...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

16 May 2010

Happy Teachers Day

Salam Hari Guru....Setelah menyambut hari ibu beberapa hari lalu,hari ini kita menyambut satu lagi hari iaitu hari  guru.Semalam kita menyambut hari belia dan hari-hari seterusnya yang entah apa pula.

Di kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan selamat hari guru kepada para pendidik yang mendidik tidak kira di mana jua.Semoga tugas mulia mendapat keberkatan Allah S.W.T,Insya'Allah.

09 May 2010

Selamat Hari Ibu

Dikesempatan ini ,penulis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu kepada ibu yang penulis panggil emak iaitu Pn. Mortijah Binti Hj. Abdul Ghani.Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Juga kepada ibu mertua penulis iaitu Pn. Normah Binti Abdul Malek.Sesungguhnya penulis sangat menyayangi ibu-ibu penulis ini.Semoga Allah merahmati kalian.

Kepada ibu-ibu di seluruh Malaysia: Selamat Hari Ibu.Beruntunglah anda kerana bergelar ibu disebalik ramai lagi yang masih tertunggu-tunggu untuk menjadi ibu.

Selamat Hari Ibu!

07 May 2010

Tragedi Subuh

Mutakhir: Layari Sinar Harian untuk lanjutan posting blog ini yang diterbitkan semalam-@apa-apa sajalah

Subuh semalam menyaksikan satu lagi kemalangan yang memakan korban berlaku di Jambatan Sultan Yusof di Batu 5, Jalan Teluk Intan-Lumut.

Kemalangan yang berlaku betul-betul di atas jambatan menyebabkan beratus malah beribu kenderaan 'terlantar' di dalam kesesakan lalulintas yang dahsyat melibatkan dari arah Lumut, arah Teluk Intan dan arah Hutan Melintang.

Kemalangan yang berlaku di dalam waktu orang sedang menuju ke tempat kerja menyebabkan kelewatan beribu-ribu dikalangan mereka.

Jadual penghantaran barang turut terjejas.Bas-bas tersadai menyebabkan kelewatan dan gangguan waktu perjalanan.Guru-guru tiba lewat ke sekolah menyebabkan murid-murid dari kelas tertentu tidak dapat menjalani sesi pembelajaran.

Isteri penulis merupakan antara yang terperangkap di dalam kesesakan lalulintas tersebut dan dia juga antara  mereka yang berpatah balik kerana lalulintas hampir tidak berjalan berjam-jam lamanya.Sebagai alternatif untuk pertama kalinya beliau membonceng motorsikal penulis untuk ke pejabat. (klik tajuk untuk selanjutnya)

02 May 2010

Lagu, Perfume dan Kenangan...

Kita selalu punya cara tersendiri untuk mengimbau atau mengingati sesuatu peristiwa di dalam rentetan hidup seharian.Baik perkara tersebut suatu peristiwa yang manis, pahit waima sangat bermakna dalam kehidupan kita.

Cara mengingati sesuatu itu kadangkala memang kita sendiri yang menetapkannya dan bagi sesetengah orang pula ia hadir tanpa disedari.

Yang pasti sedaya upaya kita akan cuba mencipta atau menyedari akan sesuatu itu yang signifikan dengan peristiwa di dalam hidup seharian.

Barangkali ada yang mengingatkan sesuatu tempat sebagai cara mengingati kisah silam dan mungkin juga ada yang menjadikan hari-hari tertentu yang istimewa sebagai cara menyingkap sejarah lalu dalam hidup. (klik tajuk untuk selanjutnya)