . Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox.

Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk. Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan te rgolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia. Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...)
"Saya harap ini tak pernah terjadi".

Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya. Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata
"Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).
Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut.

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita.

Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita? Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'.

Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat.Kan ?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh.

Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak. Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah?

'Grass is always greener on the other side'. Kan ?

Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki. Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang dibawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang tak nak gaji besar, kan ? Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah. Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga! Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini.

Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja. Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati.

Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari . Ini benar2 terkesan dalam hati saya. Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya. Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut. Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup.

Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja. Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan..-. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup? Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong.

Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam.-.. Akhir kata, berlajarlah untuk berkata CUKUP....ALHAMDULIL-LAH ......" Sekadar pandangan ikhlas dari seorang sahabat yang tidak sempurna semuanya,

Tazkirah Pagi Jumaat

Ungkapan Hina Hukum?

Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman

"Tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan, cuma kami pandang lama je la ?" tanya seorang pemuda berumur 35 tahun kepada saya sambil tersenyum-senyum selepas dia merenung wanita berskirt di hadapannya.Ia adalah satu perkara yang amat menyedihkan, ia sebenarnya hasil dari sikap sebahagian umat Islam hari inimengambil ringan tentang hukum Islam.

Berkenaan larangan melihat kali kedua kepada aurat ini diriwayat dalam beberapa buah hadith, antaranya hadith :

"Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata:Saya bertanya kepada Rasulullah s. a.w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja.
Makajawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!"
(Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dauddan Tarmizi) -

Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya.Demikian juga kata Baginda SAW kepadaAli KW :Ertinya :
"Jangan kamu ikuti satu pandangan dengan pandangan yang lain,kerana yang pertama bagimu (diampunkan) dan tidak bagi yang kedua"
( Riwayat Ahmad, Abu Daud, Albani :Hasan)

Artis & Lawak Hukum

Lebih teruk lagi terdapat artis Malaysia yang sanggup menggunakan lafaz-lafaz Islam seperti 'MashaAllah'dan 'InshaAllah' serta 'Allahu Akbar'dalam lakonan lawak mereka sambil sengaja disebut dalam bentuk yang melucukan.

Ini amat jelas memperlawakkan lafaz mulia Islam, ia amat kerap dilakukan oleh satu kumpulan pelawak Malaysia yang terkenal. Moga mereka diberikan hidayah oleh Allah SWT.Demikian juga dengan ucapan Alhamdulillah bagi seorang artis yang berpakaian separuh bogel dikhalayak umum apabila berjaya meraih sesuatu anugerah di media. Atas nama seni dirasakan tindakannya halal.

Pada hakikatnya jika lakonannya itu penuh dengan adegan 'peluk sana sini'dan 'dedah sana sini', maka di ketika itu ia bukanlah lagi sebuah seni mulia yang diiktiraf Islam. Ia adalah seni 'fasad' yang berdosa dan tidak layak diraikan dengan ungkapan mulia Islam.Ketika itu, kemenangan mereka di atas pentas dan melafazkan ucapan sedemikian adalah satu bentuk mempermainkan hukum dan lafaz Islam ditempat yang tidak sewajarnya. Seolah-olah seorang yang ingin merompak membaca 'Bismilah' ketika memulakanr ompakannya danmengucapkan 'Alhamdulillah' apabila berjaya terlepas dari kejaran polis,atau menyebut 'Alhamdulillah' di dalam tandas, atau seperti seorang peminum arak mengucapkan "alhamdulillah"apabila menyelesaikan minumannya.Menurut kaedahnya, semua ini menambahkan lagi dosa si pelaku terbabit disebabkan wujud unsur penghinaan samada secara langsung atau tidak langsung kepada hukum serta lafaz mulia Islam. Walaupun mereka tidak langsung berniat untuk menghina lafaz mulia itu.Apabila ia adalah sebuah hukum atau ucapan zikrullah, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa jugamempermainkan atau menyebutnya ditempat yang tidak sewajarnya.

Nabi SAWbersabda :-Ertinya :
" Sesungguhnya seorang hambayang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka sejauh antara timur dan barat"
(Riwayat Al-Bukhari dengan Fathul Bari,Bab Hifdz Lisan, 11/376 , no 6477)

Imam Ibn Hajar Al-Asqolani menegaskanbahawa erti hadith ini adalah seorang yang bercakap tanpa jelas maksud ayatnya sehingga menjadikan ia bolehmembawa maksud yang pelbagai sehingga sebahagiannya boleh mencarikkan sesuatu hukum. (Fath Al-Bari, 11/376)

18 December 2008

al-kisah rantai kunci (keychain)






















Banyak hobi yang seseorang suka buat.tak payahla nak bagitau apa hobi-hobi tersebut tapi minat seseorang tu harus dihormati dan tak boleh nak halang.Lainlah kalau hobi tersebut menjurus kepada aspek yang negatif macam....apa2 yang negatiflah (lu pikirlah sendiri!).

Macam aku,aku suka kumpul keychain,model kete,dan benda yang aku rasa macam aku ada banyak.tapi yang paling crazy keychain la.Keychain ni aku dapat melalui family,sedara-mara (paling banyak menyumbang mestilah aunty fazilah ;-))kengkawan kat opis (thnx alex,abg lan,asmuri.yang aku tak inagt tu sory la) dan kengkawan yang lain (thnx asfa,hamdan dan ramai lagi)

Keychain ini aku dapat dari barbagai-bagai tempat baik dalam atau luar negara.Keychain dari luar negara ni macam dari Holland,Dubai,Qatar,Australia,New Zealand,Indonesia,Singapore,Thailand,US etc.

Penyumbang keychain oversea ni yang paling banyak mestilah dari my lovely wife coz dia pun terbang sana-sini,kengkawan dia pun bnyk jugak menyumbang (thnx. ederq,olyn-dari gedix group of company :-))

Material keychain ni plak macam-macam.Ada dari plastik,kayu,pewter,besi,titanium,aluminium,tembaga,kaca,kain,slaman benang,kapas dan macam-macam.aku pun tak tau nak kategorikan secara spesifik.

Korang ushar la tgk beberapa keping gambar yang aku amik dari galeri aku tu.kalau ada yang nak share hobi ni ke atau bertukar pengalaman dan pendapat emel la aku eh!Can cin cau....................
p/s:gmbr kete tu termasuk coz sekali ditempatkan kat galeri.












Majlis Naik Buai Qaseh Nur Abidah











Pada 7 Disember yang lalu,bertempat di kediaman ibu mertuaku di Hutan Melintang telah berlangsung majlis naik buai dan cukur jambul anak kami.Majlis yang dimulai dengan marhaban oleh kumpulan yang dijemput khas memeriahkan majlis ini.Acara diteruskan dengan bacaan tahlil disebelah tengahari yang diikuti dengan jamuan.Semoga anak kami membesar dalam suasana penuh ketenangan dan dalam ikatan kekeluargaan yang kukuh.Semoga menjadi anak yang solehah sayang!








alert! different http:// and https://

The main difference between http:// and https:// is -It's all about keeping you secure, HTTP stands for HyperText TransportProtocol, which is just a fancy way of saying it's a protocol (alanguage, in a manner of speaking) for information to be passed back andforth between web servers and clients.

The important thing is the letter S which makes the difference betweenHTTP and HTTPS. The S (big surprise) stands for 'Secure'.If you visit a website or webpage, and look at the address in the webbrowser, it will likely begin with the following:http://.

This means that the website is talking to your browser usingthe regular 'unsecure' language.In other words, it is possible for someone to 'eavesdrop' on yourcomputer's conversation with the website. If you fill out a form on thewebsite, someone might see the information you send to that site.

This is why you never ever ever enter your credit card number in an httpwebsite!

But if the web address beg ins with https://, that basically means yourcomputer is talking to the website in a secure code that no one caneavesdrop on.You understand why this is so important, right?If a website ever asks you to enter your credit card information, youshould automatically look to see if the web address begins with https://.

If it doesn't, there's no way you're going to enter sensitive information like a credit card number!

http VS https

16 December 2008

renung-renungkan....

Dr.Fadhilah Kamsah menulis ……..
Assalammualaikum. ......
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ....mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu.. Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly....
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing.
Wallahu A'lam... Terima Kasih,

unbelieveble?believe it!

KEPADA KAUM ADAM MEH KITA CUBE PETUA NI KALAU STRESS..MUNGKIN BOLEH DIGUNAPAKAI KWANG..KWANG..KWANGGGGG...

Specialnya Bau Kentut Perempuan...Benarkah bau kentut pompuan mampu menjadi penawar kepada gejala tekananyang dialami oleh lelaki? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian BiologiManusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan disana membuktikan bahawa aroma kentut pompuan boleh membantu kaum lelakimenurunkan tekanan melancarkan perjalanan darah.
Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini,baukentut pompuan yang sengaja " diproses" daripada pompuan yang tidakmemakai underware digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari buktibahawa hidung lelaki boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya
Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukanke atas idung puluhan lelaki berumur 35 dan 45 tahun tanpa memberitahu iaadalah bau kentut pompuan dan hanya diberitahu bahawa mereka sedangmenguji satu aroma wangian tersebut.
Enam jam pertama selepas itu, skala mood lelaki yang di sapu wangian yangdiperbuat daripada peluh kentut pompuan tersebut diukur.Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian kentuttersebut ternyata dapat membuatkan lelaki menjadi kurang stress.....dipetik dari majalah PA&MA.... Feb 2004...kalau tak caya..... So kengkawankalau tengah stress tu .....bolehlah cium kentut wife atau girlfriend.Bagi kaum hawa pulak,simpan bau kentut tu utk orang tersayang. Moral of the Story
So kalau laki dok tention tu...lepas balik riadah..calit sikit baukentut wife anda..yang ya rabbi mmg tahap geduak tu insyaallah mood andaakan ok ha..ha...ha. ... selamat mencuba...
Kepada para laki jangan dok tension sangat...nanti kena cium bau kentut.
Punca Kegemukan 2- KURANG AKTIVITI SEHARIAN.

Pada edisi sebelum ini, saya mengupas tentang Makanan sebagai puncautama kegemukan, kali ini ia berkaitan dengan aktiviti kita seharian.Zaman dahulu, dimana makanan susah untuk didapati, kita terpaksamendaki bukit, meredah hutan, mengejar kijang (teruk juga nak berlari ni),sepanjang hari hanya untuk makan sekali pada malamnya!Namun sekarang, ia menjadi sangat mudah. Kalau memandu di jalan raya,siap ada Drive Thru lagi. Kalau tampal sticker kat cermin depan siap bolehdapat aiskrim free lagi tu!, sekarang makanan diproses di kilang dan diletakkan di almari pasaraya. Tidak perlu lagi kita berkejar-kejar untuk mendapatkan makanan. Memang susah untukkita dengar yang kita kebuluran kerana kurang makanan.Fenomena ini menyebabkan kita malas dan kurang bergerak. Duduk sahajadi ofis, kedai makan, depan TV, atas katil yang empuk.Kalau pergi berjalan-jalan pun ada esklator, lif, kalau kat airport tu, kita panggil walk-atorkot.Apabila aktiviti harian kita menjadi sangat minimum, kemampuan untuk membakarmakanan (metabolisma) yang kita makan akan menjadi sangat lemah. Badan kitahanya akan membakar sedikit sahaja kerana badan tidak perlu tenaga yangbanyak disebabkan aktiviti kita yang kurang, tapi kita makan banyak!!, apa yang perlu buat untuk atasi masalah ini?Kita boleh lakukan macam-macam untuk meningkatkan aktiviti kita dalam seharian.CONTOH;1) Kalau pergi ke pejabat, kita parkinglah kereta kita di tempat letak kereta yangpaling jauh sekali dari pintu masuk pejabat.2) Kalau pejabat tingkat 30, kita naik lif sampai tingkat 24, lepas tu panjat tangga6 tingkat. Masa balik turun sampai tingkat 8, lepas tu turunlah tangga. Turun takpenat sangat, jadi buat lebih sikit!3) Kalau pergi pasaraya pun sama, parking jauh-jauh dari pintu masuk.4) Depan TV kita angkat-angkatlah sikit dumble ke, atau beli alat senamanyang jenis pijak kiri dia naik kanan, pijak kanan dia naik kiri, yang elok baruRM150.5) Cuci kereta sendiri. Kalau duduk apartment yang tiada paip kat bawah tulagi syok, angkat baldi air dari rumah!6) Bercucuk tanam, sayur ke, bunga ke, kalau duduk rumah tinggi tu, katveranda atau tepi tingkap masih boleh letak pasu yang kecil-kecil tu.7) Kalau rajin SENAMAN! Sikit-sikit dahulu pun tak jadi masalah.Banyak lagi cara untuk kita tingkatkan aktiviti badan kita. Kalau nak seronok,keluar duit sedikit, beli jam yang boleh kira berapa kalori yang kita bakarsehari melalui aktiviti yang kita lakukan seharian. Buat rekod! Harganya RM450-RM600dan biasanya dijual di kedai barangan senaman.tak perlu lakukan sekaligus, senaman atau aktiviti fizikal secaramendadak. Ini akan menyebabkan otot kita terkejut. Mulakan perlahan-lahandan tambah dari minggu ke minggu.Kalau tekad untuk lakukannya dan konsisten, bayangkan setahundari sekarang? Pasti akan langsing, menarik, sihat, cergas, pantas dan bertenaga!Setahun tu bukannya lama sangat, tsunami yang berlaku sebelum ini pun dah 4 tahun lepas!Lakukan sedikit perubahan sekarang. Berdiri dan duduk 5 kali SEKARANG! Lihatdah bakar 5-10 kalori dah!Amalkan hari ini lebih baik dari semalam!Bertemu lagi di keluaran yang akan datang!Semoga mendapat manfaat.

My lovely Wife


My Wife


Norhanisah Ibrahim

My baby


my baby....

Qaseh Nr Abidah Binti Muhammad Helmi

20/08/2008

Lampu Dinding (Wall lamp)

Hidup ini bagai lampu dinding,
yang dinyalakan di malam hari,
pabila minyak sudah kering,
ia akan terpadam sendiri.....

moral: hidup hanya sementara.segala kenikmatan,kemewahan yang dikecapi jika tidak dimanafaatkan ke jalan yang diredhai-Nya hanyalah suatu kerugian...Sesungguhya hanya amalan baik yang dilakukan menjadi bekalan sebelum nafas kita berakhir...

tragedi sepasang kasut

kasut gunenye kat kaki,tapi kalo kasut dh naik ke kepala apa citernyer?lu pikir la sendiri huhuhu!(nak tau citer ni pasal ape,korang tengok buletin utama mlm td kahkahkah!)

at-10-tion

kepada semua kengkawan samada yang dulu,kini atau selamanya yang mengenali diri ini,jika ada sebarang aktiviti atau sebarang berita yang hendak dikongsi bolehlah emel ke mieanis@gmail.com atau helmi_hadi@yahoo.com.tq

15 December 2008

yo! bro!

Assalamualaikum n have a nice day everyone!proudly inform my very 1st blog launched today!so,if there anything wanna share with me,just go ahead and let me know whats around your mind!