11 March 2009
Sawitsm and Kebrutalism Rempitsm vs Polism
Semalam adalah kenangan.Tapi semalam juga sedikit sebanyak boleh menjadi kenangan yang men'trauma'kan.Tak tahu sebab apa,mungkin iktibar dan teladan yang patut diambil,tetapi ia benar-benar menyebabkan penulis tergamam kerana dalam satu hari penulis berhadapan dengan tiga kejadian yang sangat mendebarkan.
Ia bagaikan peringatan kepada penulis.Dan memang pastinya sudah tentu ia peringatan kepada penulis dan semua orang.
Kejadian pertama agak biasa.Orang kata klise.Dengan semangat seorang racer dan dengan tangan memulas minyak hingga full throttle (penulis suka menunggang motorsikal kebelakangan ini walaupun ada dua buah kereta yang parking 'terletak' di rumah) penulis menuju ke projek sekitar Bagan Datoh.
Sedang 'menyucuk angin' sebuah lori pick up di hadapan,perjalanan penulis tiba-tiba terganggu kerana lori di hadapan membrek secara tiba-tiba.Nyaris penulis 'mencium' belakang lori tersebut.
Rupa-rupanya ada kemalangan lori besar yang membawa muatan sawit terbalik di tengah jalan.Permukaan jalan menjadi licin dan penulis mengimbang motorsikal dengan penuh kesopanan.
Mujur penulis menunggang motor dan dapatlah melepasi kemalangan tersebut dengan mudah.Dengan fikiran sesak dengan andaian bagaimana kemalangan itu berlaku,penulis meneruskan perjalanan.
Penulis full throttle semula dan tiada apa lagi yang lebih mengejutkan selain dari melihat satu lagi ADEGAN YANG TIDAK SEPATUTNYA DILIHAT!
Dari kejauhan,penulis melihat seakan pelajar bermain dan berkejaran dengan motorsikal di atas jalanraya.Hal ini kerana ia berlaku di hadapan pintu masuk SMK Khir Johari,Sg. Sumun.Penulis tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah semakin mendekati kejadian itu.
Rupa-rupanya pelajar yang disangka penulis memakai uniform Kadet Remaja Sekolah dari kejauhan tadi adalah anggota polis.Pada mulanya polis itu membaling sesuatu (mungkin buku saman) ke arah seorang remaja bermotosikal yang tidak memakai topi keledar.Kemudian polis tersebut cuba menarik motorsikal yang ditunggang remaja itu tetapi tidak berjaya.
Akibatnya polis itu jatuh tertiarap di tengah jalan dan ketika itu sebuah pajero dengan laju meluru ke arah polis itu.
Skreeeeeeeeeeeeeeeeeeeettttttttttttttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Kebabom!!!!!!!!!!!!!!!!
Pemandu Pajero itu berjaya membrek hingga ke keadaan pegun dengan anggaran jarak hanya lebih kurang sekaki dari anggota polis yang tertiarap itu.
Its amazing!
Polis itu berdiri dengan tenang sambil tangan menulis no. pendaftaran motorsikal yang berjaya melarikan diri dengan jayanya.Penulis memandang ke arah pemandu pajero yang kelihatan tergamam dan trauma.Hanya selepas polis yang tersungkur tadi mengarahkannya meneruskan perjalanan barulah pemandu pajero tersebut bergerak.
Siaplah mat rempit tuh!
Mujur bapak polisi itu selamat.Kalau sebaliknya,tidak semena-mena penulis kena menjadi saksi kes ini.
Penulis meneruskan perjalanan dan selepas itu tiada apa-apa berlaku sehinggalah perjalanan pulang pula.Dalam perjalanan pulang,penulis memecut seperti biasa.Tiba-tiba sebuah Perodua Kancil yang dipandu oleh pelajar sekolah memandu (yang semestinya belum ada lesen) dari arah bertentangan meluru ke arah penulis.
Untuk kesekian kali mujurnya,penulis dapat mengelak.Kereta tersebut mahu mengelak dari melanggar 'seekor' (kalau orang sudah tentu guna akal sebelum membelok) budak perempuan menunggang motorsikal yang tiba-tiba masuk ke simpang.Gila!
Dan pagi ini sewaktu dalam perjalanan ke pejabat,sebuah lori telah terbabas dan masuk ke parit di batu 8,jalan menghala Teluk Intan.
Kesimpulannya berhati-hatilah di jalan raya.Jangan full throttle!
p/s:Maaf kerana tiada foto untuk membuktikan semua insiden ini kerana keadaan tidak mengizinkan.Lagipun penulis menunggang motorsikal.Jadi,agak susah untk mengambil gambar,terutama gambar polis tertiarap.
Takut nanti penulis pula yang ditiarapkan he he he.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment