...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

19 December 2008

Tazkirah Pagi Jumaat

Ungkapan Hina Hukum?

Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman

"Tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan, cuma kami pandang lama je la ?" tanya seorang pemuda berumur 35 tahun kepada saya sambil tersenyum-senyum selepas dia merenung wanita berskirt di hadapannya.Ia adalah satu perkara yang amat menyedihkan, ia sebenarnya hasil dari sikap sebahagian umat Islam hari inimengambil ringan tentang hukum Islam.

Berkenaan larangan melihat kali kedua kepada aurat ini diriwayat dalam beberapa buah hadith, antaranya hadith :

"Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata:Saya bertanya kepada Rasulullah s. a.w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja.
Makajawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!"
(Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dauddan Tarmizi) -

Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya.Demikian juga kata Baginda SAW kepadaAli KW :Ertinya :
"Jangan kamu ikuti satu pandangan dengan pandangan yang lain,kerana yang pertama bagimu (diampunkan) dan tidak bagi yang kedua"
( Riwayat Ahmad, Abu Daud, Albani :Hasan)

Artis & Lawak Hukum

Lebih teruk lagi terdapat artis Malaysia yang sanggup menggunakan lafaz-lafaz Islam seperti 'MashaAllah'dan 'InshaAllah' serta 'Allahu Akbar'dalam lakonan lawak mereka sambil sengaja disebut dalam bentuk yang melucukan.

Ini amat jelas memperlawakkan lafaz mulia Islam, ia amat kerap dilakukan oleh satu kumpulan pelawak Malaysia yang terkenal. Moga mereka diberikan hidayah oleh Allah SWT.Demikian juga dengan ucapan Alhamdulillah bagi seorang artis yang berpakaian separuh bogel dikhalayak umum apabila berjaya meraih sesuatu anugerah di media. Atas nama seni dirasakan tindakannya halal.

Pada hakikatnya jika lakonannya itu penuh dengan adegan 'peluk sana sini'dan 'dedah sana sini', maka di ketika itu ia bukanlah lagi sebuah seni mulia yang diiktiraf Islam. Ia adalah seni 'fasad' yang berdosa dan tidak layak diraikan dengan ungkapan mulia Islam.Ketika itu, kemenangan mereka di atas pentas dan melafazkan ucapan sedemikian adalah satu bentuk mempermainkan hukum dan lafaz Islam ditempat yang tidak sewajarnya. Seolah-olah seorang yang ingin merompak membaca 'Bismilah' ketika memulakanr ompakannya danmengucapkan 'Alhamdulillah' apabila berjaya terlepas dari kejaran polis,atau menyebut 'Alhamdulillah' di dalam tandas, atau seperti seorang peminum arak mengucapkan "alhamdulillah"apabila menyelesaikan minumannya.Menurut kaedahnya, semua ini menambahkan lagi dosa si pelaku terbabit disebabkan wujud unsur penghinaan samada secara langsung atau tidak langsung kepada hukum serta lafaz mulia Islam. Walaupun mereka tidak langsung berniat untuk menghina lafaz mulia itu.Apabila ia adalah sebuah hukum atau ucapan zikrullah, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa jugamempermainkan atau menyebutnya ditempat yang tidak sewajarnya.

Nabi SAWbersabda :-Ertinya :
" Sesungguhnya seorang hambayang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka sejauh antara timur dan barat"
(Riwayat Al-Bukhari dengan Fathul Bari,Bab Hifdz Lisan, 11/376 , no 6477)

Imam Ibn Hajar Al-Asqolani menegaskanbahawa erti hadith ini adalah seorang yang bercakap tanpa jelas maksud ayatnya sehingga menjadikan ia bolehmembawa maksud yang pelbagai sehingga sebahagiannya boleh mencarikkan sesuatu hukum. (Fath Al-Bari, 11/376)

No comments: