Sentiasa mengingati kepada suatu atau seseorang yang disayangi adalah normal kepada setiap individu yang normal.Menyedari bahawa kadangkala hidup adalah suatu yang membosankan disebabkan rutin lazim setiap hari menyebabkan seseorang individu mencari alternatif untuk mengubati atau menceriakan hati.
Tegas dinyatakan adalah lumrah kepada kita mencari atau mencipta sesuatu itu.
Dan orang lain kita peduli apa nak kata apa pun,betul tak?
Bagi diri penulis sendiri ada sekumpulan kawanan yang penulis buru.Hinggakan kadangkala penulis hilang perhitungan sehingga tidak boleh menunggu hari esok untuk memburu kawanan ini.
Penulis tidak pasti samada isteri menyedari perkara ini atau tidak kerana penulis akan melakukan apa sahaja demi menemui yang diidamkan (atau yang tersayang ini).
Penulis akan setia memburu bila mana kawanan merah ini muncul.Tidak kira di mana.Bahkan pernah penulis memaki individu yang menghalang penulis mendapatkan kawanan merah ini walaupun telah mempunyai permit memburunya.
Setakat ini penulis telah berjaya TANPA GAGAL memelihara dua kumpulan kawanan merah ini sehinggakan rakan penulis yang mendakwa turut memeliharanya dengan cukup turut terpegun apabila rupanya peliharaan penulis lebih lengkap daripadanya.
Sebagai makluman, penulis turut mendapat si kuning yang merupakan spesis yang sangat terhad.Dan penulis terpaksa membayar dengan harga yang cukup tinggi untuk mendapatkannya.
Penulis tidak hairan akan itu.
Terbaru,penulis mendapat maklumat kawanan merah ini muncul lagi tetapi lebih agresif.Dan spesis terhad juga turut muncul entah dari mana datangnya.
Hal ini menyebabkan penulis tidak senang duduk kerana cukup teruja untuk memburunya.Insya'Allah cuti penggal persekolahan ini penulis akan bercuti di Langkawi dan rasanya penulis akan mempunyai lesen yang luas untuk memburunya sehingga ke utara.
Semakin jauh perjalanan,peluang untuk memburu kawanan merah ini semakin cerah untuk masa yang singkat.Ini kerana,dengan setiap pembelian Petrol RM 40.00,penulis akan layak membeli model terbaru Ferrari berfungsi navigasi ini dengan harga RM 8.90 setiap satu.Ini bermakna penulis akan mengisi banyak petrol dan bolehla beli model tersebut sehingga lengkap.
Itu belum termasuk penulis 'pow' resit abang-abang pemandu lori yang mengisi minyak beratus-ratus tetapi tak berminat membeli model tersebut.Begitulah setianya penulis terpacak di petrol-petrol pump.
Dua edisi koleksi model Ferrari dan satu edisi kereta-kereta James Bond 007 yang lengkap telah penulis simpan di garaj serapinya di rumah.Maknanya selepas ini penulis terpaksa membina garaj yang baru untuk menempatkan koleksi terbaru ini.
Tapi hidup akan kembali bosan selepas semua model tersebut dimiliki.Memang ghairah untuk mengumpul semuanya dalam masa yang singkat tetapi akan bosan setelah semuanya dimiliki.Kerana apa?Kerana tiada lagi yang hendak diburu.
Apa lagi nak buat,lap je la habuk-habuk koleksi-koleksi tersebut.
p/s-Pagi tadi penulis terlewat masuk pejabat gara-gara menunggu bangla di stesyen minyak yang lambat sangat mengambil model Ferrari untuk penulis.
-Tak sabar menunggu Luqman balik kampung besok!
2 comments:
Jaga2. Luqman dh makin aktif. Dia dh rosakkan satu kipas berdiri, satu satu mouse. Dia dh boleh jengket2 meraba2 ada apa atas meja. hehe
He he he.Baru Luqman sorang.Kalau dah 2 - 3 orang tak tau la.
Post a Comment