...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

26 March 2009

Integriti atau Mati!

Tidak dapat tidak hari ini kita tidak boleh lari dari memperkatakan hal pemilihan di Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung.

Setelah dihidangkan dengan beberapa kejutan yang 'mengezutkan' perihal keputusan malam tadi,penulis melayari beberapa blogers ternama yang rata-rata terdiri di kalangan penganalisis politik dan tokoh wartawan.

Objektifnya adalah untuk meninjau pendapat mereka tentang senario semasa yang sedang ditatap kita hari ini.Antaranya artikel terbaru (mutakhir) oleh Dato' A. Kadir Jasin yang bertajuk Antara Saf Yang Berintegriti Dengan Yang Membawa Mati.

Membaca tajuk sahaja Penulis telah tergelak besar.Sesingkatnya penulis dapat menelusuri apa yang tersirat dan tersurat di sebalik tajuk tanpa perlu membaca dan memahami artikel yang terkandung.

Penulis faham (mungkin betul atau sudah terang lagi bersuluh bahawa andaian penulis salah) A.Kadir Jasin cuba mengaitkan apa yang telah ditegaskan oleh Najib semasa perasmian perhimpunan dengan apa yang telah diumumkan malam tadi.

Ironinya,itulah apa yang kita dapat.Suka atau tidak perwakilan telah membuat pilihan dan seperti yang dikatakan oleh A. Kadir Jasin tadi,kita perlu mengambil sikap tunggu dan lihat.

Mati atau hidup,ajal dan setiap kejadian telah ditentukan oleh Allah S.W.T.

Mungkin orang menganggap itu semua adalah lumrah tetapi harus diingat kesan yang akan dihadapi sebenarnya serius.

Penulis sempat minum bersama beberapa rakan pagi tadi termasuk beberapa dari keturunan Tionghua.Rata-rata dikalangan mereka menyatakan rasa tidak berapa puas hati dan agak terkilan dengan perkembangan yang berlaku di dalam parti UMNO ini.

Ingat!Bukan orang Melayu sahaja yang mengambil tahu perihal dalaman politik kepartian UMNO ini.

Penulis cuma mampu menyatakan bahawa kita hendaklah bersikap tunggu dan lihat perkembangan seterusnya.Kadangkala,kedangkalan dan nafsu serakah menguasai kepentingan diri mengatasi kepentingan parti.Dan ini adalah satu signal metafora yang sangat tidak bagus untuk bangsa dan negara.

Kemudiannya,penulis sempat membuka blog Che Det yang dikasihi,namun nampaknya Tun masih belum mengupas atau melontarkan komen berkenaan pemilihan tersebut.

Begitu juga dengan blog DS Khir Toyo yang masih belum diupdate.Mungkin masih terkejut dengan kekalahan 50 undi.Jadilah seperti Mukhriz yang sentiasa dengan gaya santainya.

Sama-sama kita ikuti perkembangan selanjutnya berkenaan pemilihan pucuk pimpinan UMNO yang sehingga artikel ini ditulis sedang berjalan iaitu bermula jam 12.45 tengahari tadi.Anda boleh layari utusan online untuk mendapatkan yang terkini dari masa ke semasa.

Kita nantikan.

No comments: