...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

06 June 2010

kenduri oh kenduri

Hujung minggu penulis hari ini berakhir sebentar tadi.Perasaan letih bercampur baur dengan kecelaruan memikirkan kos yang tinggi yang terpaksa dikeluarkan.Masa yang dihabiskan bersama isteri dan anak juga sangat terhad memandangkan untuk membawa mereka bersiar-siar juga tidak berkesempatan.

Semuanya kerana majlis undangan walimatulurus yang terlalu banyak untuk dipenuhi.Baik undangan yang diterima penulis mahupun undangan kedua ibubapa penulis yang terpaksa juga penulis penuhi.Belum lagi ditambah dengan jadul mingguan ibubapa berkursus.Kalau bergilir seperti rakan penulis yang lain boleh tahan lagi.Sehinggakan terpaksa berkejar dari mana-mana walaupun dari tempat yang jauh untuk memastikan semuanya beres.Namun penulis cuba seikhlas mungkin dalam melakukan part-part tersebut.

Kalau khenduri dekat-dekat tidak mengapa tapi sekiranya jarak dari satu tempat ke tempat yang lain agak jauh ianya akan menyebabkan segala-galanya meningkat.Ironinya penulis telah gagal menghadiri beberapa jemputan rakan-rakan sepejabat yang berkahwin walaupun dahulunya mereka hadir ke majlis perkahwinan penulis.

Kepada mereka, penulis memohon maaf yang teramat sangat kerana ia di luar kawalan penulis yang mempunyai masa yang sangat terhad untuk diri sendiri kerana komitmen keluarga.

Hujung minggu hadapan bakal menjengah dan melihat kepada susunan jemputan membuatkan penulis berkira-kira dari sekarang untuk memotong kos yang mana patut.Begitulah ceritanya apabila musim khenduri sudah tiba.Sabo je la...Letihnya...

02 June 2010

Time Is Golden Opportunities For Me

Orang kata masa itu emas.Siapa yang mempelopori peribahasa tersebut tidak ketahuan sehingga kini.Betul atau tidak terpulang pada individu terbabit.Kadang-kadang kita kejar masa.Tapi lazimnya kita lebih selesa membiarkan masa berlalu begitu sahaja.Santai dan bersenang-lenang tanpa menghargai masa amat nikmat...betul ke?
Q&Q

Cara menghargai masa juga terpulang pada masing-masing.Ada yang berhempas pulas mengisi waktu untuk menambah pendapatan dan tidak kurang juga yang leka membuat maksiat untuk mengisi waktu!
ORIENT

Ironinya, cara menentukan masa dulu dan kini tidak banyak bezanya.Satu alat dicipta dan dipanggil JAM dan berbagai jenis jam dapat kita lihat pada hari ini.Jam Dinding,Jam Tangan,Jam Poket,Jam Loceng,Jam Meja dan sebagainya.Kini jam bukan hanya sekadar untuk menentukan waktu tetapi semakin dipelbagaikan yang menjurus kepada fesyen yang trendi atau sekadar sebagai hiasan yang melatari sesuatu ruang.
ORIENT

Namun di dalam artikel ini penulis mahu menumpukan kepada jam tangan yang kini umpama aksesori wajib kepada lelaki mahupun wanita dan kanak-kanak.

GIRGIO ARMANI

Sebelum ini penulis hanya memandang jam tangan sebagai tidak lebih alat penentu waktu.Terasa seperti 'bogel' apabila tidak memakai jam ha ha ha!Gurau jek.

GUESS STEEL

Masa berlalu dan kebelakangan ini mengumpul koleksi jam tangan menjadi kegilaan terbaru penulis.Bukan pakai sangat pun.Dan yang pasti koleksi penulis bukanlah dari jenama jam tangan mewah yang mencecah ribuan ringgit.
 OMEGA

Malah salah satu jam tangan penulis berharga kurang dari RM20! Kedengaran kelakar tetapi hakikatnya apabila penulis menyuruh rakan meneka harganya, di kalangan mereka menyatakan puluhan hingga ratusan ringgit!

