...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

31 December 2009

Welcome 2010


Beberapa minit lagi menjengah ke tahun 2010.Signifikan tahun baru ini dalam konteks kemajuan negara ialah kita masih ada lebih kurang sepuluh tahun lagi untuk merealisasikan Wawasan 2020.

Kepada mereka yang agaknya sudah lupa Wawasan tersebut (apatah lagi lagunya), ia adalah cetusan mantan PM kita iaitu Tun Mahathir Mohamad yang berarah ke arah memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara maju di dalam kelasnya yang tersendiri pada tahun tersebut.

Beberapa perkara digariskan sebagai wadah dan intipati dalam merealisasikan wawasan tersebut.

Berbalik kepada budaya menyambut tahun baru setiap tahun, azam pastinya ungkapan yang acapkali diungkap menitir dari bibir ke bibir.Sudah tercapaikah azam?Paling tidak pun berapa peratusan azam yang dicapai.

Lebih malang lagi ada yang tidak menetapkan sebarang azam atau azam langsung tidak dapat dicapai walau sedikit.Walhasil balik asal.

Sebagai umat Islam, kita punya Tahun Hijrah untuk menetapkan azam dan tidak perlu menunggu sehingga tahun Masehi untuk merencana perjalanan hidup.Namun tidak salah menyambutnya asalkan tidak ada pembaziran atau maksiat semasa menyambutnya.

Bagaimanapun, dua unsur tersebut tidak dapat dikekang kerana saban tahun pembaziran tampak ketara dengan penganjuran konsert atau sebagainya yang berbentuk hiburan.Kalau sudah namanya hiburan, muda-mudi pastinya golongan yang paling ramai akan turut serta dan semestinya pergaulan bebas yang terjadi secara tidak langsung akan mengundang maksiat sekiranya tiada pemantauan.

Sesungguhnya adalah sangat menyedihkan kerana sektor korporat lebih ghairah dan cenderung memberi penajaan kepada program semasa sambutan sebegini berbanding program yang lebih membentuk peribadi masyarakat ke arah yang mulia.

Tahun baru juga sering tidak dapat lari dari mendapat gosip saban tahun.Isu kenaikan harga barangan adalah yang paling kerap mendapat perhatian di dalam khabar-khabar angin.Semasa di pejabat tadi penulis mendapat berita harga petrol yang akan naik.Namun sebaliknya yang berlaku apabila gula yang mencatat kontroversi beberapa bulan lepas yang terlibat di dalam kenaikan tersebut dengan kenaikan sebanyak dua puluh sen.

Untuk rekod, beberapa hari lalu, pengumuman kenaikan harga rokok pek 20 batang dengan harga minimum RM6.40 telah diumumkan berkuatkuasa besok (Jumaat).

Inilah warna-warni tahun baru 2010 di Malaysia.Dalam 'kehangatan dakapan' ungkapan 1Malaysia-Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, rakyat telah dihadiahkan dengan kenaikan tersebut.

Biarpun alasan yang diberi adalah untuk mengimbangi perbelanjaan semasa negara, pastinya rakyat golongan marhaen akan terasa tempiasnya.

Semoga tahun 2010 ini akan membawa kita selangkah ke hadapan di dalam puncak kebahagiaan!

-helmi hadi,nysa ibrahim dan qaseh helmi

29 December 2009

Hujah


Beberapa minit lalu menyaksikan talk show Hujah di TV9 dengan Dr Agus sebagai hos dan Dr Ibrahim Ali sebagai panelist.

Datuk Ibrahim Ali-seorang ahli palimen Bebas yang bertanding menggunakan tiket PAS dan memenangi pilihanraya umum lalu.

Beliau juga merangkap Presiden PERKASA Malaysia adalah seorang yang lantang dan sangat kritis dalam menyuarakan pandangannya.

Jika tidak silap penulis, beliau pernah menjadi panelis talk show ini sebelum ini.Pada siri yang lalu, beliau menceritakan pengalaman pernah menjadi tahanan ISA jika tidak silap.Mungkin kerana cara pembawaan dirinya yang menarik serta pendiriannya yang teguh serta prinsip perjuangan yang gah dan tidak luntur, beliau sekali lagi dijemput.

Jika siri Hujah yang lepas-lepas dengan panelis berbeza setiap kali baik dari kerajaan mahupun pembangkang, hos kelihatan menguasai program, namun siri sebentar tadi tampak Ibrahim Ali tampil dengan celotehnya yang sangat menguasai.Fakta demi fakta yang tidak berbelit disampaikan dengan penuh hemah.

Jujur penulis sangat menghormati pendirian dan prinsipnya walaupun pihak lain baik dari pembangkang dan kerajaan mula bersikap tidak senang dengan mulut lasernya.

Sebenarnya tidak dapat tidak, ahli parlimen bebas adalah check and balance sebenarnya di Parlimen kerana beliau bebas dari ideologi parti.Kehadiran beliau sangat penting untuk 'menghentam' kerajaan mahupun pembangkang.

Selain itu, melalui PERKASA, suara Melayu berkumandang dengan berani mempertahankan hak-haknya.Sebagai Presiden beliau seringkali menyuarakan pendapatnya tentang Melayu yang harus dipertahankan dari segala anasir 'tidak sedar diri' pihak-pihak tertentu.

Semoga Hujah akan menjemput beliau sekali lagi sebagai panel pada siri yang lain.


24 December 2009

Kuasa

Kuasa walau sedikit boleh mempengaruhi perwatakan seseorang.Baru-baru ini berdiskusi santai dengan seorang rakan yang aktif dalam lapangan politik.Malahan beliau memegang salah satu dari sekian setiausaha kepada seseorang berprofil tinggi dalam kerajaan.

Sengaja penulis memprovok beliau dengan bertanya besar sangat ke gaji yang diberi oleh YB tu?Rakan tadi tersenyum dan dengan penuh tenang menjawab, "Gaji bukan soalnya.Ia jauh dari isu pokok."

"Yang penting ialah kuasa", tambahnya lagi.

Mengakui betapa kadangkala kita harus cekap mengambil peluang sebagai loncatan untuk menggapai kekuasaan walaupun secebis bukanlah mudah.

Sepak terajang bisa ditelan dengan penuh ampuh andai seseorang tersebut telah bersedia dalam erti kata sebenarnya.

Kuasa-walaupun sedikit, tetapi jika bijak mengeksplotasikannya akan memberi peluang kita mencapai skop kuasa yang lebih besar dan luas.

Ironinya kuasa juga boleh ditakrif sebagai senjata yang mampu memerangi mereka yang lemah dan tanpa strategi.

Tidak salah malah digalakkan untuk kita merebut sesuatu dan seterusnya mempunyai kuasa-asalkan cara kita mendapatkannya tidak secara menindas mahupun dengan cara yang salah dan kuasa tersebut kita gunakan untuk ke arah kebaikan.

Ingatlah, dalam konteks masyarakat Melayu hari ini, tanpa perpaduan kita tidak akan mempunyai kuasa.Dan seterusnya jika kita tidak mempunyai kuasa, kita akan ditindas dan dihenyak semahunya oleh si pendatang serta tidak mustahil satu hari nanti kita akan sesal tidak sudah setelah hanya mampu melukut di tepi gantang.

23 December 2009

NOTIS

Blog ini sedang menghadapi sedikit masalah teknikal dan beberapa paparan sampingan format HTML serta widget-widget sampingan terpaksa ditiadakan sementara waktu.

Jika blog ini tidak dapat dilihat walaupun sattusnya adalah Done, sila refresh sekali lagi.

Maaf di atas sebarang kesulitan.

technicalcrew|apa2sajalah

20 December 2009

Mana Nak Parking Ni!

Sudah menjadi tabiat dan kelaziman kita akan memandu kereta ke tempat tumpuan seperti pusat membeli-belah, ekspo, pesta dan sebagainya.Dan sudah menjadi seperti kebiasaan petak-petak tempat letak kereta (parking) akan penuh dek kunjungan orang ramai ke tempat-tempat tersebut.

Letaklah berapa ribu petak pun seperti kalau di stadium terutama ada perlawanan bolasepak, ia akan tetap penuh.Pengalaman penulis sendiri terpaksa parking di halaman rumah orang hingga terlanggar tanaman nanasnya!

Dan sudah menjadi sikap kita akan menyumpah seranah atau memaki hamun (walaupun dalam hati) kalau tidak terjumpa parking yang dimahukan.Baik yang dekat mahupun jauh dengan lokasi yang ingin dituju.

Paling best jika kita sudah mengenalpasti petak yang kosong tetapi tiba-tiba sebuah kereta lain yang 'mencurinya'.Mahupula kalau kereta si 'pencuri' tersebut kereta mewah menjalar.Boleh jadi gaduh kalau tidak ada sifat sabar.Paling tidak setelah empunya kereta 'pencuri' tersebut meninggalkan kenderaannya, mahu kita ludah kereta tersebut.

Tetapi sabar...Penulis ada tip dan petua untuk mendapat parking dengan mudah.

Baru-baru ini penulis berjumpa rakan lama dan menuju ke sebuah kafe untuk berborak dengan menaiki KIA Sorentonya.Penulis segera memberitahunya agak sukar untuk mendapat parking di lokasi kafe tersebut pada waktu sebegitu.

Secara bersahaja rakan tadi memberita petuanya mencari paking.Pertama sekali baca Bismillah...Kemudian lapangkan hati, berlapang dada dan berfikiran positif untuk dapat parking,Insya'Allah.Kemudian pandu perlahan sambil bertawakal kerana Allah.Dengan izin-Nya akan dapat parking yang dihajati dengan mudah,Insya'Allah.Kadangkala tidak perlu berjalan jauh pun dari parking ke lokasi yang dituju.

Mudahkan?Penulis telah mencubanya dan sehingga kini Alhamdulillah.Tiada lagi sumpah seranah dan dendam kesumat menyelubungi diri hehehe.Parking pun senang dapat.

Tak percaya?Cubalah....

17 December 2009

update...

Sebentar tadi kita menyaksikan penantian 20 tahun akhirnya berakhir apabila pasukan Malaysia berjaya menjulang namanya.

Kemenangan 1-0 kepada Vietnam sekitar 5 minit sebelum wisel penamat dibunyikan benar-benar melegakan.

Ternyata ia menyuntik seribu harapan untuk menyaksikan kegemilangan pasukan bolasepak Malaysia kembali bersinar.

Tahniah Malaysia!

Seantero...

Salam Maal Hijrah 1431

Malam ini selepas Maghrib, Insya'Allah kita akan bersama membaca doa awal tahun setelah membaca doa akhir tahun seusai solat Asar tadi.

Orang kata tutup buku lama dan buka buku baru.

Bersama kita renungi apa pencapaian kita sepanjang 1430.Baik dari segi sumbangan kepada ummah, kejayaan kita dan sikap kita.Adakah kita berjaya menambah ketakwaan kepada Allah.Adakah kita bertambah baik berbanding tahun-tahun sebelumnya?Adakah kita berjaya merealisasikan azam yang dicitakan?

Justeru bersamalah kita meningkatka pencapaian dan amal ibadah kita.Semoga tahun 1431H ini lebih baik kepada kita berbanding tahun sebelumnya!

SEA Games

Sebentar lagi untuk kesekian kali dalam sejarah bolasepak negara setelah beberapa tahun, kita akan dipertontonkan dengan perlawanan secara langsung peringkat akhir bola sepak Sukan SEA iaitu pasukan Malaysia menentang Vietnam.

Adakah Malaysia mampu menamatkan penantian setelah 20 tahun sabar menanti setelah emas pada SEA Games 1989? Sama-sama kita nantikan!

12 December 2009

MAAF

Artikel berkaitan BTN yang diterbitkan pada hari ini terpaksa ditarik balik atas sebab-sebab teknikal.

Harap maaf dan terima kasih.

-krew Apa-apa Sajalah

07 December 2009

My Damn Big Day

Keceriaan yang terserlah di wajah penulis hari ini direnggut sama sekali dengan begitu kejam dan zalim oleh mereka yang bertopengkan wajah penuh kebaikan.

Demi mahu menjadi hero di mata masyarakat, mereka sanggup membuat tuduhan liar yang berniat jahat semata-mata untuk menjatuhkan orang lain.

Semuanya berlaku begitu pantas semasa menjamu selera minum pagi bersama rakan-rakan.Sambil menyelak akhbar arus perdana yang tersedia di atas meja gerai, mata segera tertancap kepada sebuah berita yang hampir penuh satu mukasurat berkenaan dengan kawasan seliaan penulis.

Hampir tersedak membaca artikel tersebut kerana autanya lebih berbanding fakta!

Penulis tidak salahkan seratus peratus pihak yang mengadu kerana media juga bertanggungjawab menerbitkan artikel sedemikian.

Media seperti akhbar ini lazimnya lebih sudu dari kuah dan menambah rencah basi semata-mata untuk sebuah artikel yang konon lebih sensasi tetapi sebenarnya keji!

Tanpa sebarang kajian dan hasrat mendapatkan gambaran sebenar, niat jahat artikel tersebut jelas terserlah kerana ia lebih cenderung berat sebelah.Penulis tidak berselera untuk link ke artikel tersebut di sini.

Penulis segera menghubungi pihak atasan memaklumkan perkara tersebut.Dan beberapa minit kemudian juga telefon bimbit berdering-dering daripada rakan-rakan yang bertanyakan perihal tersebut.Untuk sebuah akhbar tabloid lain, ia disiarkan semuka penuh!

Jika benar ia satu ujian kepada penulis, ini ialah ujian terbesar sepanjang enam tahun karier penulis.Sebelum ini ujian terbesar dihadapi penulis ialah apabila disoal siasat oleh Special Branch berkenaan beberapa isu melibatkan sebuah projek kendalian penulis.Dan ia sebenarnya prosedur biasa.Dan ia juga kerana hasad dengki orang lain!

Dan lebih 'manis' ujian yang dilalui hari ini juga berlaku dalam tempoh kurang dua minggu penulis ditempatkan di seksyen ini.Penulis membeli akhbar tersebut dan menunjukkan kepada kedua ibubapa penulis sekembali ke rumah tadi.Alhamdulillah, penulis tetap mendapat sokongan moral daripada mereka.

Petang tadi, penulis sempat singgah di sebuah kedai serbaneka bersama isteri dan anak.Semasa mencari flask untuk Qaseh, penulis terpandang sebuah deco berharga RM2.Penulis segera membelinya dengan hasrat untuk melekatkankannya di dashboard kereta.

Semuanya untuk motivasi kendiri-senyum walau apa jua ujian yang menimpa kita!

Nota:Kadangkala kita perlu menangis sekiranya ia akan membuatkan hati kita menjadi tenang...menangislah kerana Allah....

06 December 2009

Dulu dan Sekarang

Aktiviti hari ini diisi dengan memenuhi undangan perkahwinan yang diadakan di merata tempat.Insya'Allah ia akan berlanjutan sehingga minggu-minggu seterusnya.

Apa yang menarik undangan hari ini lebih kepada jemputan oleh rakan-rakan bapa penulis.Tidak dinafikan sejak bersara sebagai guru agama beberapa tahun lepas, beliau jarang bertemu dengan rakan-rakan seperjuangannya dahulu.Lagi pun kerana keadaannya yang agak uzur.

Jadi apabila bertemu semula dengan rakan-rakan, banyaklah yang dibualkan.Penulis hanya menjadi pendengar setia yang sekali-sekala tersenyum kerana tercuit dengan gurauan sesama mereka.

Gurauan orang lama-gurauan mereka berseni, tidak perlu mengeluarkan perkataan mengarut berbanding orang sekarang.Namun gurauan mereka cukup kemas dan penuh kiasan.Memang menggelikan hati dan disebalik setiap gurauan ada kemunasabahannya.

Perli mereka juga tidak menyakitkan hati apatah lagi berlanjutan menjadi sengketa atau pergaduhan.

Perli orang lama penuh kiasan dan disebaliknya terdapat 'isi' atau pengajaran.Berbanding sekarang, perli yang dilafazkan penuh cacian yang menyakitkan hati.Tetapi bukanlah semua.

Ini berdasarkan pendapat peribadi yang berada di lingkungan kehidupan penulis.

Mendengar perbualan mereka yang penuh mesra membuatkan seperti kita sebahagian daripada rakan mereka.Biar kadangkala latar pebualan mereka singgah sejenak di skop politik, perbezaan pendirian dan fahaman tersebut tidak menyebabkan ketirisan kepada ruang lingkup persahabatan yang sedia terjalin sebelum ini.

Berbeza pengalaman penulis yang apabila berbicara politik dengan rakan lazimnya akan diakhiri dengan hujah yang masing-masing cuba menegakkan benang basah sendiri.Kelakarkan?

Itulah serba sedikit pengalaman yang dikutip hari ini.Membezakan pergaulan masyarakat dahulu dengan sekarang.Sekalipun zaman berubah seiring masa, ironinya persahabatan dan hubungan yang dijalin sedari dahulu, tetap utuh sehingga hari ini.

Tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.Tak perlu 1Malaysia....he he he...


04 December 2009

Reben


Sejak bertukar seksyen, jarang sekali bertemu dan dapat berbual dengan rakan-rakan yang sebelum ini sering duduk santai bersama.

Baru-baru ini, berpeluang berjumpa dengan salah seorang daripadanya (nama dirahsiakan).Rakan yang ini memang macam jenis bangga sedikit.Dari jauh tampak kemas menuju meja di mana penulis minum.Disiap di matanya sepasang kacamata bersaiz besar.

Belum sempat bertanya khabar beliau membuka sun glassesnya dan berkata "Pilihan pilot, original Ray-Ban bro!"

Tergezut mendengar salam perkenalan sebegitu dalam nada agak riak.Penulis hanya ketawa dan menangguk sekadar mengambil hati.

Baru mahu memulakan perbualan, kata penulis dipintas lagi olehnya, "Tak ada RM 500.00 jangan cakap bro!"

Terdiam penulis dan sepantas itu juga penulis mengambil sun glasses itu untuk diamati keaslian dan keistimewaannya.Tiada apa-apa yang istimewa sementelah rekabentuk klasik sebegitu memang bukan taste penulis.

Kami diam seketika dan saling berpandangan.Menyedari penulis terus mendiamkan diri dan seakan tidak berminat untuk terus bercakap tentang cermin matanya rakan tadi menukar topik.

Kami terus bersembang dan ketika tiba harga minuman perlu dibayar, rakan tadi meminta penulis membayar untuknya sekali.

Penulis memang tidak kisah kerana itu perkara biasa.Dalam hati penulis berkata kalau sun-glasses dengan bangganya dibeli dengan harga sebegitu rupa sedangkan minum pun minta orang bayar, itu namanya hampeh.

Moral: Kalau anda pakai barang mahal mana sekalipun, jangan beritahu orang lain.Lainlah kalau ditanya.

29 November 2009

Seputar....

AidilAdha

Selamat Menyambut Aidiladha kepada semua Umat Islam.Semoga penghayatan tentang pengorbanan akan bertambah di dalam diri kita pada hari ini.

Gigi dan gusi naik ngilu dek kerana sisa daging sering terlekat di celah-celahnya he he he.

Jaga diri semasa musim perayaan ini!



Tragedi

Anda masih ingat posting penulis bertajuk Warna-warna Malaysia? Pada hari Khamis yang lalu,ketika dalam perjalanan pulang ke rumah ibubapa penulis,sekitar jam menginjak ke jam 7 malam, perjalanan agak terganggu.

Dari kejauhan,kelibat lampu siren polis menerangi kawasan sekitar.Ada kemalangan telah berlaku.

Semakin menghampiri lokasi kejadian, hati penulis agak terganggu melihat kereta yang terlibat.Namun tidak terlihat nombor pendaftarannya kerana keadaan kereta yang remuk di bahagian hadapan.

Penulis membatalkan niat untuk berhenti melihat dengan lebih dekat sejurus melihat sekujur tubuh tidak bernyawa di atas jalan.Hal ini kerana Qaseh turut bersama di dalam kereta dan suasana sudah menjengah senja.

Semasa meneruskan perjalanan, sempat menghantar SMS kepada seorang rakan yang kebetulan tadi nampak di tempat kejadian.Beliau hanya menyatakan mangsa yang terbunuh ialah seorang cina dan berlanggar dengan cikgunya.

Keesokan harinya sebaik bertemu rakan tersebut beliau menyatakan pemilik kereta yang berlanggar itu ialah rakan sejawat penulis.Memang terkilan kerana penulis tidak nampak kelibatnya di tempat kejadian.Penulis segera menghubunginya dan ternyata ia benar.Patut hati penulis tidak sedap hati!

Ketika kejadian rakan sejawat penulis sedang dalam perjalanan pulang dari kampungnya di Bota untuk mengambil lemang sebelum mangsa yang menunggang motorsikal memasuki arah bertentangan dan bertembung dengan kereta tersebut.

Dan mangsa yang terbunuh ialah individu yang penulis tulis kisah tentangnya di link atas!


Khenduri

Nampaknya musim khenduri sudah muncul dan jadual hujung setiap minggu dipenuhi dengan undangan perkahwinan.

Yang jauh dan dekat saling mengutus merapatkan saf silaturrahim.

Dijangka musim ini akan berlanjutan sehingga Februari 2010, wow! Alamat gantung periuk la kome hujung minggu. Kepada yang dah sedia berumahtangga terutama yang baru dalam 3-4 tahun pasti 'ternostalgik' kepada pengalaman sendiri apabila terdengar lagu-lagu kahwin yang diputar berulangkali .Jangan nak pasang lagi dahla.Kalau mampu tak apalah.Yang dah puluh-puluh tahun tu jangan gatal nak trade-in plak ha ha ha!

26 November 2009

BTN

Sekali lagi Melayu digagalkan dan dipersendakan oleh Melayu sendiri.Semuanya demi kelangsungan survival politik murahan.Utusan Malaysia melaporkan Kerajaan Negeri Selangor akan memboikot program BTN serta-merta.

Ya,memetik kembali artikel Malaysiakini hari ini, antara lain beberapa ADUN muda dikalangan PR telah menghantar memorandum kepada MB untuk memboikot BTN.Jika kita amati nisbah ADUN muda mengikut kaum yang mengemukakan memo tersebut, jelas sekali ADUN Melayu tampak seperti memperbodohkan diri (atau memang bodoh begedu).

ADUN Melayu tersebut seperti lembu dicucuk hidung untuk menurut kehendak ADUN-ADUN bukan Melayu.

Penulis tidak bermaksud untuk racist tetapi bersandarkan pengalaman sendiri,penulis menganggap BTN adalah antara benteng terakhir untuk rakyat Malaysia tidak mengira kaum memupuk semula perpaduan dan menyintai tanahair ini.

Modul yang diketengahkan semuanya bersandarkan fakta sejarah dan memang tidak dapat dipertikaikan lagi.

Namun kerana kejahilan sendiri, bangsa kita sendiri rela diperkotak-katikkan oleh orang lain.Memang menyedihkan dan jangan sama sekali terkejut jika nantinya bangsa kita merempat di negara sendiri.

Semuanya kerana kebodohan segelintir manusia yang memang tidak sedar diuntung ini.

25 November 2009

Sedar Tak Sedar....

23 hb November yang lalu, sedar-tak sedar sudah 2 tahun bergelar suami orang.Punya isteri dan anak, semuanya seakan baru sebentar berlalu.

Serasa seperti baru semalam mengusik-usik (mengayat) isteri semasa beliau menjalani latihan praktikal di pejabat penulis.Masa tu kami tidak pernah bermimpi untuk hidup bersama seperti hari ini.

Maklumlah ketika itu bujang dan rakan-rakan lain pula kerap mencabar.Adatlah darah muda pantang dicabar.Sehinggalah hari terakhir beliau menjalani latihan praktikal di pejabat, kami berpisah seperti tiada apa-apa.Maklum penulis memberanikan diri mencuba nasib pun dalam 10 hari terakhir sebelum beliau menamatkan latihannya.

Ya! Kami menamatkan sandiwara itu dengan jayanya dan kini Qaseh muncul menjadi bukti cinta kami hahahaha!

Dua tahun berlalu dengan suka duka dan asam garam kehidupan.Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri.Qaseh (Dora The Explorer) juga kini semakin mencuba untuk mengenali hidup yang penuh warna ini.

Semoga ukhwah ini dan begitu juga dengan anda semua akan disulami dengan warna seria sepanjang masa...

22 November 2009

YES-Year End Sale!






Inilah yang dinamakan 'slide ribbon'.Nampak kecil tapi fungsinya sangat besar.Anda boleh nampak kamera 3G di sudut atas sebelah kanan.Juga ribbon yang terputus.

Harganya RM 180.00 termasuk kos membaiki.Itu adalah risiko lazim empunya telefon bimbit bercirikan 'slide'.

Dan penulis sudah tawar hati untuk menyayangi Nokia N95 ini semula...

Sementelah bonus untuk tahun ini tiada kerana ekonomi yang tidak memberangsangkan serta ekonomi meleset, ia dibuka untuk jualan bermula esok dengan harga RM 899.00 (boleh runding).

21 November 2009

Musim


Macam-macam musim sekarang.Kawasan penulis sekarang sedang musim hujan dan musim yang paling ditunggu-tunggu-musim buah-buahan!

Kalau mengahala ke arah Perak Utara seperti Taiping dan sebagainya,sedari Kampung Gajah lagi anda akan dijamu dengan pemandangan gerai menjual buah yang tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Jika lalu pada waktu pagi memang anda akan menyaksikan orang-orang pemilik dusun mengangkut buah terutamanya durian ke tepi-tepi jalan untuk dijual.

Memang terliur melihatnya!

Sebelum ini durian memang mula banyak tetapi di kawasan Langkap dan Tapah.Untuk klimaksnya, durian yang ditunggu-tunggu peminatnya lazim dari kawasan Kampung Gajah dan Pasir Salak.

Sebut sahaja durian gred D24, penting misai atau kucing tidur semua anda boleh dapati dengan harga yang sangat murah di sini.

Tapi banyak-banyak gerai yang penulis singgah dan beli, terdapat sebuah gerai di Sungai Ranggam arah ke Lumut yang betul-betul memuaskan hati.

Sebelum ini konon singgah di dusun untuk membeli yang terbaik dan fresh.Namun hasilnya tidak memuaskan hati.

Namun di gerai ini anda tidak perlu menjdi seorang yang pakar dalam mencium atau menggoncang durian.Anda hanya perlu memberitahu brader otai ini berapa RM nilai durian yang hendak dibeli.

Brader ini akan memilih dari sekalian longgokan tersebut dan sekiranya dia tidak puas hati, durian tersebut AKAN DIBUANG ke dalam parit di belakang gerainya.Mulanya terkejut juga tetapi apabila sudah terbiasa, penulis beranggapan dia mementingkan kualiti dalam erti kata sebenarnya.

Sementelah dia sudah mengenali penulis, biasanya durian extra akan diberi he he he.

Gerai ini boleh dikatakan sudah menjadi sebutan orang ramai kerana duriannya yang begitu memberangsangkan.

Setiap kupasan durian akan memberi anda kepuasan berbeza dari segi rasa bau dan teksturnya.Ulas demi ulas dinikmati tanpa sedar.

Beliau memaklumkman musim ini akan berakhir mungkin dalam tempoh dua minggu lagi.Jadi jangan lepaskan peluang menikmatinya tidak kira anda di mana.

p/s:Masih tengiang di rasa menikmati ulas durian yang sangat perfect.Rasanya pahit manis dan seakan jemput durian.Lapis luarnya nipisnya sangat lembut dengan bahagian dalamnya seperti intinya.Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!

17 November 2009

Nota Hati

Lama tidak menghadap laman ini.Kekangan waktu dan kesihatan diri yang tidak mengizinkan agak membataskan diri dari melayari internet.

Hari ini masuk hari kedua di tempat baru.Banyak betul dugaan.Seawal pagi dalam perjalanan ke site,tiub belakang motor pancit.Kereta pula break down dan tersadai di woksyop.Dah la hari pertama semalam terkena hujan yang tersangatlah lebatnya.

Panggilan telefon bertalu-talu.Seakan mahu hempas sahaja telefon itu ke permukaan tar jalan.Semenjak samalam,kadar panggilan masuk ke telefon bimbit meningkat sebanyak 300% berbanding sebelum ini.

Mungkin itulah dugaan.Alah bisa tegal biasa.

Hari ini masuk hari ketiga demam.Dan hari kedua sakit gigi.Sejak kepulangan dari pantai timur kelmarin.Qaseh demam kerana hendak tumbuh giginya yang pertama.Penulis pula demam dan sakit gigi.

Malam...di dalam dakapan kedinginan malam,usahlah mengharapkan tidur yang lena.Dengan anak beranak yang sedang demam ini tidak memungkinkan situasa lena dibuai mimpi.Mujur jadual kerja yang fleksibel membantu sedikit sebanyak aturan hidup penulis.

Hujan memang luar biasa lebatnya.Dimulakan dengan ribut yang melanda minggu lepas sehingga menyebabkan pokok-pokok tumbang menimpa rumah jiran-jiran.Dan juga bumbung yang diterbangkan angin.Serta kemalangan yang dialami rakan semasa gotong-royong membersihkan kerosakan dan kematian mengejut seorang rakan lain...semuanya mengingatkan kepada kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T.

Semoga masing-masing berhati-hati dan menjaga diri di musim hujan ini.Yang pasti tidur penulis tidak akan lena seperti sebelum ini...

Ya Allah,permudahkanlah segala urusanku dan jauhkanlah kami semua dari segala bencana dan malapetaka yang tidak diingini...

nota: Semoga cepat sembuh kepada Pakcik Rahmatin dan Al-Fatihah untuk Allahyarham Pakcik Tajri...

11 November 2009

Hot of This Week

Lama juga tidak kemaskini blog ini.Maka banyaklah perkara-perkara yang berlaku seantero tanah air ini.
Antara yang menarik ialah;

1. Isu Dr. Asri - yang semalam dalam akhbar, khabarnya dia mahu masuk politik? Gambar beliau yang disiarkan dengan Nik Aziz mungkin memberi jawapannya?

2. Isu bai'ah dalam Pas dan lain-lain lagi.Memperjudikan polisi perkahwinan semata-semata kelangsungan politik jahil.

3. Piala Malaysia dan adegan penuh ganas yang ditunjukkan oleh penyokong.

4. Isu Ahli Parliman Shah Alam-person of this week! Juga Ahli Parlimen Kulim Bandar-Bharu yang tidak kurang idea melontar pendapat di blognya.

Penulis tidak berminat untuk mengupas isu-isu tersebut.Cuma penulis akan mencari masa untuk mengupasnya dari perspektif berbeza.

07 November 2009

Rakyat 1st!

Akhirnya suara rakyat didahulukan...Pasti khabar ini diterima dengan penuh rasa lega.Manakan tidak,tiada angin ribut atau hujan merah, kehidupan rakyat marhaen negara ini dikejutkan dengan khabar menjengkelkan tersebut minggu lepas.

Setelah didesak dengan gegak gempita bantahan rakyat kebanyakan di seluruh negara Malaysia,akhirnya kerajaan menarik balik langkah yang diputuskan tersebut.

Dengan ini,maka diharap tiada lagi perkara seumpama ini diungkit .Ini kerana kelak, mereka yang di atas tu jika nak tau tinggi rendah langit yang dijunjung cubalah buat benda-benda nakal seperti ini.Ingat sikit kerana tanpa rakyat,pak-pak menteri ni satu sen pun tak laku!

Baca di sini.

05 November 2009

Face Book dan Face Box

FaceBook

Baru sahaja berkecimpung dalam dunia facebook.Tidak sangka jumpa semula kawan-kawan sepuluh tahun lalu yang bersembunyi di sini.

Teknologi semasa memungkinkan kita untuk mendapatkan apa yang dimahu kalaupun tidak semua yang dihajatkan didapati.

Bertanya khabar dan menatap struktur personaliti masing-masing.Ada yang kembang...kuncup..tak kurang yang maintain dan juga yang jadi body-builder (Alif Aizaz!)

Juga baru dapat tahu berapa askar yang telah diperoleh.Adakah masing lone ranger,berdua,bertiga atau berderet :-) Terima kasih kepada Allah yang menganugerahi akal fikiran dan kepandaian kepada hamba-Nya untuk mendapat idea membentuk teknologi-teknologi yang merapatkan ukhwah ini.Asalkan teknologi ini dimanafaat dan tidak tergelincir dari landasan yang sepatutnya.

FaceBox

Hari ni mendung dan sejuk.Ditambah dengan dinginnya air-cond membuai mata untuk lena.Sepi dan nyaman.Tidak tahu ke mana menghilang rakan pejabat yang lain.

Pagi-pagi lagi penulis meminta seorang runner di pejabat untuk mencari kotak.Sudahnya dapatlah 2 biji kotak bersaiz sederhana besar diletak di atas meja penulis.Penulis termangu menatap kotak-kotak tersebut (FACing the BOX).

Ia adalah untuk memuatkan barang-barang yang telah dikemaskan.Mulai minggu hadapan penulis akan berpindah ke seksyen lain dan ini bermakna penulis hanya sekali-sekala akan memanjat pejabat yang telah dihuni selama beberapa tahun ini.

Jadi,tempat penulis perlu dikemaskan dan ia begitu melemaskan.Besok nak cuti.Kalau tidak bila lagi.Rasa nak angkat meja kesayangan tapi apa pula kata orang-orang lain pulak.

Dunia...dunia...Tak buat kerja kena umpat dan keji.Perform nak mampus pulak asyik jadi target untuk galas beban kerja.

Bak kata Husin Lempoyang dalam 3 Abdul-"Jual orang lagi untung dari jual unta.Wow!"

02 November 2009

1Malaysia 15kasi inspect

Memang gempak apabila muka depan akhbar-akhbar tempatan minggu lepas mengutarakan kereta yang 'bernyawa' 15 tahun ke atas akan diwajibkan melalui pemeriksaan Puspakom sabagai syarat wajib memperbaharui cukai jalan.

Maka bercempera rakyat jelata satu semesta mencarut perihal akan pencadang berotak lembu yang membuat undang-undang tersebut.Penulis hanya tersenyum sinis membaca berita tersebut dan alasan disebalik relevan perkara itu diwajibkan.

Penulis tidak pasti kadar pemeriksaan di Puspakom tapi ada yang mengatakan RM50 (penulis tidak pasti).Tapi jika ianya benar sudah terang lagi bersuluh ia akan menjejaskan pemilik-pemilik kereta bertaraf otai ini.

Hal ini kerana golongan pemilik tersebut majoritinya berusia emas.Kalau tidakpun ia pastinya dari golongan berpendapatan rendah dan duduk di kampung atau daerah pendalaman.

Selain itu,kadar pemeriksaan tersebut dengan cukai jalan yang sepatutnya dibayar dan bebanan insurans yang tinggi juga sangat menjengkelkan.Inikah yang dikatakan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan??

Pengalaman penulis sendiri menyusuri jalan-jalanraya di Malaysia Boleh ini menyaksikan kereta-kereta otai ini tampak mendominasi terutama di bandar-bandar kecil.Sebut saja Mazda 323 lama,Datsun tonggek,Datsun wagon dan segala macam lagi.Kadangkala side mirror pun tak ada.Andai kereta ini masuk Puspakom pun kerat jari memang tidak lulus.Mana nak cari side mirror kereta model zaman itu?Kedai potong?Spare part EVO melambakla!

Nak kata kereta lama punca kemalangan?Sini tengok kereta mana yang selalu eksiden?Semua kereta yang dikira baru la bro.Kereta lama mana boleh laju,Yang modified tu cerita lain.

Ini namanya 1Puspakom,tembolok didahulukan,pencapaian tahap hampas!

30 October 2009

Texture

Penulis bukanlah seorang yang cerewet bab-bab makan.Asalkan okey memang makan je.Namun kebelakangan ini semakin cuba untuk menghayati nikmat sesebuah menu.

Semuanya bermula apabila menghadiri sebuah khenduri jemaah dalam kariah penulis yang akan berangkat menunaikan fardhu haji di Mekah.Beliau memang dikenali sebagai seorang yang handal dalam masak.Menu yang menarik perhatian pada malam itu ialah daging kambing-memang segar kerana daging baru.Tidak pasti ia dimasak rendang atau masak merah tapi nyata begitu mengujakan.

Sebelum ini penulis bukanlah seorang peminat daging kambing.Tapi sejak peristiwa itu,ia mengubah sama sekali persepsi penulis kepada daging kambing.

Mengunyah sambil menikmati tekstur daging yang manis itu begitu nikmat.Lebih terasa kepuasan apabila seluruh deria rasa pada lidah digunakan semasa mendasari menu tersebut.

Kebetulan baru-baru ini seorang sahabat sudi meng'open table' di Kenny Rogers,Ipoh.Apabila diceriterakan steak rusuk kambingnya begitu sedap dan lazat,penulis tidak menolak peluang tersebut dan memesannya.Dan memang damn!Seakan tidak masuk akal apabila kesedapannya membuai kami ketika itu hingga tiada sepatah kata yang keluar.

Masing-masing menghayati penuh nikmat hidangan yang boleh tahan harganya itu (makan free memang sedap).

Sejak itu penulis mula 'menghargai' setiap menu yang dihidangkan bukan seperti sebelum ini apabila penulis main bedal tanpa mengkaji struktur,rasa dan aroma rempah-ratus yang digunakan.Namun,jika anda mempunyai masalah kesihatan,berpadalah menikmatinya.Sekadar rasa cukuplah :-)

28 October 2009

Politikus Sarkastic

Hampir sehari suntuk sepanjang hari ini kita dihidangkan dengan adegan yang tidak 'hingin' kita lihat di Perak ini.

Mahunya tidak.Rasa kemeluatan tahap dugong mengembangkan tekak yang sudah sedia loya ini.Tapi inilah realiti yang mahu tidak mahu terpaksa ditelan akibat sikap golongan yang kononnya mendokong demokrasi tetapi sebenarnya bebal.

Bebal.Ya,ini ungkapan paling tepat untuk manusia yang dangkal tersebut.Belajar semua ke peringkat bombastic tetapi akal macam plastik.

Penulis gelak tetapi sebenarnya geram.Sempat menyelusuri beberapa blog baik dari pihak pro aspirasi mahupun pro pembangkang yang secara 'live' membawa kepada kita setiap saat peristiwa yang berlaku di DUN Perak tersebut.

Penulis sengaja membaca laman kedua belah pihak untuk membuat 'check and balance' tetapi klimaksnya terasa seperti menzalimi diri sendiri apabila kedua pihak saling tak tumpah menegakkan benang basah masing-masing.

Natijahnya dua laman yang penulis boleh kategorikan sebagai blog mega ini mengutarakan pendapat sendiri tahap sampah.

Itulah politik.

Sebenarnya kebelakangan ini pun lingkungan tugas penulis berhadapan dengan tekanan politik.Ia hadir dari kedua belah pihak.Justeru apabila tekanan politik mendasari tugas, ia akan menerbitkan rasa tiada ikhlas,tiada job satisfaction,rasa meluat dan menyampah.

Dan segalanya terpaksa ditelan.Pagi tadi berbual panjang dengan big boss akan permasalahan ini dan beliau juga kadangkala akan rasa tertekan.Ironinya tekanan sebegini berlaku di mana-mana sahaja.

Dan ia begitu menjengkelkan...

Macam-macam Hal

Roadtax

Semalam adalah kenangan.Tetapi semalam juga sememangnya sangat huru-hara.Ditambah dengan kelmarin yang juga tidak kurang menyesakkan nafas.

Entah mengapa penulis tidak sedar cukai jalan (roadtax) telah terlajak tamat tempoh.Terpaksa ke JPJ untuk memperbaharuinya.Dalam perjalanan pulang,belum sempat nak lekat sticker roadtax tu terpaksa pula berhadapan dengan sekatan jalan JPJ.

Dengan muka selamba penulis meletakkan sticker yang belum ditampal itu di atas dashboard.Seingat penulis,tidak pernah JPJ membuat sekatan jalan di situ.Tapi itulah, kalau sudah hendak dijadikan cerita.

Kursus

Kurang sejam sebelum waktu pejabat tamat, penulis menerima panggilan untuk berkursus di Kuala Kangsar bermula besok paginya selama dua hari (dalam hati penulis berkata baik beritahu pagi hari sebelum bermula kursus).

Ianya juga terpaksa ditolak mentah-mentah kerana telah berjanji dengan ibu mertua untuk monitor adik-adik ipar yang sedang menghadapi peperiksaan.Maklum budak-budak ni kalau tak ada orang pantau memang tak boleh.

Ibu mertua pula terpaksa ke Shah Alam untuk menghadiri majlis istiadat konvokesyen adik ipar di UiTM.Maka semalam terlewat tiba di pejabat kerana menghantar anak ke rumah ibubapa penulis terlebih dahulu.

Handphone

Semalam juga kena pula pergi tapak projek, namun tak ada penyelesaian untuk satu isu, terpaksa kembali ke pejabat tapi hampeh semua perancangan tak jadi! Pergi balik ke tapak projek pun dah hampir 100km.

Entah kenapa tiba-tiba telefon bimbit pula meragam.Rosak terus tanpa sebarang amaran.Maka terbantutlah segala macam agenda yang dirancang.Kelam-kabut lagi mencari handphone spare lantas dirembat handphone adik ipar yang terpaksa memberi dalam kerelaan setelah dijanjikan habuan burger sebagai bayaran meminjam!

Itulah akibatnya apabila hidup terpaksa bergantung dengan kecanggihan teknologi.Pening memikirkan apabila semua schedule dan segala macam mak nenek data dalam handphone yang rosak itu.

Apabila disemak resit pembelian dan sijil jaminan,ianya telah luput 3 bulan yang lalu!Wallaweiii!

Husin Lempoyang

Malam semalam entah mengapa tergerak untuk menonton sehingga tamat cerita 3 Abdul lakonan P.Ramlee.Padahal sebelum ini penulis memang kurang berminat untuk menonton cerita-cerita lama sedemikian.

Tapi memang cerita tersebut evergreen kerana beberapa part masih relevan untuk diadaptasi dengan konsep kehidupan masyarakat hari ini.

Menonton cerita tersebut juga membuatkan penulis semakin memahami satira yang cuba disampaikan oleh penulis blog The Antics of Husin Lempoyang yang sememangnya satu blog paling penulis suka lawati.

24 October 2009

But-jet

Bajet diumum sudah.Ramai lega tak kurang yang melatah.Yang diharap melepas, sebaliknya yang dapat.Bajet rakyat sudah tersurat, tak siapa puji dorang sendiri yang angkat, rakyat didahulu tapi mesti 'sebulu', pencapaian diutamakan, 'masyuk' juga jangan dilupakan.

Bajet menyelusuri segenap rakyat tapi tengok berapa kerat je yang dapat, tak sampai di bawah rupanya sangkut di tengah, adat dunia siapa yang kisah, janji dapat tiada siapa yang susah.

Semoga bajet ini benar-benar membawa makna kepada rakyat tanpa sebarang 'masa-er-lah' (meminjam dialog ahmad nisfu yang sebenarnya disebut masalah) =)

21 October 2009

Sekilas

Syawal dan Jamuan Aidilfitri


Syawal menutup tirainya kelmarin.Bagi penulis,undangan ke rumah terbuka boleh dikatakan meningkat sekali ganda berbandimg tahun-tahun sebelumnya.

Dan ianya kian meningkat menjelang hujung-hujung Syawal seperti yang berlaku pada hari Sabtu yang lalu.

Alhamdulillah hampir semua berjaya dipenuhi.Yang tidak dapat dihadiri tu disebabkan terikat dengan komitmen lainnya.

Sensor or Sense of Humor

Jika disebut secara pantas perkataan dan ayat di atas,ia kedengaran agak sama.Tetapi membawa maksud yang sangat berbeza.

Anda tentu pernah mengalami situasi di mana apabila tiba di satu persimpangan lampu isyarat (traffic light) , anda akan mengambil masa untuk menanti giliran sebelum lampu bertukar menjadi hijau.

Tapi hati pasti panas apabila misalnya terdapat satu persimpangan di mana salah satu simpang adalah jalan yang agak lengang tetapi lampu tetap memberi arahan yang sama pada semua simpang.Ini biasa berlaku terutama di persimpangan jalan kawasan taman atau kampung yang menghubungkan dengan jalan utama.

Masakan tidak marah kerana walaupun kenderaan dari simpang yang lengang tadi tiada,ia tetap memberi lampu hijau.

Justeru wajar agensi terlibat memberi perhatian akan perkara ini kerana kecanggihan teknologi semasa yang mendominasi lampu isyarat di bandar-bandar besar wajar dipraktikkan di jalan kampung.

Teknologi yang dimaksudkan ialah lampu isyarat pintar (smart traffic light) yang mempunyai sensor pengesan kehadiran kenderaan dan bukan lampu isyarat yang hanya stupid sense of humor...

1

Ahad lalu diceriterakan akan satu perhimpunan mega di ibunegeri Perak bumi bertuah penuh kemasyhuran.

Manakan tidak dikatakan mega sementelah rakyat dijelata dijemput di bawa dari setiap daerah ke tempat pertunjukan acara.

Bas menanti di depan mata,poket diisi dan cuti sehari turut dikurnia.Maka seantero dunia jenuh bersurah aduh ramainya rakyat jelata berpesta mendokong aspirasi baru pembesar negara.

Angka ditegak konon simbolik acara tapi sebenarnya apa entah kejadah dihitung sehingga sedemikian rupa.

Maka rakyat jelata mengia sehati sejiwa betapa gagasan tersebut begitu bermakna padahal 'hampeh' hanya membazir semata-mata.

Gah dihitung apa maknanya siapa pun yang tahu.Diusung ke hilir ke hulu untuk dapat sokongan padu tapi hakikatnya seperti barang lusuh yang berdebu.

Dicanang merata akan maksudnya,satu pun tak laku entah apa maknanya.Dijunjung tinggi bagaikan apa,oleh pengampu yang mengadu domba,itulah politik Malaysia,taik kering pun dikata emas,asalkan ia lahir dari pembesar yang kononnya berotak bernas,natijahnya kosong eperti hampas,aduh aku semakin lemas.

*Betapa membazirnya untuk penganjuran acara sebegitu rupa.

19 October 2009

Neutral

Malam tadi semasa istirehat selepas seharian penat mengiringi rombongan pertunangan kawan, penulis duduk-duduk di ruangtamu sambil menonton tv.

Sehinggalah tiba di channel tv9 dalam slot Halaqah.Mata terpaku kepada seorang panel jemputan yang suatu ketika dulu dikira level 'otai' dalam siri forum perdana ehwal islam terbitan sebuah stesyen televisyen milik kerajaan.Beliau seangkatan dengan panelis-panelis berwibawa suatu ketika dulu yang namanya begitu gah seperti Ustaz Taib Azamuddeen,Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man,Ustaz Ismail Kamus dan beberapa nama lagi (sekadar menyebut beberapa nama).

Siapa yang tidak terpaku mendengar lontaran butir bicara penuh meyakinkan dan nampaknya karisma dan aura beliau masih tetap subur sehingga hari ini.

Justeru apabila melihat 'come back' dan melihat kepada persembahan yang beliau pertontonkan kepada khalayak malam tadi seakan tiada masa berlalu begitu pantas.Setiap fakta dan point yang dikemukakan begitu smart dan teratur untuk diingati.

Sayangnya beliau dan ramai rakan seangkatannya telah menongkah arus dengan menceburkan diri ke lapangan politik yang bertentangan dengan aspirasi kerajaan.

Serentak selepas itu tidak kedengaran lagi suara-suara mereka di media arus perdana samada media cetak mahupun media elektronik.Yang ada hanyalah dari media picisan terbitan barisan alternatif.

Ironinya,pada hemat penulis,TV9 mengambil langkah berani dengan berpendirian secara neutral apabila menjemput beliau sebagai panel dalam siri Halaqah tersebut.Menjadi harapan kepada seantero umat Islam di Malaysia ini agar mereka-mereka ini diberi peluang semula muncul di kaca-kaca TV tanpa mengambilkira ideologi politik kepartian.

Jika diuar-uarkan secara begitu mega akan konsep 1Malaysia yang entah apa-apa itu,apa salah kiranya konsep 1Islam untuk semua diberi liputan lebih mega.Sudah terang lagi bersuluh ia akan lebih bermanafaat berbanding konsep 1Malaysia-sekali lagi penulis tekankan yang entah apa-apa itu.

*Individu yang dimaksudkan oleh penulis ialah YB Dato' Dr. Hasan Ali,Pesuruhjaya PAS Selangor.

15 October 2009

Perhimpunan Melayu

Sepanjang minggu ini,parti umat Melayu terbesar di Malaysia akan berhimpun di PWTC.Perhimpunan agung yang menghimpunkan ribuan wakil dari bahagian akan bersidang demi mencari pemuafakatan ke arah kepentingan Melayu di negara ini.

Maka berbagai buah fikiran akan disumbangsaran oleh dari peringkat pucuk pimpinan hingga ke wakil bahagian.

Penulis suka memetik dari sebuah artikel Malaysiakini untuk menggambarkan betapa meriahnya perhimpunan agung tersebut.

Jangan menghabiskan air liur berpidato berdegar-degar tapi habuk pun tarak sudahlah.

13 October 2009

Corat-coret

ER Leave

Hari ini terpaksa bercuti kerana demam Qaseh yang agak membimbangkan.Semalaman tidak tidur kerana beliau yang asyik meragam.

Salah penulis juga kerana mencampur ubat-ubatnya dalam susu.Dengan harapan dia akan minum susu bercampur ubat tersebut.Namun ia telah ditolak mentah-mentah dan terus trauma dengan tidak mahu minum walau susu yang sebenar!

Akibatnya dia meragam kerana demam,lapar dan semuanya membuatkan penulis merasa bersalah yang teramat sangat.

Kemuncaknya penulis balik ke rumah ibubapa penulis pada jam 1 pagi kerana keadaan yang semakin tegang.

Sampai di rumah,bapa penulis memberinya minum air kelapa muda untuk meneutralkan kembali kesan 'susu + ubat' yang dirasanya tadi.

Jam 2.10 pagi bertolak semula ke rumah mertua di Hutan Melintang.Akibat semalaman tidak tidur dan bimbang keadaan Qaseh,penulis mengambil cuti kecemasan hari ini.Bantai tidur hingga tidak ingat dunia.

Bagan Pinang

Rasanya masih belum terlambat untuk meraikan kemenangan TS IS.Malas nak mengulas kemenangan beliau.

Cumanya penulis sangat tertarik untuk mengetahui maksud isyarat 'fofular' yang selalu dibuat beliau di atas pentas termasuk semasa pengumuman kemenangannya tempoh hari.

Isyaratnya ialah beliau menunjuk isyarat jari telunjuknya dan menggoyang jari telunjuk itu ke kiri dan kanan.

Lazimnya isyarat tersebut membawa maksud jangan atau tidak.

Terserah kepada anda.Tanya TS IS...

Majalah Tiga

Malam minggu lepas penulis memang mengosongkan semua aktiviti luar semata-mata untuk terpacak di hadapan TV.

Hal ini kerana penulis mahu menonton program tersebut yang mengupas tragedi di Padang sebagai fokus utama.

Rasanya memang tiada stesyen lain di negara ini yang boleh menyaingi kredibiliti program tersebut dalam penyampaian laporan tentang sesuatu perkara secara detail.

Hati mana yang tidak tersentuh tatkala melihat wajah-wajah penuh hiba dan duka menanti jasad insan tersayang ditemui di celah-celah runtuhan dan timbunan tanah.

Mana mampu membendung air mata dari melihat jasad kaku yang ditemui di celah timbunan tanah dan dipaparkan umpama secara 'live' kepada kita.Jenazah seorang lelaki tua yang berjaya dikeluarkan dari timbunan tanah runtuh yang menghilangkan kewujudan 3 buah kampung dari peta.

Juga jenazah anak kecil, Rara yang ketika tragedi berlaku sedang dalam pengajian di sekolah agama di kampung tersebut.Juga dipaparkan betapa keluarga anak kecil tersebut sukar untuk menerima hakikat yang dia telah pergi jauh.

Melihat imej ngeri jenazah yang ditemui melalui paparan di TV sungguh menginsafkan.Justeru bersamalah kita syukuri nikmat kurniaan Allah yang tidak ternilai di bumi bertuah ini dengan menurut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.


11 October 2009

Qaseh...unbelievable clip video

Anugerah Sarkas

Pernah tengok sarkas?Ia boleh memberi kita berbagai emosi.Lawak,seram,ngeri,suspen dan sebagainya.

Teruja dengan Nobel?

Hampeh.Disangka anugerah paling berprestij kerana hadiah yang bernilai jutaan USD,rupanya kualiti di tahap longkang.Penulis terbaca satu artikel bulan lepas tentang satu anugerah yang kononnya berlawan konsep dengan anugerah Nobel ini.

Maksudnya,jika anugerah Nobel yang kononnya mengiktiraf yang terbaik di dunia,anugerah tersebut mengiktiraf yang sebaliknya.Tapi penulis lupa nama anugerah tersebut.Kalau tidak silap anugerah tersebut mengiktiraf seorang pereka yang mereka bra tetapi boleh bertukar menjadi topeng gas jika situasi memerlukannya.Lupakan bab itu.

Apa yang menjadi kemusykilan hari ini dalam suratkhabar ialah penganugerahan anugerah nobel keamanan kepada Presiden AS yang terbaru.Khabarnya banyak kritikan yang dilontarkan.

Terserah kepada anda untuk menilai.Tetapi bagi penulis ia tidak ubah seperti sarkas yang hanya menggelikan tekak orang yang melihatnya.Tapi biasalah...Suka hati doranglah nak bagi sape pun betul tak.

Provok Buruk

Di saat saudara kita di negara jiran bergelut dengan kepayahan yang tidak terperi,pasti setiap saat yang terlintas di kepala mereka ialah keamanan,ketenangan dan keharmonian dari segenap aspek yang entah bila akan dikecapi.

Namun kita di bumi ini?

Seakan tidak syukur bahkan kufur akan nikmat keharmonian yang dianugerahkan oleh Allah SWT,kita sepeti tidak akan pernah belajar dari nasib-nasib yang menimpa jiran sekeliling.

Kita seperti tidak endah dan belajar akan kesan bencana alam walau pernah dibadai tsunami beberapa tahun dulu.Maksudnya di sini ialah walau negara kita aman tanpa bencana alam (Alhamdulillah) kita seperti mahu mencari pasal untuk melihat negara ini menjadi tidak aman.

Kebelakangan ini kita lihat betapa beberapa pihak tertentu mencetuskan provokasi melampau terhadap kerajaan hingga mengheret kepada perarakan tanda protes yang ternyata amat menyusahkan orang.

Terbaru di kempen PRK Bagan Pinang.Provokasi di antara dua penyokong parti bertanding hingga tercetus pergaduhan.Apa ke jadah nya pun?

Walhal benda ini setakat di dunia sahaja.Bergaduh untuk keuntungan apa?Demokrasi mengajak kebebasan dalam suasana berlapang dada dan berhati terbuka.Namun jika begini caranya mereka mencatur demokrasi,kelak tidak mustahil negara akan terhuru-hara.

Yang pati kaum lain akan ketawa melihat kebodohan Melayu itu bergaduh sesama sendiri.Pergi mampus siapa yang memulakan pergaduhan itu kerana ia tidak penting.

Mungkin kerana mereka tidak pernah diajar seperti yang berlaku di Padang,Indonesia...

Jangan Tidur Lagi

Jam menunjukkan jam 3.20am.Mata sudah segar.Maklum telah melewati tengah malam dan jam-jam kritikal kemengantukan.

Inilah posting 'paling pagi' pernah penulis nukilkan.Tentu anda tertanya-tanya mengapa masih belum tidur lagi.Mentang-mentang malam minggu...

Hakikatnya setiap malam minggu saban minggu tidak membawa apa makna pun.Malam ini berjaga kerana Qaseh tiba-tiba mengalami demam.Memang dia ni jenis tidak boleh duduk diam.Jadi apabila demam,tahap kerenah dia akan berganda.Mahu tidak mahu terpaksa la berjaga kerana jika dia tidur pun pasti akan terjaga selang berapa minit kemudian.

Okeylah.Ingin melayari laman lain pula.Selamat berhujung minggu.Jangan pula one night stand malam ni.Kepada yang masih bujang tu apalagi.Mau cucuk langit ka?Atau rempit juara antara juara?

Penulis tinggalkan persoalan itu untuk anda...

10 October 2009

Watch Out Your Mouth!

7/10/09 Rabu

4.30pm-Batuk-batuk kecil dan Officemate menegur.Penulis menjawab, "Dah tak lama...." Kami kemudian bermaafan dalam nada bergurau.

6.30pm-Rakan lama dari Tanjung Karang datang beraya ke rumah.

10.00pm-Badan mula rasa tidak selesa.Nafas juga seperti sesak dan serba tak kena.

12.00am-6.00am-Berpuluh kali membuang a*r bes*r sehingga satu tahap tiada apa lagi yang diciritkan melainkan air jernih semata-mata.Itu pun kerana penulis terpaksa minum.

10.00am-Masih lagi menggelupur kesakitan.Memang tidak kerja hari ini.Keadaan sama tapi kini ditambah dengan sakit kepala lagi.Makan pil chi kit teck aun tapi tiada perubahan sangat.Terpaksa minum air glukos kerana semakin lemah.

Rakan-rakan mula menghubungi bertanya khabar.Semua kata cuci perut la tu.Siap ada kata pasal apa yang penulis katakan semalam la jadi macam ni.

3.30pm-Sebaik isteri pulang dari mengajar terus penulis dibawa ke klinik.Nak pergi pagi memang tak lalu nak drive.

4.30pm-Doktor merawat memeriksa dengan rapi.Mungkin tersilap makan katanya.Tekanan darah pun normal.Alhamdulillah.Risau juga kalau sakit kepala pasal darah tinggi.Tapi banyak juga ubat yang diberi.MC tidak dilupa.

9.00pm-Okey skit tapi rasa senak masih ada.

8/10/09 Khamis

8.00am-Rakan-rakan mengucapkan tahniah kerana masih bernafas ??? dan menasihati untuk berhati-hati apabila bercakap bab-bab camni huhuhu!

11.00am-Bapa saudara mengajak ke Kuala Pilah untuk menjadi pemandunya untuk menziarahi seorang saudara yang meninggal.Aduh!Mujur ibu penulis cover anaknya ini yang masih belum begitu sihat :-) Akhirnya ibu penulis dan pakcik-makcik je yang pergi.Kalau tak sakit baliklah.

07 October 2009

Dari Kerana Mata...

Akhbar Metro dalam muka depannya semalam melaporkan empat orang 'gondorowo' membelasah hingga koma seorang pelajar tingkatan empat di sebuah kafe siber gara-gara perselisihan faham.

Seorang rakan mangsa yang dibelasah hingga koma itu sempat lari menyelamatkan diri dan membuat laporan polis.

Semuanya hanya kerana jelingan mata.Bodohkan.Sanggup membelasah orang menggunakan helmet.Sudah terang lagi bersuluh keempat-empat orang ini dari kalangan orang yang jahil dan bukan manusia normal.

Utusan hari ini melaporkan ibubapa mangsa yang koma itu menyatakan itulah satu-satunnya anak mereka.Itupun setelah enam tahun berusaha sejak mereka berkahwin.

Melihat senario sebegini membuatkan kita terutama di kalangan ibubapa amat bimbang apabila memikirkan masa depan anak-anak.Tidak kiralah dari segi perilaku,pergaulan dan pendidikan mereka.

Suka penulis untuk berkongsi sedikit di sini panduan membentuk peribadi anak sedari mereka kecil.Beberapa orang senior di pejabat memberi panduan ini kepada penulis.Alhamdulillah,mereka ini memang mempunyai anak-anak yang patuh dan sangat berjaya walaupun telah menginjak umur dewasa.Penulis pun kenal secara peribadi anak-anak mereka ini.

Caranya ialah membaca surah Ash-Sharh (Alamnashroh..) dan Surah Al-Qadr (Inna anzalna....) masing-masing 3 kali dan hembus ke ubun-ubun anak setiap malam semasa mereka tidur.

Berdoa semoga mereka menjadi manusia yang baik-baik dan patuh menurut kata kita.Insya'Allah,ini adalah salah satu usaha kita di dalam menghadapi hidup yang penuh pancaroba ini...

