...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

30 August 2009

Live from 1408

Sudah lama tidak menjalankan aktiviti BBQ, berasap kepala nak menghidupan bara api walaupun menggunakan 'starter cock' (pemula nyala untuk arang).

Kebetulan hujung minggu dan semua adik beradik sebelah isteri balik dan juga sempena menyambut hari ulangtahun kelahiran salah seorang adik ipar (norazhani) pada 31 Ogos, acara BBQ ini pun dijalankan.Dan semuanya ditaja oleh beliau.

Lagipun BBQ kali ini juga dimanafaatkan sebagai acara untuk training sebelum Grand BBQ anjuran penulis yang akan diadakan sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.Menu istimewa nanti ialah ayam kampung panggang,Insya'Allah.

Menu sebentar tadi ialah ayam berempah bersalut mayonis dan ayam berempah bersalut butter.Ia perlu diperam dahulu dan semasa memanggangnya anda perlu dari masa ke semasa menyalut butter ke atasnya.

6.45 petang.Masih ada beberapa minit lagi sebelum tiba waktu berbuka.Rehatlah sebentar.

29 August 2009

KJ-Shhhhhhhhhh!!!!!

Lepas sahur cuti-cuti macam ni sepatutnya diisi dengan aktiviti tidur.Tapi disebabkan ada tugasan khas,maka aktviti tersebut terpaksa dikorbankan.

Yang pasti semasa online sementara menantikan waktu perlaksanaan tugas tersebut,penulis sempat membaca sisipan ini.Nasihat penulis, baik dia ini diam.Tak perlu mengulas benda yang sudah diulas oleh 'yang ahlinya'.

Kalau ulas untuk mewujudkan situasi 'kalau perkara ini...' atau 'mungkin akibat dari.....', baik senyap.

Nanti benda orang tak terfikir pun jadi terfikir.Orang tak tahu pun jadi tahu.

Sebenarnya kita kena faham bahawa sampai satu peringkat jika kita merasakan kewibawaan diri semakin terhakis atau hak semakin dinafikan,maka rasa emosional akan menguasai diri.

Perasaan melawan akan bergelora dalam diri.Kita tak boleh salahkan mereka ini kerana punca semua ini akibat provokasi pihak tertentu termasuklah si gagap.

Jika benda ini tidak timbul atau bantahan penduduk didengar,jalan penyelesaian bahkan akan lebih mudah.

Ini lah jadinya kalau fikir bukan guna 'oh tak' tapi guna 'kephalar luthut'.

28 August 2009

Coretan Berbuka


Erkkkkkkkkkk............Panjang sendawa nampak?
Alhamdulillah.Itulah salah satu dari dua kegembiraan yang dinikmati oleh mereka yang berpuasa.Satu lagi ialah ketika tibanya Aidilfitri.
Apa menu berbuka tadi?Bagi diri penulis memadailah hanya dua pinggan mihun goreng,sepinggan nasi dan sekeping kuih lopes kegemaran.Air pula memadai dengan hanya soya,mangga dan sarsi.

Wah!Terduduk rasanya.

Itulah nikmatnya berbuka tidak kira di mana anda berada.Yang penting bersederhanalah sementelah 1/3 untuk makan,1/3 untuk minum dan 1/3 untuk bernafas!

Alhamdulillah.Selamat menunaikan solat maghrib seterusnya Isya' dan sunat tarawikh.Ikhlas daripada;

helmy sekeluarga.

27 August 2009

Phulutus Choconutphmne Parutisphne & Lopez

Apa kata hari ini kita mencabar minda? Ya! Sempena bulan Ramadhan ini.
Topik yang kita akan cuba bincangkan ialah tentang makan.Memang tidak patut betul siang-siang cakap pasal makan di bulan puasa.Saja je...
Tengok terliur ke tak he he he.

Saban petang di sepanjang bulan Ramadhan kita akan mahu tidak mahu menjengah mencari segala macam lauk dan kuih di bazar Ramadhan.Dekat IKEA pun ada bazar Ramadhan!

Bazar yang penulis tuju ialah di Baza Ramadhan Simpang 4,Hutan Melintang.Kalau takpun di Bazar Ramadhan Teluk Intan.
Masa inilah kita akan jumpa segala kuih muih tradisional yang sukar didapati di hari biasa.Dari kuih badak berendam hinggalah ke kuih akok berlauk.Kuih sampan hinggalah didayung ke kuih

anak dara sebilik .Belum lagi segala macam jenis puding dan agar-agar berbagai warna!

Ayam golek,ayam percik,ayam madu dan segala usah la dikenang.Kalau dari jauh asap nampak berkepul maknanya ada aktiviti memanggang la tuh.Oh ya! murtabak, roti john, roti jala kuah durian jangan dilupa ye!

Tetapi satu jenis kuih yang memang penulis akan cari.Kalau di hari biasa sanggup berjalan agak jauh mencari kuih ini yang kadang-kadang hampa kerana sudah habis atau tiada TETAPI pada bulan Ramadhan,ia sangat mudah didapati di bazar-bazar Ramadhan.Memang heaven!

Anugerah kuih terbaik kegemaran Penulis ialah KUIH LOPES!

Terharu juga apabila mereka-mereka yang teringat kuih kegemaran penulis ini akan membelinya untuk penulis.Terutama Cikgu Anis he he he.

Lagi satu kalau anda nak tahu, penulis sangat menggemari pulut putih (bukan pulut dimasak kuning) yang dimakan dengan kelapa parut.Kelapa parut di digaul dengan garam secukup rasa.Nama saintifiknya ialah phulutus choconutusic parutisphne*

Biarlah kalau ada lauk lain seperti rendang atau sambal petai udang,penulis akan lebih memilih makan pulut tersebut dengan kelapa parut.Dengan kuah durian pun okey jugak.

Jangan silap faham.Memanglah penulis tidak peduli kalau orang kata selera kampung atau apa tapi menu pulut putih dengan kelapa parut ini telah menjengah ruang restoran di hotel-hotel.

Malah, ia pernah dipromosi di rancangan popular Jalan-jalan Cari Makan TV3!

Tetapi sesetengah orang memang tidak pernah mendengar menu itu.Hairan juga.Mungkin kerana ia agak eksotik.

Okeylah.Terliur pulak dengan posting kali ini.Tidak pasal terpaksa berbuka.Anda cubalah pulut dengan kelapa parut tu.Anda tidak akan menyesal.


*Nama saintifik tu ikut suka aku jek ha ha ha!

26 August 2009

Dari Perspektif Berbeza

Alhamdulillah,Ramadhan telah masuk hari yang kelima.Semoga semua bersemangat untuk meneruskan ibadat di bulan yang mulia ini.

Sedari beberapa minggu lalu hinggalah menjelang Ramadhan ini,kita dihidangkan dengan beberapa perkara.

Ia termasuklah isu 'sebat'.Bukan sarbat ye.Aduh....ramailah yang memberi ulasan perihal isu ini termasuk pak-pak menteri.Mak menteri pun tidak ketinggalan.Rasanya kepada yang cetek ilmu tu tidak perlulah memberi ulasan dan masuk campur hal-hal seperti ini.

Kasihan kepada mereka yang sedaya-upaya menegakkan kebenaran tetapi mendapat TEKANAN daripada pihak yang tertentu.

Mereka ini yang memberi tekanan sewajarnya diam.Rujuklah kepada pihak yang arif sebelum mengemukakan kenyataan semberono tahap hampas kelapa.

Misalnya rujuklah kenyataan oleh SS Mufti Negeri Perak Darul Ridhuan ini yang sepatutnya boleh menyelesaikan perdebatan ini.

Seterusnya berkenaan pilihanraya kecil Permatang Pasir.Seperti yang dijangka,BN masih lagi belum mandapat tempat di hati rakyat.Secara matematiknya majoriti yang agak begitu besar memang satu tamparan hebat kepada BN.

Natijahnya sikap pemimpin BN yang over react dan over confident juga menjengkelkan hati.Paparan demi paparan yang keterlaluan di media sedikit sebanyak menimbulkan rasa menyampah di hati rakyat.Lantaran protes ke'berlagak'kan itu diterjemah di kertas undi dan Nah!....hasilnya begitu menakjubkan pemimpin BN.Tunggulah apa post-mortem apa yang hendak dibuat kali ini.

Dari Perspektif Berbeza turut menyorot kes-kes profil tinggi yang tiada kesudahan.Misalnya isu PKFZ yang memaparkan saling saman-menyaman dalam jumlah yang banyak.Bukalah pekung.Kita lihat siapa yang dangkal dan siapa yang bagus!

Nota:Tahniah kepada Saudara Abd Kabir Bin Hj Hashim yang berlepas ke Mesir jam 1 pagi tadi untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar.Semoga Ramadhan ini memberi keberkatan kepada anda dan rakan-rakan.Anda masih boleh mengikuti blog ini di sana.

25 August 2009

Melayu Dalam Perlembagaan

Petikan Wawancara Mingguan Malaysia bersama Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah

MINGGUAN: Disebabkan banyak pihak tidak faham kedudukan Melayu dalam Perlembagaan, boleh Datuk huraikan perkara ini?

MOHD NOOR: Saya ingin terangkan dahulu perkara-perkara penting tentang orang Melayu di dalam Perlembagaan. Saya melihat banyak NGO-NGO Melayu sekarang ini bertindak dalam keadaan marah dan bukan menjawab mengikut undang-undang. Kerana itu pertama sekali saya ingin menjelaskan dalam perkara satu, negara ini perlu dikenali dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan nama Malaysia. Malaysia ini asalnya dari perkataan Malaya. Malaya itu mengikut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dahulu adalah Persekutuan Tanah Melayu. Sepatutnya ia habis di situ. Oleh itu negara ini dikenali dunia sebagai Tanah Melayu dan tidak disebut sebagai Persekutuan Tanah Melayu.

Nama Malaysia adalah termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Itu istilah sebenar mengikut Perlembagaan. Tidak timbul masalah apabila disebut Semenanjung, Sabah dan Sarawak walaupun dilihat sebagai berbeza kerana sebagai sebuah negara ia akan tetap disebut Malaysia. Contohnya Orang Asli hanya terdapat di Semenanjung seperti orang Senoi, Jakun dan Negrito. Orang Asli adalah aborigin bagi Semenanjung. Di Sabah dan Sarawak tidak ada Orang Asli. Ini hakikatnya. Penduduk di Sabah dan Sarawak dipanggil native (bumiputera). Orang Melayu juga bukan Orang Asli. Orang Melayu juga native (bumiputera). Kita sama dengan orang Sabah dan Sarawak dalam konteks kita adalah native di Semenanjung dan setaraf dengan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Mereka inilah yang datang selepas Orang Asli. Native ini jugalah yang diistilahkan indigenous people. Orang yang datang kemudian dipanggil imigran. Semua 28 suku kaum di Sabah dan Sarawak termasuklah Iban, Penan, Dayak dan sebagainya native. Dahulu native ini dikenali sebagai anak negeri namun kini ia dikenali sebagai bumiputera.


Boleh Datuk terangkan perbezaan antara indigenous dan aborigin dalam Perlembagaan?

MOHD NOOR: Ada dua perbezaan yang besar antara aborigin dan indigenous . Aborigin adalah penduduk asli negara ini dan indigenous paling sesuai untuk ditafsir ialah peribumi dan mereka ini dilihat bersesuaian dengan keadaan dan sekeliling mereka. Oleh itu adalah jelas orang Melayu dan native di Sabah dan Sarawak adalah sama sebagai peribumi. Maka bumiputera itu adalah terjemahan kepada native. Oleh itu jangan kata orang yang lahir di situ adalah bumiputera tetapi sebenarnya tidak. Begitu juga orang Cina dan India yang lahir di sini, mereka bukan bumiputera. Ini kerana bumiputera bukan sahaja lahir di sini tetapi keadaan hidupnya adalah bersesuaian dengan keadaan sekelilingnya.

Apakah yang lebih tepat untuk mengkelaskan misalnya Melayu, Cina dan India di negara ini dalam konteks Perlembagaan?

MOHD NOOR: Kesilapan besar kita ialah hanya mengenali bangsa sebagai Melayu, Cina dan India. Apakah kerana orang Melayu datang dahulu kemudian orang Cina dan kemudian India? Atau kerana orang Melayu paling ramai kemudian diikuti Cina dan India? Beritahu saya manakah negara yang tidak ada bangsa? Sama ada bangsa itu integral iaitu ada bangsa lain yang menumpang tetapi masih lagi disebut sebagai bangsa seperti bangsa Indonesia, bangsa Filipina, bangsa British, Perancis, Jerman dan sebagainya.

Menurut Perlembagaan, bangsa Malaysia terdiri daripada lima kaum. Maka bangsa Melayu itu diturun taraf kepada kaum. Namun kaum Melayu adalah teras di negara ini dan kita ajak kaum lain untuk bekerjasama sebagai bangsa Malaysia. Lima kaum itu terdiri daripada, pertama Orang Asli, kedua orang Melayu, ketiga kaum bumiputera Sarawak, keempat kaum bumiputera Sabah dan kelima adalah kaum-kaum lain.

Apabila menurunkan taraf orang Melayu kepada kaum, orang Cina dan India juga diturunkan taraf kepada “kaum-kaum lain”. Saya bercakap mengikut Perlembagaan dan jika kita menganggap teras negara ini terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India, itu adalah salah. Di mana definasi Cina dan India di dalam Perlembagaan? Dalam Perlembagaan ada disebut orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak. Macam mana hendak definisikan Cina dan India di negara ini jika sudah terdapat negara asal mereka dan keturunan mereka di sana. Oleh itu maknanya mereka ini bangsa Malaysia yang ada hubung kaitnya dengan soal bahasa, budaya, keturunan dan sebagainya dengan negara asal mereka. Sama ada mereka hendak terima atau tidak, itu adalah hakikatnya. Orang Melayu pun jatuh nombor dua dan bumiputera di tempat ketiga. Ini berlaku kerana dari segi sejarahnya Orang Asli ini lebih dahulu sampai, lepas orang Melayu barulah kaum-kaum lain sampai ke negara ini.

Tidak lama dulu ada pihak menghujahkan bahawa Melayu juga pendatang kerana penduduk asal adalah Orang Asli. Apa komen Datuk?

MOHD NOOR: Semasa empayar China dahulu kalau berpindah dari Han ke Chin atau dari Beijing pergi ke selatan hingga ke Mongolia adakah mereka berpindah dari satu negeri ke satu negeri? Mereka tidak berpindah tetapi hanya bergerak sekitar empayarnya. Begitu juga orang Melayu hanya berada di alam Melayu. Sejak kerajaan Sri Wijaya dahulu kita pernah mempunyai satu empayar agung yang meliputi Indonesia, Brunei, Filipina sebagai satu dunia Melayu. Oleh itu kita tidak berpindah hanya bergerak sekitar dunia Melayu. Namun apa yang berlaku sekarang ini adalah akibat penjajah Barat yang memecah-belahkan dunia Melayu. Indonesia diberi kepada Belanda, Tanah Melayu diberi kepada Inggeris. Jika tidak dipecahkan, dunia Melayu bersatu tetapi akibat penjajahan Barat ini kita berpecah belah. Jadi kenapa ada pihak berkata Melayu datang dari luar? Melayu hanya bergerak berkelompok di sekitar dunia Melayu ini.

Tetapi yang pasti orang Cina dan India bukan dari kelompok itu. Jika mereka kata Melayu seperti mereka, itu tidak benar. Yang sebenarnya adalah agama. Memang orang Melayu dulu beragama Hindu namun kemudian memeluk agama Islam tetapi bukan berasal dari India. Orang Melayu di sini kita gunakan istilah Nusantara yang bermaksud nusa antara nusa-nusa.
Jadi, maksud Datuk kita mesti melihat dari sejarah dan bukan keadaan sekarang yang dipisah-pisahkan?

MOHD NOOR: Orang Indonesia berhijrah ke Malaysia dari satu alam Melayu ke satu alam Melayu yang lain. Saya ingin bertanya adakah orang India yang berpindah dari Tamil Nadu ke Goa boleh dikatakan pendatang? Bukankah pelik jika orang Melayu yang bergerak dari Indonesia ke Tanah Melayu jadi pendatang? Kita kena melihat dari segi sejarah bukan pada masa sekarang. Jika sekarang sudah tentu berdasarkan undang-undang imigresen dianggap sebagai pendatang. Jika kita lihat sebelum penjajah memecah- belahkan kita, dunia sebelah sini adalah alam Melayu. Namun kini hakikatnya orang dari semua lima kaum tadi, kedudukan Orang Asli, orang Melayu dan bumiputera termasuklah bumiputera Sabah dan Sarawak terpinggir berbanding kaum-kaum lain. Itulah yang saya sedihkan. Oleh itu kita berhentilah menggunakan istilah Melayu, Cina, India ini kerana dari sudut Perlembagaan tidak ada disebutkan kaum Cina dan India. Namun kita yang memberikan kedudukan kepada mereka. Yang disebut ialah kedudukan orang Melayu dan Melayu disebut sebanyak 54 kali dalam Perlembagaan. Cina dan India langsung tidak disebut dalam Perlembagaan. Mereka harus sedar tentang perkara ini. Oleh itu kita harus sebut dengan jelas kedudukan ini, sama ada kita semua adalah bangsa Malaysia atau pun mereka hanyalah sekadar kaum-kaum lain saja.

Adakah Perlembagaan kita mendiskriminasikan kedudukan kaum-kaum lain ini?

MOHD NOOR: Perkara ini tidak berlaku kerana Perlembagaan ini dipersetujui oleh semua pihak ketika mula-mula digubal. Maknanya tidak ada diskriminasi jika semua pihak bersetuju. Perkara ini tidak patut timbul sama sekali malahan mereka patut akur bahawa Perlembagaan tidak langsung menyebut tentang kaum Cina dan India. Kita ambil contoh Barack Obama, beliau memperkenalkan dirinya sebagai African-American. Cuba beritahu yang mana penting dalam istilah tersebut? Jika kita melihat kepada nahu bahasa, adjektif adalah yang menerangkan kata nama. Jika kita lihat ada kaum Cina mengaku mereka sebagai Malaysian Chinese, Malaysia yang menjadi adjektif dan Chinese menjadi kata kerja. Jika dilihat kata kerja itu lebih penting dari adjektif. Oleh itu kita dapat lihat nama Chinese lebih penting daripada nama Malaysian. Ini menunjukkan mereka lebih berbangga dengan nama Chinese diletakkan di depan bukan Malaysian.

Apa mesej Datuk daripada contoh di atas?

MOHD NOOR: Bagi mereka nama Chinese yang lebih penting daripada Malaysian. Orang Cina sangat berbangga dengan tamadun mereka yang maju. Oleh itu, di mana mereka berada mereka lebih berbangga dengan kedudukan dan tamadun mereka. Maka kita harus memberitahu mereka ini bahawa mereka adalah Chinese Malaysian supaya mereka tahu mereka menghargai negara ini dan bertindak sebagai bangsa Malaysia.

Bagaimana dengan kedudukan raja-raja Melayu?

MOHD NOOR: Raja-raja Melayu ini merupakan yang empunya Semenanjung Tanah Melayu. Mereka ini memerintah secara mutlak. Walaupun mereka memerintah tetapi tetap ada penasihat seperti bendahara, temenggung dan sebagainya. Namun akibat dari peranan penjajah semua ini dimanipulasi hinggalah kita mencapai kemerdekaan. Sebenarnya raja yang memerintah. Kuasa memerintah terletak kepada raja dan bukan Perdana Menteri. Raja yang memerintah dan Perdana Menteri mengurus tadbir negara. Cara pemerintahan itu ialah pertama raja sendiri yang memerintah. Kedua raja memerintah mengikut nasihat. Ketiga raja memerintah melalui Perdana Menteri. Namun raja adalah berperlembagaan dan tidak lagi seperti dahulu. Kini kuasa raja hanya terhad kepada tiga sahaja iaitu yang pertama melantik Perdana Menteri. Kedua, raja yang memperkenankan pembubaran Parlimen. Ketiga apabila raja ingin mengadakan Persidangan Majlis Raja-Raja maka mereka mempunyai kuasa untuk memanggil mesyuarat tersebut.

Bagaimana pula dengan kontrak sosial yang membawa kepada kemerdekaan negara ini?

MOHD NOOR: Kontrak sosial bukanlah istilah undang-undang. Ia satu perjanjian antara kaum-kaum di negara ini di mana orang Melayu memberi kerakyatan sebanyak 800,000 kepada orang Cina dan India semasa kita menuntut kemerdekaan dahulu. Mereka ini subject to British colony di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Mereka ini bukan warganegara negara ini ketika itu. Maka penjajah British memberi syarat jika mahukan kemerdekaan mereka ini perlu diberi kewarganegaraan. Oleh itu sebagai balasan, orang Melayu perlu diakui mempunyai kedudukan istimewa sebagai peribumi di negara ini. Tiga keistimewaan harus diberi kepada orang Melayu iaitu pentadbiran negara ini diberi kepada orang Melayu. Pelajaran dan biasiswa diberi kepada orang Melayu dan permit dan perniagaan diberikan kepada orang Melayu. Ini kerana orang Melayu keciciran dalam banyak bidang. Dahulu penjajah buat sekolah di kawasan bandar. Oleh sebab itu orang Cina ramai yang pandai manakala orang Melayu pula ramai yang tinggal di kampung, asalkan dapat makan pakai serta dapat mereka beribadat, itu sudah cukup. Namun apabila merdeka orang Melayu ini tidak mahu lagi keciciran dalam semua segi.

Bagaimana pula dengan hak keistimewaan orang Melayu selepas 52 tahun merdeka?

MOHD NOOR: Jika kita lihat raja-raja kita dahulu berpandangan jauh telah memikirkan untuk menubuhkan Rejimen Askar Melayu untuk menjaga keselamatan orang Melayu kemudian ditubuhkan pula undang-undang rezab tanah Melayu. Semua ini dilakukan atas nama kebimbangan sekiranya sesuatu berlaku terhadap orang Melayu. Saya istilahkan dua tiga serangkai, rangkai pertama ini saya namakan warisan orang Melayu iaitu Raja Berperlembagaan, agama Islam dan Bahasa Melayu. Definisi orang Melayu ialah orang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan adat Melayu yang mewakili raja-raja Melayu.

Seterusnya rangkai yang satu lagi saya namakan pusaka orang Melayu. Pertamanya ialah Askar Melayu, kedua tanah rezab Melayu dan yang terakhir kedudukan istimewa orang Melayu. Ia dinamakan pusaka kerana ini merupakan peninggalan pemimpin kita dahulu. Oleh itu semua usaha ini perlu diteruskan dan dipertahankan oleh semua orang Melayu.

21 August 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Salam Kemerdekaan

Besok kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak,bulan yang penuh keberkatan.Jadi, mengambil kesempatan ini penulis dan keluarga ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada saudara-mara dan rakan-rakan.Semoga bulan Ramadhan tahun ini, kita akan lebih meningkatkan amal ibadah dan sedekah berbanding tahun yang lepas.

Selamat menyambut kemerdekaan negara yang ke-52 juga daripada kami sekeluarga.Bersamalah kita mempertahankan kemerdekaan ini.
Selamat bercuti juga kepada pelajar sekolah yang akanbermula besok.Enjoy puas-puas ok!

Birthday Qaseh (Majlis kedua)





























20 August 2009

Damai yang Hilang

Oh,tajuk di atas berbunyi begitu serius.Tapi bukan bermaksud apa-apa pun.Pengalaman berkursus di Swiss-Garden Golf Resort and Spa,Damai Laut di Lumut memang begitu mengasyikkan.

