...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

13 August 2009

Kepada-Nya Kita Kembali...

Khabar sedih pagi ini diterima semasa penulis memasuki perkarangan hospital Teluk Intan untuk menziarahi seorang rakan sepejabat yang dimasukkan ke dalam wad akibat sesak nafas beberapa hari lalu.

Penulis menerima panggilan memaklumkan lead singer kumpulan Rabbani, Ustaz Asri telah meninggalkan dunia yang fana ini pada jam 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung.

Allahyarham meninggal dunia di Angkasapuri untuk satu program yang turut dijayakannya.

Untuk makluman sebelum ini Allahyarhamah Yasmin Ahmad turut rebah sebelum meninggal dunia beberapa hari kemudian di Media Prima.

Ustaz Asri, salah seorang penyanyi yang dikagumi kerana kekuatan vokal dan cara dakwahnya menerusi seni akan dikenang.Secara peribadi penulis tidak kenal secara langsung dengan Allahyarham tetapi seorang rakan penulis mempunyai hubungan kekeluargaan dengan beliau dan melaluinya penulis pernah mendapat sedikit input mengenainya.

Beliau yang seangkatan dengan Nazery Raihan dan Munif Hijjaz merupakan penyanyi yang menjadi favourite penulis dek kerana kelunakan dan kemerduan suara yang menusuk kalbu menerusi setiap lagu yang didendangkan.

Apapun semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan seluruh umat Islam lain yang telah meninggal dunia.Al-Fatihah.

nota:Petang semalam penulis menonton Slot Roda Impian di TV3 dan tidak disangka salah seorang pesertanya, ialah rakan sekelas semasa di SMTT dulu.Mengenangkan sikap gila-gilanya dulu penulis tidak menaruh keyakinan dia akan menang tapi ternyata dia membuktikan di ialah juara episod semalam.

No comments: