...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

27 August 2009

Phulutus Choconutphmne Parutisphne & Lopez

Apa kata hari ini kita mencabar minda? Ya! Sempena bulan Ramadhan ini.
Topik yang kita akan cuba bincangkan ialah tentang makan.Memang tidak patut betul siang-siang cakap pasal makan di bulan puasa.Saja je...
Tengok terliur ke tak he he he.

Saban petang di sepanjang bulan Ramadhan kita akan mahu tidak mahu menjengah mencari segala macam lauk dan kuih di bazar Ramadhan.Dekat IKEA pun ada bazar Ramadhan!

Bazar yang penulis tuju ialah di Baza Ramadhan Simpang 4,Hutan Melintang.Kalau takpun di Bazar Ramadhan Teluk Intan.
Masa inilah kita akan jumpa segala kuih muih tradisional yang sukar didapati di hari biasa.Dari kuih badak berendam hinggalah ke kuih akok berlauk.Kuih sampan hinggalah didayung ke kuih

anak dara sebilik .Belum lagi segala macam jenis puding dan agar-agar berbagai warna!

Ayam golek,ayam percik,ayam madu dan segala usah la dikenang.Kalau dari jauh asap nampak berkepul maknanya ada aktiviti memanggang la tuh.Oh ya! murtabak, roti john, roti jala kuah durian jangan dilupa ye!

Tetapi satu jenis kuih yang memang penulis akan cari.Kalau di hari biasa sanggup berjalan agak jauh mencari kuih ini yang kadang-kadang hampa kerana sudah habis atau tiada TETAPI pada bulan Ramadhan,ia sangat mudah didapati di bazar-bazar Ramadhan.Memang heaven!

Anugerah kuih terbaik kegemaran Penulis ialah KUIH LOPES!

Terharu juga apabila mereka-mereka yang teringat kuih kegemaran penulis ini akan membelinya untuk penulis.Terutama Cikgu Anis he he he.

Lagi satu kalau anda nak tahu, penulis sangat menggemari pulut putih (bukan pulut dimasak kuning) yang dimakan dengan kelapa parut.Kelapa parut di digaul dengan garam secukup rasa.Nama saintifiknya ialah phulutus choconutusic parutisphne*

Biarlah kalau ada lauk lain seperti rendang atau sambal petai udang,penulis akan lebih memilih makan pulut tersebut dengan kelapa parut.Dengan kuah durian pun okey jugak.

Jangan silap faham.Memanglah penulis tidak peduli kalau orang kata selera kampung atau apa tapi menu pulut putih dengan kelapa parut ini telah menjengah ruang restoran di hotel-hotel.

Malah, ia pernah dipromosi di rancangan popular Jalan-jalan Cari Makan TV3!

Tetapi sesetengah orang memang tidak pernah mendengar menu itu.Hairan juga.Mungkin kerana ia agak eksotik.

Okeylah.Terliur pulak dengan posting kali ini.Tidak pasal terpaksa berbuka.Anda cubalah pulut dengan kelapa parut tu.Anda tidak akan menyesal.


*Nama saintifik tu ikut suka aku jek ha ha ha!

No comments: