Punca Kegemukan 2- KURANG AKTIVITI SEHARIAN.
Pada edisi sebelum ini, saya mengupas tentang Makanan sebagai puncautama kegemukan, kali ini ia berkaitan dengan aktiviti kita seharian.Zaman dahulu, dimana makanan susah untuk didapati, kita terpaksamendaki bukit, meredah hutan, mengejar kijang (teruk juga nak berlari ni),sepanjang hari hanya untuk makan sekali pada malamnya!Namun sekarang, ia menjadi sangat mudah. Kalau memandu di jalan raya,siap ada Drive Thru lagi. Kalau tampal sticker kat cermin depan siap bolehdapat aiskrim free lagi tu!, sekarang makanan diproses di kilang dan diletakkan di almari pasaraya. Tidak perlu lagi kita berkejar-kejar untuk mendapatkan makanan. Memang susah untukkita dengar yang kita kebuluran kerana kurang makanan.Fenomena ini menyebabkan kita malas dan kurang bergerak. Duduk sahajadi ofis, kedai makan, depan TV, atas katil yang empuk.Kalau pergi berjalan-jalan pun ada esklator, lif, kalau kat airport tu, kita panggil walk-atorkot.Apabila aktiviti harian kita menjadi sangat minimum, kemampuan untuk membakarmakanan (metabolisma) yang kita makan akan menjadi sangat lemah. Badan kitahanya akan membakar sedikit sahaja kerana badan tidak perlu tenaga yangbanyak disebabkan aktiviti kita yang kurang, tapi kita makan banyak!!, apa yang perlu buat untuk atasi masalah ini?Kita boleh lakukan macam-macam untuk meningkatkan aktiviti kita dalam seharian.CONTOH;1) Kalau pergi ke pejabat, kita parkinglah kereta kita di tempat letak kereta yangpaling jauh sekali dari pintu masuk pejabat.2) Kalau pejabat tingkat 30, kita naik lif sampai tingkat 24, lepas tu panjat tangga6 tingkat. Masa balik turun sampai tingkat 8, lepas tu turunlah tangga. Turun takpenat sangat, jadi buat lebih sikit!3) Kalau pergi pasaraya pun sama, parking jauh-jauh dari pintu masuk.4) Depan TV kita angkat-angkatlah sikit dumble ke, atau beli alat senamanyang jenis pijak kiri dia naik kanan, pijak kanan dia naik kiri, yang elok baruRM150.5) Cuci kereta sendiri. Kalau duduk apartment yang tiada paip kat bawah tulagi syok, angkat baldi air dari rumah!6) Bercucuk tanam, sayur ke, bunga ke, kalau duduk rumah tinggi tu, katveranda atau tepi tingkap masih boleh letak pasu yang kecil-kecil tu.7) Kalau rajin SENAMAN! Sikit-sikit dahulu pun tak jadi masalah.Banyak lagi cara untuk kita tingkatkan aktiviti badan kita. Kalau nak seronok,keluar duit sedikit, beli jam yang boleh kira berapa kalori yang kita bakarsehari melalui aktiviti yang kita lakukan seharian. Buat rekod! Harganya RM450-RM600dan biasanya dijual di kedai barangan senaman.tak perlu lakukan sekaligus, senaman atau aktiviti fizikal secaramendadak. Ini akan menyebabkan otot kita terkejut. Mulakan perlahan-lahandan tambah dari minggu ke minggu.Kalau tekad untuk lakukannya dan konsisten, bayangkan setahundari sekarang? Pasti akan langsing, menarik, sihat, cergas, pantas dan bertenaga!Setahun tu bukannya lama sangat, tsunami yang berlaku sebelum ini pun dah 4 tahun lepas!Lakukan sedikit perubahan sekarang. Berdiri dan duduk 5 kali SEKARANG! Lihatdah bakar 5-10 kalori dah!Amalkan hari ini lebih baik dari semalam!Bertemu lagi di keluaran yang akan datang!Semoga mendapat manfaat.
No comments:
Post a Comment