Tahun 2008 semakin menghampiri hujungnya dan kini 2009 semakin menjengah dengan berbagai peristiwa lagi akan ditempuh.Suka duka mengiringi peristiwa dan ini adalah hakikat kepada sebuah kehidupan.Suka atau tidak mesti diterima kerana telah ditakdirkan oleh-Nya.
Setiap kita mempunyai segala macam azam dan kemahuan.Ada yang tercapai dan ada yang tidak.Tepuk dada tanya selera.
2008 mencatat beberapa peristiwa dalam hidup saya.Ada suka,ada duka.Sementelahan ia adalah kenyataan yang harus dihadapi sebagai insan yang bernafas,terima sajalah.Pada tahun 2007,saya telah manamatkan zaman bujang dan pastinya ia satu peristiwa besar.
Sedar tak sedar sudah setahun lebih saya bergelar suami.Tidak banyak perubahan yang berlaku dalam hidup ini.Impak yang nyata mungkin secara lahiriah orang hanya mengetahui kita adalah suami orang.(Ada yang dah kahwin tapi mengaku bujang dan orang itu tergolong dalam golongan orang tidak sedar diri.Mungkin mereka mempunyai alasan tersendiri-hidup lepas kawin pun sama mcm belum kawin...mkan kt kdai..bla..bla..baju x bergosok..bla..bla...makan sendiri..bla.bla....huhuhu!)
Berbalik pada imbasan 2008,juga bnyk kenangan terpalit dalam hidup saya.Tanggal 9 Mei 2008 menyaksikan bapa mertua kembali ke rahmatullah-secara mengejut.Memang memberi impak yang besar kepada keluarga mertua.Apatah lagi anak sulung beliau (isteri saya) sedang sarat mengandung.Takdir Allah melebihi segalanya dan Allahyarham tidak sempat menatap wajah cucu sulungnya.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.Amin.(Al-Fatihah).
Tarikh 20.08.2008 (20082008 atau pada kad pengenalannya 080820-08-****) pula mengungkapkan lembaran baru kepada diri saya.Faktanya ialah saya telah menjadi seorang ayah.Puteri yang diberi nama Qaseh Nur Abidah selamat dilahirkan ke dunia ini.Semoge kelahirannya membawa rahmat yang melimpah ruah,Insya'Allah...
Kepada para pembaca sekalian,biar apapun yang berlaku,semuanya adalah qada' dan qadar yang telah ditentukan-Nya dan setiap yang berlaku terdapat hikmah yang tersembunyi disebaliknya.Sebagai insan dan hamba kepada-Nya,kita hendaklah sentiasa cuba untuk meningkatkan ketaqwaan kepada-Nya.Buatlah yang terbaik di dalam hidup ini.
Jadikan peristiwa semalam adalah kenangan,hari ini adalah kenyataan dan esok adalah realiti yang harus ditempuh.
Selamat berjaya dan semoga azam yang diazamkan direalisasikan sebagai azam dalam erti kata yang sebenarnya.Selamat menyambut 1430H dan 2009M!
-helmy

No comments:
Post a Comment