...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

10 March 2009

Titisan Rahmat 2

Sekarang musim hujan.Semalam pun hujan.Memang lebat.Tiada aktiviti luar rumah yang boleh dilakukan.Jemur pakaian pun di dalam rumah.Memang tidak kering.

Cuti selama tiga hari (termasuk cuti umum Maulidur Rasul) diisi dengan aktiviti santai.Pesta kenduri perkahwinan di sana-sini masih belum menampakkan tanda-tanda akan reda.

Terutama cuti sekolah yang akan bermula pada minggu hadapan.

Kebetulan cuti hujung minggu lepas semua ahli keluarga penulis pulang ke kampung.Bukan senang semua nak berkumpul serentak.Riuh-rendahla rumah yang sebelum ini sepi (Nasib ada Qaseh,tapi Qaseh pun berulang selang seminggu).

Anak-anak saudara penulis,Luqman Hakim dan Nur Fatin Zahirah sudah berjalan.Apa lagi,semua benda dicapai.Ibu penulis dan semua yang ada sekejap-sekejap terjerit.Memang meriah.

Cuma Qaseh yang belum bertatih lagi.Rasanya lagi kecoh kalau mereka bertiga saling bantu-membantu 'mengemaskan' rumah.

Menjelang petang semalam semuanya kembali seperti sedia kala.

Sepi.

Family abang-abang penulis semua sudah kembali ke Shah Alam dan Seri Kembangan.Adik-adik penulis juga telah kembali ke tempat bertugas dan asrama termasuk Laily yang 'berhijrah' ke kota he he he.Tinggal family penulis sahaja.Namun mungkin penulis balik ke Simpang Empat (rumah mertua) hari ini.

Di sini dapat kita perhatikan,seramai mana anak-anak yang kita akan ada,suatu hari nanti,pasti mungkin kita akan ditinggalkan disebabkan samada anak-anak itu telah berkeluarga,bekerja atau melanjutkan pelajaran.

Dan ibubapa kita akan menjadi 'pengantin baru' semula.

Ia adalah kitaran semulajadi hidup dan sebagai anak kita hendaklah sering bertanya khabar dan menjenguk mereka.

Sementara mereka masih ada.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Saban tahun kita menyambut Maulidur Rasul.Objektif utama ialah untuk memperingati junjungan besar kita,Nabi Muhammad S.A.W.

Dua perkara besar yang ditinggalkan kepada umatnya ialah Al-Quran dan As-Sunnah.Sejauh mana kita mentaati ajaran dan mengamalkan sunnah baginda?

Penulis tidah begitu arif untuk mengupas perihal ini.Cuma penulis ingin saling mengingatkan dan menyeru kepada semua sahabat handai dan saudara mara untuk menginsafi akan pengorbanan besar yang Baginda Nabi Muhammad SAW telah lakukan semasa hayatnya.

Perbanyakkan selawat ke atas Baginda dan amalkan sunnahnya,Insya'Allah semoga kita beroleh keberkatan di dunia dan akhirat.

Allahuakbar.

06 March 2009

"Si Merah"


Sentiasa mengingati kepada suatu atau seseorang yang disayangi adalah normal kepada setiap individu yang normal.Menyedari bahawa kadangkala hidup adalah suatu yang membosankan disebabkan rutin lazim setiap hari menyebabkan seseorang individu mencari alternatif untuk mengubati atau menceriakan hati.


Tegas dinyatakan adalah lumrah kepada kita mencari atau mencipta sesuatu itu.


Dan orang lain kita peduli apa nak kata apa pun,betul tak?


Bagi diri penulis sendiri ada sekumpulan kawanan yang penulis buru.Hinggakan kadangkala penulis hilang perhitungan sehingga tidak boleh menunggu hari esok untuk memburu kawanan ini.


Penulis tidak pasti samada isteri menyedari perkara ini atau tidak kerana penulis akan melakukan apa sahaja demi menemui yang diidamkan (atau yang tersayang ini).


Penulis akan setia memburu bila mana kawanan merah ini muncul.Tidak kira di mana.Bahkan pernah penulis memaki individu yang menghalang penulis mendapatkan kawanan merah ini walaupun telah mempunyai permit memburunya.


Setakat ini penulis telah berjaya TANPA GAGAL memelihara dua kumpulan kawanan merah ini sehinggakan rakan penulis yang mendakwa turut memeliharanya dengan cukup turut terpegun apabila rupanya peliharaan penulis lebih lengkap daripadanya.


Sebagai makluman, penulis turut mendapat si kuning yang merupakan spesis yang sangat terhad.Dan penulis terpaksa membayar dengan harga yang cukup tinggi untuk mendapatkannya.