CASIO

Koleksi jam tangan penulis didapati dari hadiah dan pemberian orang.Ada juga yang dibeli sendiri tetapi seingat penulis hanya dua utas.Selebihnya adalah hadiah.Di sini dipaparkan sebahagian dari koleksi jam tangan penulis sekadar untuk berkongsi hobi dan pendapat.

01 June 2010

Hobi-Hobi Jugak!

Kesibukan dalam tugas harian tidak menghalang penulis dari mencambahkan minat mengumpul rantai kunci yang sejak sekian lama (sejak kecil)  dipupuk.

Koleksi paling istimewa terkini adalah pemberian abang penulis yang baru-baru ini ke Republik Czech atas urusan kerjanya.Dari segi material hinggalah designnya, ia ternyata begitu memuaskan hati pengumpul koleksi  yang ekstrem seperti penulis.


Selain itu,kesempatan berkurusus di ibu negara baru-baru ini juga digunakan sebaik-baiknya oleh penulis untuk mencari rantai kunci edisi terhad Piala Dunia 2010 di salah sebuah pusat membeli-belah terkenal.Maklumlah jika ingin mencari di tempat penulis ia akan menjadi agak sukar dan harga juga pastinya melebihi harga di KL.Atau setidak-tidaknya membeli secara online di mana kos penghantaran juga akan menyebabkan harganya menjadi mahal.Harga di pusat membeli-belah tersebut boleh tahan dan penulis 'terpaksa' juga membelinya.


Aktiviti 'jalan-jalan' penulis sepanjang minggu lepas diteruskan dengan menghadiri konvokesyen adik ipar di UiTM Shah Alam.Memang rambang mata melihat koleksi rantai kunci yang dijual, namun penulis terpaksa bertindak bijak dengan membeli rantai kunci yang diperbuat dari material seramik sebagai pilihan.Ini kerana material tersebut agak sukar dijumpai dalam rekabentuk rantai kunci.

Kesimpulannya jangan biarkan hidup anda diselubungi kesibukan tanpa hobi :-)

Sok-Sek

Saya punya Jun!

Mei melabuhkan tirainya semalam dengan seribu satu kesibukan dan kepadatan hariannya.Kebetulan hari terakhir Mei adalah hari lahir isteri kesayangan dan juga ibu mertua.Didampingi dengan tugas-tugas lain hingga hari ini baru sempat menyambutnya.Itupun setakat makan tengahari bersama di SR.

Lama sungguh tidak mengemaskini blog ini.Hari ini- Jun menampilkan wajahnya dengan kesibukan jua yang pasti menanti.Itulah lumrah kepada kita selagi bernafas, mengisi tanggungjawab yang tersedia walaupun kadangkala masa untuk diri sendiri sangat terhad.Klik di menu aktiviti untuk melihat kepadatan jadual.

Akhbar harian yang dibeli memakan masa berhari untuk membacanya manakala majalah kegemaran hanya usai dibaca sebaik isu bulan akan datang menyusul.Jadi,pengurusan masa yang efisyen sangat penting untuk memastikan aktiviti harian yang dilakukan seiring dengan minat dan kehendak diri masing-masing.
Jun juga bermakna kita telah memasuki separuh kedua tahun 2010.Adakah anda telah mencapai target atau sasaran yang ditetapkan.Bagi diri penulis, Jun diharap membawa sinaran yang menceriakan setelah beberapa bulan yang berlalu dilalui dalam keadaan yang penuh mencabar.Kebetulan hari lahir penulis akan jatuh pada 14 Jun ini, diharapkan semua perkara kusut akan terungkai seiring perkhabaran gembira bakal menimang anak kedua,Insya'Allah...

Doakan kejayaan sesama kita.Selamat Berceria penuh hikmah!