Walaupun beberapa perkara dari segi kemudahan yang agak menjengkelkan,ianya lebih kepada kursus sambil makan angin.

Hari pertama berlalu begitu sahaja.Ada sesuatu yang sangat mengujakan dan mengasyikkan penulis lakukan sebaik sahaja check in bersama rakan sebilik yang juga kebetulan salah seorang bos di pejabat.Tapi bos dari seksyen lain.Penulis tidak boleh beritahu di sini :-)

Hari kedua berlangsung dengan pembentangan kertas kerja oleh beberapa pegawai.Sebelah petangnya pula diisi dengan aktiviti 'Team Building'.Ia lebih menjurus kepada tresure hunt di dalam gerimis.

Sesetengah tugasan yang diberi agak 'gila' dan mengarut.Jika anda seorang yang masih bujang ia adalah satu BONUS kerana aweks yang berada dalam satu team kebanyakannya ramah tamah!

Sesetengah tugasan juga secara tidak langsung menjadi agak sensor.Misalnya seperti kena menyusup di bawah kayak yang terdampar di pantai tanpa boleh mengalih atau mengangkatnya.Maknanya kena korek pasir bawah kayak tersebut dan menyusup di bawahnya!Jadi faham-faham sajalah jika kaum hawa yang menyusurnya.Damn!

Memang badan agak lenguh dan tersangat letihnya.Di sebelah malam acara BBQ pula memenuhi program.Kepingan stik,udang bakar dan sotong bakar seakan tidak dapat memecahkan selera kerana masing-masing letih (Black pepper sauce tidak sedap).Suasana makan di bawah neon yang suram di tepian pantai yang nyaman memang mengujakan.

Diselangi pula dengan lagu-lagu dendangan dari penyanyi dari meja ke meja.Penyanyi dari Philipines beb! Dress code dorang? Cakap pun tak guna,mak aih.......

Selepas berakhirnya acara BBQ penulis terus ke bilik kerana terlalu penat.Beberapa rakan menuju ke lounge untuk terus berhibur.Lantaklah korang.

Keesokan harinya terlewat bangun.Acara perasmian penutup akan bermula.Namun Alhamdulillah,semua sudah berakhir.

Hotel ini terletak agak di pedalaman.Jalan yang berliku dan sempit memerlukan kecekapan memandu dan penuh perhatian.Majoriti pengunjung ialah pelancong dari luar negara.Kesimpulannya memang puas hati dengan kursus kali ini.Semoga selepas ini ia akan dilakukan di venue yang lebih gempax.

corat-coret;

-Bilik yang dihuni penulis banyak lalat.Rupanya sekarang memang musim lalat.Anak katak pun ada.Nasib baik sempat halau keluar.

-Kunci bilik air rosak dan lampu bilik air juga rosak .Hampeh!

-Samsara Spa memang branded spa.Tapi mahal gilors.

-Beberapa rakan sepejabat tidak dapat turut serta kerana terkena H1N1.Harap korang cepat sembuh.

-Makan memang best.Landskap pun memang indah.

-Pizza Extravaganza yang dipesan melalui room service memang lagi sedap dari Pizza Hut.Crust memang lembut giler dan cheese nya tebal betul.Lagi sedap bos I yang belanja huhuhu.Untung share bilik dengan bos.Semua dia belanja :-)

Dia yang Bernama Qaseh Nur Abidah



Hari ini, setahun lalu sekitar jam 2.15 petang iaitu 20.08.2008, seorang bayi menjengah dunia disaksikan bersama oleh ayahnya yang pening lalat melihat darah di sisi menemani ibu bayi tersebut.

Masa dirasakan berlalu begitu pantas.Hari ini, 20.08.2009 bayi yang dinamakan Qaseh Nur Abidah telah menjangkau usia setahun.

Qaseh diambil dari bahasa Melayu yang anda pun maklum akan maknanya manakala Nur bermaksud cahaya.Abidah pula dinamakan oleh ibu penulis bersempena nama nenek penulis.Ia membawa maksud hamba yang taat beribadah,Insya'Allah.Alhamdulillah,Qaseh membesar dengan sihat dan penuh kecomelan mewarisi wajah ayahnya huhuhu!

Ummi dia pula fotogenik :-)

Malam tadi telah dilangsungkan majlis sambutan kecil-kecilan ulangtahun kelahiran.Ia terpaksa dilakukan lebih awal memandangkan kesibukan ayahnya.Lagipun penulis masih keletihan kerana baru pulang dari berkursus.

Malam ini pula Insya'Allah satu lagi majlis sambutan akan diadakan di rumah sebelah isteri pula.Hari Jumaat memang tidak boleh kerana ada mesyuarat sehingga lewat petang di Ipoh yang memungkinkan penulis hanya dapat pulang sebelah malam harinya.

Lihatlah aksi Qaseh yang begitu teruja untuk makan keknya.Semoga Qaseh menjadi anak yang solehah dan mendoakan ayah dan umminya,Insya'Allah.

17 August 2009

Salam...

Kita jumpa pada hari Khamis,Insya'Allah.Penulis sedang bersiap untuk kursus sambil bercuti.Inilah peluang untuk berehat sebelum Ramadhan menjelang.

Jumpa di Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut!

13 August 2009

Kepada-Nya Kita Kembali...

Khabar sedih pagi ini diterima semasa penulis memasuki perkarangan hospital Teluk Intan untuk menziarahi seorang rakan sepejabat yang dimasukkan ke dalam wad akibat sesak nafas beberapa hari lalu.

Penulis menerima panggilan memaklumkan lead singer kumpulan Rabbani, Ustaz Asri telah meninggalkan dunia yang fana ini pada jam 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung.

Allahyarham meninggal dunia di Angkasapuri untuk satu program yang turut dijayakannya.

Untuk makluman sebelum ini Allahyarhamah Yasmin Ahmad turut rebah sebelum meninggal dunia beberapa hari kemudian di Media Prima.

Ustaz Asri, salah seorang penyanyi yang dikagumi kerana kekuatan vokal dan cara dakwahnya menerusi seni akan dikenang.Secara peribadi penulis tidak kenal secara langsung dengan Allahyarham tetapi seorang rakan penulis mempunyai hubungan kekeluargaan dengan beliau dan melaluinya penulis pernah mendapat sedikit input mengenainya.

Beliau yang seangkatan dengan Nazery Raihan dan Munif Hijjaz merupakan penyanyi yang menjadi favourite penulis dek kerana kelunakan dan kemerduan suara yang menusuk kalbu menerusi setiap lagu yang didendangkan.

Apapun semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan seluruh umat Islam lain yang telah meninggal dunia.Al-Fatihah.

nota:Petang semalam penulis menonton Slot Roda Impian di TV3 dan tidak disangka salah seorang pesertanya, ialah rakan sekelas semasa di SMTT dulu.Mengenangkan sikap gila-gilanya dulu penulis tidak menaruh keyakinan dia akan menang tapi ternyata dia membuktikan di ialah juara episod semalam.

The Story of a Capitalist

"There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group."

-Henry Kessinger,1970 , National Security Memo No: 200.

Baca selanjutnya di sini.

You Rain Test

Entah kenapa tiba-tiba management office mengeluarkan pekeliling untuk setiap pekerjanya supaya WAJIB menjalani ujian air kencing (kenapa tidak sebut ujian air kecil yang konon berbunyi lebih sopan) hari ini.

Urine Test tersebut akan dijalankan selama dua hari iaitu sehingga besok dan dibahagikan kepada dua seksyen.Maklumlah organisasi tempat penulis ini mempunyai kakitangan seramai lebih kurang 300 orang.

Jadi jika seramai ini yang akan melakukan ujian,maka akan ada berbagai ragamlah yang dapat dilihat.Kalau hasil ujian negatif tidak mengapalah.

Kalau yang positif pula tu faham-fahamlah apa sebabnya.Tapi kalau anda hendak tahu, sesiapa yang hisap rokok Surya-Gudang Garam tu pun orang kata boleh kantoi resultnya.Itu kawan-kawan katalah.Maknanya tidak semestinya drug dan yang sewaktu dengannya.

Tetapi untuk yang special kes tu,ada juga yang tidak boleh dapat result dari spesimen air kencingnya.
Ianya tergolong kepada mereka yang makan PETAI, JERING (JENGKOL), KERDAS dan yang seumpamanya.Bukan kerana ujian tu yang tidak boleh tetapi kerana orang yang akan melakukan ujian tu yang tidak tahan baunya.

Bagi mereka-mereka yang makan julap pula tidak perlu buat urine test.Kena buat brain-test je.

nota-Sterile Container di atas masih lagi penulis belum isi.Kalau dah isi tidak sanggup nak snap apatah lagi dipaparkan di sini.Nanti dikata mencarut kena pula Akta Hasutan hua hua hua!

Foto lagi satu tu sekadar gambar hiasan dari google image.Tetapi kenapa air dia cam keruh?Minah Salleh memang camtu kot.

12 August 2009

Urut Handphone Anda!

Kelmarin telefon bimbit penulis 'diterbangkan' oleh Qaseh dari satu ketinggian yang agak tidak munasabah untuk sebuah telefon bimbit.Ianya mendarat dengan kemas di atas lantai yang tiada karpet atau rug!

Hasilnya semalam penulis ingatkan coverage mengalami masalah tetapi rupanya telefon bimbit yang agak pening.



Kalau nak servis memang akan cut cost bulan ini.Nak tepuk atau goncang takut semakin rosak.Jalan terakhir ialah penulis letakkan telefon tersebut di lantai kereta.Dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabat semalam, sengaja penulis melanggar lopak dan permukaan jalan yang tidak rata untuk 'vibration massage' telefon tersebut.


Dan hasilnya mengejutkan dan mengagumkan.Sebaik sampai di rumah,penulis on semula telefon tersebut dan ianya kembali kepada keadaan seperti sediakala!


Agak tidak masuk akal namun jika anda pernah mengalami perkara yang sama,itulah jalan penyelesaiannya.Apapun tanggungjawab atas diri anda sendiri.Don't blame me :-)

11 August 2009

Kini Tiada Lagi Bakteria

Kini hanya dengan RM 25.00,bakteria di dalam kereta anda akan boleh dinyahkan dalam masa 10 minit!

Hasilnya rasa nyaman yang menyegarkan akan menusuk hidung seiring dengan kenyamanan penghawa dingin.


Tidak susah caranya.Pagi tadi sempat ke Cyclone-Basuh kereta secara drive-thru-bersama bos untuk membasuh kereta isterinya.

Tiba-tiba terpandang banner promosi perkhidmatan itu.Apa lagi, penulis pun menghasut bos untuk mencuba perkhidmatan tersebut dan ianya berhasil.

Langkah pertama cuma start enjin dan pasang penghawa dingin.Langkah kedua,operator akan memasukkan sejenis alat atau mesin yang mengeluarkan wasap.

Kemudian tutup rapat semua tingkap dan pintu dan suis alat tersebut dipasang.Alat tersebut akan mengeluarkan asap yang berbau fresh dan dibiarkan selama 10 minit (tadi rasanya dekat 20 minit pasal tauke tu nampak sticker JPJ di di cermin hadapan) hahahaha!


Asap tersebut akan memasuki sistem penghawa dingin dan ianya akan recycle di dalam kereta berulang-ulang.Ketika inilah anda akan tahu sejauh mana kereta anda kedap atau tidak.


Lazimnya kereta buatan Malaysia mempunyai tahap kekedapan yang rendah.Ianya boleh dikesan melihat asap yang keluar dari segala celah yang ada! Walaupun ia bukan objektif asal sekurang-kurangnya kita tahu keadaan kereta kita huhuhu!

Jadi apa lagi.Selesai sessi pengeluaran wasap tersebut anda masuk dan sedut sekali asap tersebut.Bakteria dalam sistem tubuh badan anda juga akan dimatikan (fakta tidak disahkan).Cubalah.

Anda akan merasa nyaman tetapi sedikit bau wasap seakan wasap semasa kerja menyembur wasap nyamuk (fogging).Mungkin asap itulah yang membunuh bakteria.Anda boleh memandu dengan asap masih lagi di dalam kereta dengan harapan tumpuan pemandu lain akan terarah kepada anda.Memang nampak gorgeous!

10 August 2009

Kenapa Semua Ini Berlaku

Mufti celup Negeri Selangor-Rhony Lioq yang sering melaungkan 'takebeer' (bukan takbir) mendapat sokongan penuh dari MB.

Kemudian H1N1 (ba alif ba ya) dari Penang-Japeri Wooi-pula mahu Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd. Razali Abdullah, yang juga ahli JIM keluar daripada Majlis Jawatankuasa One Stop Centre (MJOSC) kerana beliau hanya satu beban politik kepada kerajaan negeri.

Seterusnya Ketua Pemuda sebuah parti Dog And Pig-Lock Sial Fuck menyerang peribadi pendakwah Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah secara keterlaluan, biadab dan boleh mencetuskan ketegangan agama.

''Antara contoh bahasa yang digunakan adalah 'Siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini', 'Ibu bapa awak (Mohd. Ridhuan Tee) akan lebih gembira kini jika mereka mengepam awak ke dalam lubang tandas semasa dilahirkan' dan 'Kalau awak (Mohd. Ridhuan Tee) boleh menjadi Presiden Persatuan Cina Muslim saya tidak tahu apa jenis Cina Muslim yang ada... pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak,'' jelas beliau.

Sungguh siapa yang mengundi Lock Sial Fuck ini menjadi MP samalah seperti mengundi bastard yang bergelimpangan tiada tempat di muka bumi ini.

Selanjutnya layari blog The Riding MP-Zulkifli Noordin.

Apalah...

Kita ni manusia.Dinamakan Islam selagi kalimah tauhid tersemat di dalam hati.Maknanya selagi seseorang itu mengucap kalimah syahadah dan nama Allah tersemat di dalam hatinya,maka orang itu tetap saudara sesama umat Islam.

Makanya biarpun kita ni berbeza ideologi politik atau kefahaman,kita tetap sama Islam.Islam yang mengikat dengan erat rantai silaturrahim sesama Umat Islam.

Dalam hal apapun Islam hendaklah diutamakan.Sekalipun hamba Allah tadi dikatakan pengkhianat bangsa atau apa pun biarlah.Kita perlu rasional menangani isu-isu sebegitu.

Jika kita emosional sampai menganjurkan perhimpunan untuk meluangkan perkataan-perkataan pengkhianat atau apapun maka tiadalah beza kita dengan mereka.Sama-sama bodoh dan jumud.

Mengiktiraf bangsa sendiri dengan ungkapan pengkhianat.Itu dah satu perkara.Bayangkan jika orang yang kita kata pengkhianat itu masih terselit ungkapan kalimat Allah di lubuk sanubarinya.Apa hukumnya???

Dua kali lima,lima kali dua!

Penulis pun tidak bersetuju juga dalam banyak perkara tentang hamba Allah itu tetapi sebagai sesama bangsa,tidak wajarlah kita berbuat demikian.KAUM LAIN AKAN GELAKKAN DAN BERGEMBIRA DENGAN SIKAP BODOH MELAYU YANG MENGUTUK MELAYU LAIN!

Kalau anak jantan sangat yang kat Johor tu,laungkan sekali ungkapan pengkhianat kepada kafir-kafir laknatullah yang sepakat dengan hamba Allah tadi.

Terutama kafir yang kat Selangor dengan kat Penang tu.

Barulah adil.Ni yang nak laung-laung ni apahal.Buat malu aje.Memperbodohkan diri sendiri dan bangsa sendiri.

Lu fikirlah sendiri.

09 August 2009

Alahai...

Lawak ke tak lawak tak tahulah nak cakap.

Tapi memang terdapat macam-macam manusia dalam Malaysia ni.

Siang tadi meluangkan masa membawa isteri dan adik-adik ke Pekan Sungai Besar,Selangor untuk membeli kain untuk 'baju raya'.Pada penulis zaman baju raya ni dah berlalu tetapi tidak mengapalah.Layan kerenah adik-adik.

Semasa di dalam perjalanan,singgah di sebuah stesyen minyak untuk mengisi angin tayar.Kalau anda tahu sekarang ni pam semua jenis digital.

Sebagaimana lazim penulis pun set kepada tekanan 30.Tapi entah mengapa semakin dipam semakin angin keluar.Akhirnya tayar kereta jadi flat terus.Seorang brader yang nak tolong juga tidak dapat berbuat apa-apa.

Rupanya ada mangkuk mana yang gatal tutup main pump ke pam tersebut.Hampeh.Patut angin tak ada.

Kerana panik menghabiskan banyak masa di situ maka penulis pun ikut sempat sumbat angin.Kemudian teruskan perjalanan dengan harapan jumpa pam yang konvensional.

Sampai di Pekan Sungai Besar pun rupanya semua stesyen minyak dah guna pam digital.Mahu tidak mahu penulis pun check dan isi angin ikut keperluan.

Hendak dijadikan cerita,sebuah kereta Perodua Kelisa menunggu penulis mengisi angin.Maka sesudah mengisi angin dan membasuh tangan penulis pun masuk ke dalam kereta semula.

Kelisa tadi pun seperti tidak sabar meluru ke tepi pam tersebut.Masih jelas di ingatan dan bersaksikan isteri dan adik-adik,penumpang Kelisa itu turun dengan wajah sombong terus menekan buttton di pam tersebut.Semasa oenulis selesai menggunakan pam tadi masih pada tekanan 30.

Tahu dia tekan pressure berapa? 50 beb! Dalam hati kami semua tertanya-tanya.Biar betul mamat ni.Kelisa guna tekanan angin sebanyak itu??

Sebaik dia mahu mengisi angin,pemandu Kelisa itu menyergah mamat tadi.Kami tidak depat menahan ketawa.

Dah tentu mamat ni tak pernah isi angin dan juga kemungkinan besar tak ada kereta!Bukan memperkecilkan orang lain tetapi sikap mamat tu yang seakan tidak puas hati menunggu giliran selepas kami tadi amat menjengkelkan.

Nampak sombong tetapi sebenarnya hampeh!

Tak Larat Teman Kalau Camni Yob!

Malas nak cakap tapi kalau tak nak cakap pun tak boleh.Kalau anda beli Mingguan hari ni tentu dah baca cerita ini.

Lawak kan.Pasal teman malas nak cakap,anda nilailah sendiri.Baca di sini.

08 August 2009

H1N1


Ia telah menjadi suatu pandemik yang sangat bahaya dan mengancam rakyat negara ini.Suka diingatkan walau di mana anda berada,ia telah berada berhampiran anda.Sebagai contoh di daerah Teluk Intan ini,ia telah dikesan dan terdapat beberapa kes yang telah dilaporkan.

Difahamkan terdapat sekolah yang telah ditutup di Manjung dan mungkin akan menyusul beberapa lagi.

Pengalaman yang diceritakan oleh isteri penulis pada minggu pertama beliau berkhidmat di SMK Seri Perak sangat mencemaskan.

Semua guru dan pelajar diwajibkan memakai mask berikutan beberapa ambulan terpaksa dipanggil untuk membawa pelajar yang mengalami demam melampau ke hospital.

Perkara tersebut dilaporkan di Utusan Malaysia semalam.

Beberapa kes turut dilaporkan di beberapa sekolah berhampiran dan terdapat juga yang telah dirujuk ke Hospital Ipoh.

Sekiranya terdapat simtom demam selsema dan batuk hendaklah terus ke Klinik atau Hospital.Namun sekiranya anda ingin ke hospital kerajaan,kekuatan fizikal dan mental adalah perlu.

Pengalaman penulis sendiri minggu lepa.Asalnya penulis tiba-tiba demam selepas mengendalikan satu program bersama peserta PLKN.

Sewaktu ingin menjalani ujian saringan di HTI,Penulis disambut dengan wajah nurse yang sangat 'sial'.Nurse tersebut yang berwajah 'sial' tidak akan membuat ujian saringan tersebut jika pesakit tidak terdapat direct contact dengan pesakit H1N1.Tak ke bodoh alasan itu.Tapi kalau sudah dasar pemalas,penulis pun tidak mahu bertekak.

Perkara tersebut penulis telah adukan kepada seorang rakan yang juga Ahli Lembaga Pelawat Hospital tersebut.Beberapa hari yang sama aduan seumpama itu juga telah diadukan di Forum@Utusan.

Keseimpulannya,hadkan aktiviti luar dan jika perlu pakailah mask.Anda akan tetap kelihatan vogue sekalipun memakai aksesori tersebut huhuhu.

"Berita Baik"

Tahniah kepada rakyat Selangor.'Berita sangat baik' hari ini.Siap dengan menjadi tajuk utama lagi hari ini.Penulis titip berita tersebut di bawah.Selanjutnya kita tunggu apa komen PAS pada hari Isnin.

Arak: Selangor tidak larang

SHAH ALAM 7 Ogos - Kerajaan negeri Selangor hari ini membuat keputusan tidak akan melarang penjualan minuman keras di kawasan majoriti penduduk Islam di negeri ini.

Sebaliknya, kerajaan negeri meminta semua premis perniagaan, pasar raya dan kedai serbaneka yang menjual arak mengamalkan konsep kawalan sendiri bagi membendung penjualan minuman keras kepada orang Islam dan remaja bawah umur.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa mengumumkan perkara itu berkata, buat permulaan konsep kawalan sendiri akan dikuatkuasakan di 52 premis perniagaan dan kedai serbaneka di Shah Alam dengan menumpukan 17 premis di Seksyen 1 hingga Seksyen 24.

Menurut beliau, ia akan diseleraskan di seluruh negeri jika konsep itu berjaya mencapai tujuannya selepas tempoh sebulan.

''Kerajaan negeri berpendapat baik guna konsep kawalan sendiri yang mana penjual faham kehendak pengguna iaitu di kawasan yang tidak ada permintaan atau tidak perlu penjualan dibuat, maka mereka tidak perlu jual atau pamer minuman keras.

''Jadi dengan konsep ini, tidak perlulah banyak undang-undang digubal dan saya tahu ini memang keputusan yang orang tidak sangka.

''Dengan ini juga, draf yang dicadangkan oleh Pas itu takkan dilaksanakan kerana kita pilih nak belajar bagaimana laksanakan konsep ini (kawalan sendiri)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Mazalan Md. Noor serta wakil kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven dan Kumpulan Syarikat KK di sini hari ini.

Selasa lalu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali mendesak agar portfolio kerajaan tempatan yang dipegang Ronnie Liu ditarik balik ekoran beberapa masalah yang ditimbulkan wakil rakyat DAP itu berhubung isu penjualan arak.

Pas turut memaklumkan akan segera mengemukakan draf peraturan kecil mengenai penggunaan arak di kalangan masyarakat Islam untuk dikuatkuasakan di peringkat pihak berkuasa tempatan dan mencadangkan agar minuman keras tidak boleh dijual di kawasan yang majoriti penduduk Islam.

Bagaimanapun, desakan menarik balik portfolio Ronnie telah ditolak mentah-mentah dan hari ini cadangan mereka agar minuman keras tidak boleh dijual di kawasan yang majoriti penduduk Islam pula diketepikan.

Mengulas lanjut konsep kawalan sendiri, Abdul Khalid berkata, konsep yang mendapat kerjasama pemilik premis kedai serbaneka itu diharap dapat mengekang masalah sosial.

Selain itu, kata beliau, ia juga menunjukkan toleransi kerajaan negeri kepada peniaga serta memahami keperluan serta tanggungjawab kepada rakyat yang pelbagai budaya, kaum dan agama.

Ditanya sama ada kedai serbaneka di Seksyen 8 di sini akan turut serta dalam konsep itu, beliau berkata, mereka juga sedang membuat kajian sama ada untuk menarik semula penjualan minuman keras di premis itu atau sebaliknya.

Sementara itu, Mazalan ketika ditemui berkata, pihaknya akur dengan keputusan tersebut dan akan bekerjasama dengan semua premis perniagaan serta kedai serbaneka di bandar raya ini untuk merealisasikan konsep tersebut.

''Dalam sebulan ini, kita akan tumpukan di Seksyen 1 hingga Seksyen 21 Shah Alam di mana terdapat 17 kedai serbaneka yang akan melaksanakan sistem ini," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat KK, Datuk Dr. Doughlas KK Chai pula berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk melaksanakan konsep itu kerana hanya mempunyai satu cawangan di Shah Alam iaitu di Seksyen 9 di sini.

Menurutnya, konsep itu mungkin memberi kesan kepada perniagaannya, tetapi ia akan membawa kebaikan kepada semua pihak terutama dalam mencegah masalah sosial yang berpunca daripada arak.


nota: Ha Ha Ha.Congratz Khalid.Don't drink too much huh!

06 August 2009

Desiran Angin Dipuput Bayu

OGOS 4, 2009 — Apa yang dikehendaki oleh orang Cina, India dan PAS ketika ini ialah kuasa politik dan pentadbiran yang lebih besar. Bukannya keadilan dan demokrasi. Maka kerana itu, kuasa politik Melayu yang dipegang oleh Umno sejak merdeka mestilah dihapuskan. Ini boleh dicapai apabila Pas dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong DAP.

Saya mulai dengan imbas kembali beberapa tajuk besar muka depan Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia:
1. “Ketuanan Melayu Tercabar” — 13 April 2008.
2. “Henti Guris Melayu — Peringatan Sultan Azlan Shah kepada semua pihak” — 6 November 2008.
3. “Jangan Persoal - Ketuanan Melayu bukan jenaka yang boleh dipermainkan” — reaksi beberapa menteri kanan UMNO terhadap kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek — 30 November 2008.
4. “Bangkitlah Melayu - Bersatu hadapi tuntutan kaum lain yang makin keterlaluan” — 15 April 2009.
5. “Peringatan Sultan Azlan — Tindakan cemar institusi raja seperti menyalakan api dalam sekam” — 20 April 2009.
6. “Jangan Melampau - Pakatan pembangkang didesak hentikan tuduhan terhadap SPRM” — 20 Julai 2009.

Banyak lagi seruan dan desakan — dalam bentuk berita, komentar Awang Selamat dan pelbagai bentuk tulisan yang sangat keras dan tajam. Semuanya merangsang bangsa Melayu bertindak mempertahankan maruah dan keutuhan bangsa. Orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan Kumpulan Utusan Melayu yang selama ini sangat bersabar dan sentiasa sangat berhati-hati menjaga hati orang Cina dan India, sudah tidak boleh tahan lagi.

Kata Awang Selamat, “Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas PRU Ke-12.”

Akan tetapi semua seruan dan amaran hanya tinggal dalam lipatan akhbar Utusan Malaysia sahaja. Orang Melayu tidak bangun bangun juga. Pertubuhan Melayu — yang lama dan baru — hanya sekadar mengeluarkan kenyataan marah-marah dan membuat laporan polis sahaja.

GAPENA yang menganjurkan Kongres Perpaduan Melayu yang sangat besar dan penuh bersemanga pun, sampai sekarang tidak nampak sebarang tindakan. Pemimpin Umno, termasuk Pemuda pun sekadar mengeluarkan kenyataan dan amaran sahaja. Serangan dan penghinaan pembangkang dan aktivis politik Cina dan India terhadap Melayu semakin menjadi-jadi.

Mereka sengaja menunjukkan keberanian dan tindakan kurang ajar. Cuma mereka belum berarak dan membuka butang seluar seperti sewaktu Tragedi 13 Mei. Melayu kini sudah jadi bangsa yang takut bertindak. Sultan dan Raja Muda Perak telah melangkah tradisi diraja, tampil ke muka menyampaikan beberapa titah yang sangat berani, tegas dan terus terang. Memberi amaran kepada Melayu-Islam akan situasi politik kita yang sangat kritikal dan masa depan yang gelap. Sultan Selangor dan Tengku Mahkota Kelantan menyertai tindakan Sultan dan Raja Muda Perak itu.

Majlis Raja-Raja Melayu mengeluarkan “Kenyataan Akhbar Khas”. Suatu amaran keras, yang belum pernah dibuat sebelum ini (Utusan Melayu, 17 Oktober 2008). Tetapi tiada apa-apa tindakan susulan. Maka kita pun jadi lupa.

Benarlah seperti peringatan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Perhimpunan Agung UMNO beberapa tahun lalu: “Orang Melayu mudah lupa”.

Penglibatan istana ini menunjukkan kemelut politik di negara kita sudah sangat serius. Memerlukan tindakan segera. Bukan hanya retorik kata-kata. Situasi politik yang tergambar dalam imbasan akhbar inilah, saya rasa, membuat Dr. Mahathir pun tidak boleh tahan lagi.

Lalu dalam blognya pada 20 Julai lalu, beliau menyiarkan tulisan “Kaki Dalam Kasut”. Artikel itu diserang oleh aktivis dan pejuang politik pembangkang Cina dan India sebagai suatu pemikiran yang rasis. Tidak pelik beliau dituduh rasis. Meski pun Dr. Mahathir hanya menyatakan fakta-fakta sejarah yang benar. Tuduhan rasis kepada pemimpin Melayu adalah salah satu senjata politik parti pembangkang yang amat berkesan untuk membunuh kuasa politik Melayu, yang sejak merdeka di tangan Umno.

Apakah sebenarnya cita-cita orang Cina dan India — khususnya DAP yang disokong kuat oleh Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)? Malah mereka turut mendapat sokongan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Anwar sendiri. Kumpulan ini berdemonstrasi dan memekik-mekik menuntut “hak, keadilan dan demokrasi”.

Berpuluh-puluh tahun Anwar memegang kuasa besar dan menjalani kehidupan amat mewah dan berpengaruh dalam BN. Ketika itu tidak pernah pun beliau mempersoalkan hak, keadilan dan demokrasi. Malah beliau menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan. Ini baru beberapa tahun lalu. Tentu Anwar belum lupa.

Akhbar rasmi Pas, Harakah pada 5 Julai lalu menyiarkan tajuk besar “Pakatan ganti BN” dengan berita megah: “Himpunan perdana perpaduan 100,000 anjuran pakatan rakyat (pembangkang) di Petaling Jaya, 30 Jun lalu menjadi saksi betapa gabungan Pas, Keadilan (PKR) dan DAP terus mantap dalam usaha meneraju perubahan dan seterusnya menggantikan BN.” Turut dipaparkan ialah foto pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang bersalaman amat erat dengan Abdul Hadi sambil diperhatikan dengan penuh teruja dan megah oleh rakan lama saya, Anwar Ibrahim.

Memang patut benar dimegahkan kerana Anwar yakin tidak lama lagi beliau akan menjadi Perdana Menteri. Musuh lamanya dalam politik lama, sudah dipeluk erat dan mesra. Bagi Nik Abdul Aziz, musuh yang berkekalan sehingga kiamat adalah “Umno yang kafir”. DAP dan Kit Siang tidak kafir! Pas sanggup memeluk Kit Siang. Juga kerana hendak mendapat kuasa memerintah. Demokrasi dan Islam hanya alat kempen sahaja.

Siapakah yang munafik?

Menjadi parti pemerintah adalah hak semua parti yang menang pilihan raya. Berdasarkan jumlah calon Cina dan India dari pakatan pembangkang yang menang pada PRU 12 kita sudah dapat melihat betapa besar kuasa politik yang boleh mereka capai. Buktinya jelas di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

Dan apabila mereka berkuasa dan meminda Perlembagaan supaya Wilayah Persekutuan juga mengadakan pilihan raya, pastilah mereka akan memerintah ibu negara kita. Datuk Bandar dan pegawai-pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur seperti yang ada sekarang akan bertukar tangan. Berdasarkan jumlah calon bukan Melayu yang akan menang pada PRU 13 nanti, sudah dapat dibayangkan berapa kementerian penting yang akan mereka pegang. Siapa akan jadi Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Pengarah Jabatan, pegawai-pegawai kanan dan Pegawai Daerah. Siapakah akan jadi pegawai kanan dalam pasukan polis dan angkatan tentera. Saksikan apa yang telah berlaku di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Hak Istimewa Melayu dan Dasar Ekonomi Baru pun tidak akan ada lagi. Strategi yang mereka pergunakan sekarang sudah nyata berjaya. Terus menyemarakkan isu rasis untuk menimbulkan “kemarahan dan kebencian” rakyat kepada apa juga kuasa yang ada kepada orang Melayu, termasuk kuasa mahkamah, polis dan tentera. Dan kuasa Raja-Raja Melayu. Oleh itu, apa pun yang telah dan akan dilakukan oleh kerajaan BN sukar sekali mengatasi “kemarahan dan kebencian” yang terus mereka bakar setiap hari.

Mereka menggunakan kesempatan daripada apa juga isu, termasuk isu orang mati. Anehnya ramai juga orang Melayu-Islam yang ikut benci kepada kuasa bangsa sendiri.

Bangsa Melayu sudah menjadi bangsa yang tolol dan bacul. Dan “orang yang bacul, akan mati sebelum mati”.

Walaupun bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberikan hak milik tanah selama 999 tahun kepada kaum Cina, ramai juga orang Melayu mengundi beliau pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang.

Abdul Hadi pula berikrar “akan terus mengukuhkan pakatan pembangkang”. Benarlah bangsa Melayu yang memerintah sudah nak mati! Dan saya ingin bertanya Anwar Ibrahim: “Di manakah nanti duduknya kuasa politik Melayu dalam kerajaan pakatan pembangkang?”

Dalam artikel “Kaki Dalam Kasut”, Dr. Mahathir mengingatkan: “Apabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan Tanah Melayu digugur dan cantuman negeri-negeri ini dinamakan Malaysia.

Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam nama negara sendiri dan orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar.” Apakah tindakan politik yang perlu kita buat sekarang? Demonstrasi atau laporan polis lagi? — Utusan Malaysia

05 August 2009

update Super Link

Akhirnya kesimpulan telah dibuat.Cadangan PAS telah ditolak mentah-mentah oleh MB dari PKR.Baca artikel ini.

Yang tersangatlah bodohnya,komen yang dikeluarkan ialah ianya BUKAN SATU ISU YANG BESAR!

Isu budak IPTA kat situ yang dok nogok benda haram tu BUKAN ISU BESAR!

Isu orang Islam yang 'selam' area tu nogok benda tu juga BUKAN ISU BESAR!

Orang Islam kariah tu yang susah hati kerana dikira bersubahat sokong benda haram tu juga BUKAN ISU BESAR!

Yang penting minoriti yang memang minum benda tu mesti dijaga hatinya.Biar mudah diorang nak dapat benda tu!

Si gagap ni tak tau ke arak ni ibu kepada segala kejahatan?Oh lupa plak.Poket dia ISU BESAR bro!

Kalau dia ikut cakap PAS nanti nipisla poket.

Haram zadah betul!

Apo laie nak cakap bro.Depa ni semua takut dan tunduk pada si lanun tu!

Harapan

Pening Man Gagap dengan anak buah dia.Lepas satu,satu hal datang.Paling dia pening dengan anak buah yang dari dulu menyusahkan orang.Nak dihalau tak boleh.Nanti dengan dia sekali kena halau juga.Anak buah dia ni dari geng Dungu And Penyangak.

Lagi satu belah geng Pandai Angguk Sahaja.Geng yang ni slow skit pasal tak ramai.Man Gagap ni pula memang dari geng Pakar Kelentong Rakyat.Tu yang dia dilantik jadi ketua walau cakap pun gagap.

Al-kisah bukan senang nak jadi pemerintah kalau masing-masing lain kepala.Satu nak ke selatan yang lain nak timur atau barat.

Daripada tiga geng ni geng Dungu And Penyangak paling menonjol.Wajib sekali kalau geng ni tidak wujud di bentuk muka bumi Malaysia yang indah ini.Kontroversi saban hari menyelubungi dengan harapan mereka akan lebih menonjol berbanding Man Gagap dan geng-geng lain.

Terbaru kes salah seorang geng Dungu And Penyangak yang mana salah seorang balacinya nak jadi Superman.Tapi belum sempat terbang dah menyembah bumi.Kesudahannya anda fahamlah sendiri.Maka Man Gagap kerah semua gengnya jadi askar macam Planet of The Apes.Menyalak sana-sini kononnya mencari keadilan kepada Superman tadi.

Begitulah halnya sampai bila putaran ganas ini akan berakhir.

Selagi satu pihak lain yang menganggap konon dirinya suci menebarkan gelombang birunya semula.Namun adakah masih ada harapan?









Super Link

Silalah link ke artikel ini.Kita mesti bersatu.

Layari juga artikel ini untuk mengetahui perkembangan umat Islam di negara ini yang sedang berhadapan dengan bala.

Semuanya kerana segelintir manusia bodoh yang ada di dalam artikel ini.Na'uzubillah.Takkan Umat Islam lain masih lagi mahu berbincang seperti artikel ini dan artikel ini juga????

Andai nilailah sendiri...

03 August 2009

Replace...Beli It or Note! (Ripleys..Believe It or Not)

Lawak tajuk diatas...selawak dengan pengkisahan yang akan diceritakan.Konsert 'Halal'.

Halal pada depa...orang belah ni kalau buat juga dok kata haram.Tak dak kata tajuk kat banner tu tulis 'Konsert' atau 'Jom Heboh'.

Untuk kasi bunyik cam halal maka ditulislah 'Malam Kebudayaan'.Maka barulah boleh pokcik-pokcik dan mokcik-mokcik menghadirkan diri tanpa 'was-was'.Kena bayar RM30 untuk dapat duduk dan makan sambil tengok dendangan yang dijemput khas.

Yang dijemput pula semuanya penyanyi rock.Ingatkan kumpulan nasyid ke.Entahla.Inilah kalau dikatakan matlamat menghalalkan cara.Kalaupun ianya memang tidak haram,tetapi janganlah kata haram kalau pihak lain yang buat.

Ingat elok sangat ke perangai kalau keluarkan hukum ikut suka hati.Dah tu menjatuhkan hukum kepada orang lain apatah lagi sesama orang Islam.

Sendiri mahu ingatlah.

nota:Konsert di atas dianjurkan di kawasan kejiranan penulis baru-baru ini dan dianjurkan oleh pihak yang mendakwa kononnya sangat Islamic.Allah jua Maha Mengetahui.

@ This Time Being...

Maaf kerana agak lama tiada perkembangan di dalam blog ini.Kesihatan yang tidak mengizinkan menyebabkan agak tepu untuk mencurah idea.

Banyak juga sebenarnya perkembangan yang menarik sepanjang minggu lepas tetapi tidak diberi liputan sewajarnya di dalam blog ini.Namun rasanya anda semua tentu mengikuti perkembangan semasa melalui media-media arus perdana.

Pelbagai khabar dari dunia politik hingga ke dunia seni yang penuh warna menghiasi berita saban hari.Suka duka silih berganti dan ianya adalah lumrah kepada insan yang bernafas.

Bagi diri penulis sendiri,tiada perkembangan pun.Isteri penulis pun telah meletakkan jawatannya sebagai jurutera pada minggu lepas dan hari ini memulakan tugas sebagai sebahagian daripada warga pendidik.

Qaseh pula sedang demam dan mungkin demam mencari skil baru.

Salam untuk semua!