Penulis tidak hairan akan itu.


Terbaru,penulis mendapat maklumat kawanan merah ini muncul lagi tetapi lebih agresif.Dan spesis terhad juga turut muncul entah dari mana datangnya.


Hal ini menyebabkan penulis tidak senang duduk kerana cukup teruja untuk memburunya.Insya'Allah cuti penggal persekolahan ini penulis akan bercuti di Langkawi dan rasanya penulis akan mempunyai lesen yang luas untuk memburunya sehingga ke utara.


Semakin jauh perjalanan,peluang untuk memburu kawanan merah ini semakin cerah untuk masa yang singkat.Ini kerana,dengan setiap pembelian Petrol RM 40.00,penulis akan layak membeli model terbaru Ferrari berfungsi navigasi ini dengan harga RM 8.90 setiap satu.Ini bermakna penulis akan mengisi banyak petrol dan bolehla beli model tersebut sehingga lengkap.


Itu belum termasuk penulis 'pow' resit abang-abang pemandu lori yang mengisi minyak beratus-ratus tetapi tak berminat membeli model tersebut.Begitulah setianya penulis terpacak di petrol-petrol pump.


Dua edisi koleksi model Ferrari dan satu edisi kereta-kereta James Bond 007 yang lengkap telah penulis simpan di garaj serapinya di rumah.Maknanya selepas ini penulis terpaksa membina garaj yang baru untuk menempatkan koleksi terbaru ini.


Tapi hidup akan kembali bosan selepas semua model tersebut dimiliki.Memang ghairah untuk mengumpul semuanya dalam masa yang singkat tetapi akan bosan setelah semuanya dimiliki.Kerana apa?Kerana tiada lagi yang hendak diburu.


Apa lagi nak buat,lap je la habuk-habuk koleksi-koleksi tersebut.


p/s-Pagi tadi penulis terlewat masuk pejabat gara-gara menunggu bangla di stesyen minyak yang lambat sangat mengambil model Ferrari untuk penulis.
-Tak sabar menunggu Luqman balik kampung besok!



02 March 2009

Projek Mendirikan 'Masjid'







updated 4 Mac 2009

Penulis memohon maaf kerana lambat untuk upload gambar sekitar majlis perkahwinan rakan tempoh hari.Berikut dipaparkan wajah ceria mereka-mereka yang 'mengambil bahagian' di atas pelamin yang sempat penulis ambil menggunakan N95.
P/S=Foto Qaseh menunjukkan dia masih 'trauma' dan 'teruja' tahap maksima selepas diriba oleh pengantin di atas pelamin.

Original Post

Malam ini agak hangat.Tapi tidaklah lebih hangat daripada biasa.Cumanya bahang khenduri kahwin sudah mula kedengaran di seluruh semesta alam.
Biasalah,itulah antara aktiviti wajib menjelang cuti sekolah,khasnya kepada mereka-mereka yang sekian lama menantikan saat-saat menjelang bahagia (including x-housemate wife penulis dengan 'encik tunangnya' yang bakal berlangsung hujung tahun ini).
Sepanjang hujung minggu yang lepas,penulis serta keluarga sempat memenuhi beberapa undangan majlis perkahwinan sahabat handai.
Antara yang penulis sempat pergi ialah majlis perkahwinan x-housemate isteri penulis di Dewan Banquet Silveritage,Ipoh (Tahniah kepada Roslin dan suminya,Ajoy).Bila sudah bersua muka sesama rakan,penulis terpaksa menunggu dengan penuh kesopanan dan kesabaran sementara isteri penulis selesai bergossip dengan rakan-rakannya.
Sementelahan telah berada di Ipoh,penulis bersama keluarga sempatlah mengunjungi beberapa lokasi (especially shopping complex-window shopping).
Menjelang petang,penulis meninggalkan Ipoh dalam keadaan hujan yang sangat lebat.Mungkin untuk menyejukkan kehangatan majlis-majlis perkahwinan yang berlangsung :-)
Penulis tidak bermaksud mengulas panjang berkenaan hal itu apatah lagi sewaktu artikel ini ditulis,Qaseh berada di sebelah penulis dan begitu ghairah untuk turut serta menekan kekunci laptop ini.
Waktu di pejabat yang sangat terbatas memaksa penulis menulis artikel di sebelah malam.Dan ini sebenarnya sangat meletihkan.
Sehingga berjumpa lagi.

p/s:Penulis akan update artikel ini dengan foto-foto ceria Qaseh 'bersanding' bersama auntie2 nya di pelamin.Nantikan ok.