05 October 2009

Ikea dan Romantika

Satu persamaan di antara kami suami isteri ialah suka melihat perhiasan rumah.Tidak kira berkonsep moden,kontemporari mahupun tradisional.Kami juga suka melihat susunatur dan design sesuatu rumah.Kami kini dalam proses mencari lokasi untuk membeli rumah yang sesuai.
Jika kami memilih konsep moden,pastilah IKEA di Mutiara Damansara menjadi tempatnya.Namun trend sekarang berkonsep English.Jika anda buntu mencari idea menghias rumah mengikut konsep ini,kini tidak lagi.
Semua ini gara-gara isteri penulis yang berkunjung ke Plaza Alam Sentral,Shah Alam baru-baru ini.Bertempat di Tingkat 5,kompleks tersebut menempatkan sebuah pusat deco yang dipanggil Romantika deco.

Anda boleh menemui hampir semua jenis hiasan ala Inggeris di sini dari sekecil barang hinggalah sebesar barang.Perabot,bunga,vase dan barangan seramik antara yang dijual.Begitu juga berbagai jenis lampu dan terendak lampu yang bercorak Inggeris.

Turut dijual ialah wallpaper yang memang akan menyerlahkan konsep kediaman anda mengikut citarasa diinginkan.Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan boleh dikategorikan sebagai murah untuk beberapa barangan.

Isteri penulis memang suka bab-bab camni tapi dia paling obses dengan lampu.

Silalah datang dan lihat sendiri.

Campaign or Champegene

Bagan Pinang mencetus kontroversi semasa penamaan calon tempoh hari.Provokasi oleh pihak yang boleh dikatakan tidak bertamadun andai ia terjadi sebenarnya.

Kita hanya bergantung pada laporan suratkhabar yang tidak boleh 'ditentu sah' akan kebenarannya.Namun,jika ia benar terjadi memang tidak patutlah.

Negara ini menjujung demokrasi.Prinsip yang menerapkan kebebasan.Jadi,main pukul-pukul atau baling batu sembunyi tangan ni tidak gentleman.Bahkan boleh dikatakan bacul.

Kesimpulannya bertanding biarlah dalam semangat pertandingan.Kalah menang adat la.Tak perlu main pukul-pukul curi.Yang kena pukul tu pula kenapa lalu tempat lawan.Macam cari nahas je.

Selamat berkempen.

Road Runner

Baran di jalan raya memudaratkan kepada semua orang.Sikap ini tidak seharusnya tertanam di dalam diri seseorang indivudu.Ada individu yang tampak sopan dalam hidup seharian boleh bertukar kepada watak antagonis apabila memegang stering atau sebaik memulas throttle.

Sesetengah individu akan bertukar secara spontan dalam keadaan ini.Seringkali sewaktu memulakan perjalanan, pemandu akan membaca doa dan menyematkan dalam hati untuk memandu secara berhemah di atas jalan raya.

Namun ianya boleh akan berubah sekelip mata bila mana wujud anasir asing yang 'cucuk angin' rapat di belakang kereta anda.Atau memotong secara 'pancung'.

Itu yang membuatkan pemandu yang baru bercadang mahu memandu secara berhemah akan memandu secara luar kewarasan.Pemandu akan potong kanan dan kiri secara zig-zag sehingga sebelah tayar di atas rumput bahu jalan dan sebelah tayar lagi di atas jalan tar.Semuanya kerana mahu memberi pengajaran kepada pemandu yang kurang ajar tadi.

Atau menghimpit dalam keadaan bahaya dan cucuk angin kereta yang sebelumnya mencabar pemandu.Apabila terasa diri dicabar,hilang segala ketakutan atau gentar.Yang tinggal hanyalah sekeping hati yang membara penuh kepanasan.Silap-silap,isyarat jari tengah juga akan ternampak menerusi tingkap kereta yang terpaksa dibuka.

Memandu waktu malam juga banyak cabaran.Seakan menjadi satu trend kebelakangan ini sikap kebodohan pemandu Malaysia yang modified lampu hadapan kereta sebelah pada paras dan standard dan sebelah lagi ditinggikan.

Maka pemandu yang datang dari arah bertentangan akan mengalami kesilauan dan segera memberi lampu tinggi berterusan yang turut mengganggu pemandu lain yang tidak bersalah!

Satu lagi senario kereta di belakang kereta kita memberi lampu tinggi yang akan menyebabkan pemandu silau akibat pantulan dari side mirror dan cermin pandang belakang.

Bilamana berlaku keadaan ini,kita perlu mempertimbangkan kemungkinan pemandu di belakang tersebut bertindak demikian.Mungkin kerana kecemasan?

Seandainya minda anda memberi analisa yang menyatakan pemandu tersebut kurang ajar,segera beri signal ke tepi.Biarkan kereta tersebut memotong.Kemudian pandu semula ke lorong asal, cucuk rapat kereta tersebut dan beri lampu tinggi berterusan.Untuk kesan dramatik,asak kereta tadi dengan panduan seakan mengajak berlumba.Tapi harus diingatkan ianya hanya boleh dilakukan oleh pemandu profesional.Namun,sebaiknya anda beralah dan bersabar he he he.Pemandu biasanya tidak akan beralah!

Yang pasti,jika menang pun,selain puas masih terselit kegentaran di dalam diri pemanda.Pemandu akan menggigil beberapa ketika sebaik turun dari kereta.Ketika ini akan terimbas kembali adegan demi adegan perlumbaan tadi dan barulah terfikir apa akan terjadi jika ini atau ini akan berlaku.

Itulah antara sikap pemandu di jalan raya.PCJ-Pantang Cuit, Jalan.....Memang nak kikis,tapi sukar. Tapi kalau tiada siapa yang provok, pemandu adalah orang yang paling cool di atas jalanraya.

p/s-Perkataan Pemandu yang dihighlight di atas adalah penulis sendiri.Based on truth story.Bagaimanapun setelah berkeluarga penulis agak cool.Tapi sesekali lepas geram juga.

Padang-Jarak Terkukur

Tiga kampung lenyap dari peta dalam bencana gempa di Padang,Indonesia. Bayangkan dikhabarkan satu majlis perkahwinan sedang berlangsung apabila tiba-tiba gempa berlaku dan tanah dari lereng bukit runtuh menimbus perkampungan tersebut setinggi 30 meter!

Bahkan menara masjid di perkampungan tersebut iaitu struktur tertinggi juga tidak kelihatan lagi.Difahamkan pihak berkuasa tidak bercadang untuk mengorek dan menjalankan kerja-kerja menyelamat di perkampungan tersebut kerana harapan untuk menemui mangsa yang hidup terlalu tipis.

Hanya keluarga dan sanak-saudara yang terlibat yang mengambil inisiatif sendiri untuk menjalankan kerja mencari ahli keluarga yang hilang.Suasana sungguh mengerikan dan menyayat hati.Namun kita di Malaysia?

Walau dianugerahkan keselamatan dan keselesaan hidup di bumi bertuah ini,manusia-manusia masih mencari pasal atau point untuk bercakaran.Walaupun sesama Islam!Semuanya kerana politik sempit yang tidak berkesudahan.Apalah salah kiranya menyorot dan merenung nasib saudara-saudara di Padang yang sedang ditimpa musibah.

Membandingkan dengan keselesaan yang sedang dikecapi di bumi bertuah ini.Di bandar pula,hampir seluruh struktur bangunan musnah dan terjejas.Mayat bergelimpangan mewarnai kesuraman bumi Padang.Keadaan menyayat hati melihat nasib-nasib malang mereka mengingatkan kita kepada ahli keluarga.

Al-Fatihah kepada mereka yang telah kembali ke Rahmatullah.

01 October 2009

Hari Itu Sudah Berlalu...

September telah berlalu meninggalkan berbagai perkara dalam kehidupan.Oktober menjelma menyedarkan kita betapa masa pantas berlalu meninggalkan kita.

Hari ini, enam tahun yang lalu iaitu pada 1 Oktober 2003 penulis memasuki alam pekerjaan iaitu jawatan yang disandang sekarang.Sedar tak sedar sudah enam tahun penulis bekerja.

Hal ini penulis sedari sebentar tadi apabila seorang rakan yang masuk batch yang sama mengucapkan selamat ulangtahun keenam bekerja.Kami adalah bertiga semasa melapor diri pada hari yang sama.

Sebut pasal pencapaian, Alhamdulillah... ada la dua tiga yang boleh dikenang.Antaranya Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang diterima pada tahun lepas.

Anugerah pingat darjah kebesaran tiada lagi.Tidak tahulah pada masa akan datang.

Enam tahun berlalu menyedarkan diri untuk mencongak apakah amal kebajikan serta jasa yang telah disumbang.Amanah yang diberi...adakah dilaksanakan dengan ikhlas dan jujur.Jika dipertimbangkan semua persoalan tersebut boleh menyebabkan tidak tidur malam.

Selamat Menyambut Ulangtahun Bekerja ke-6 untuk Alex dan Hafiz serta semua yang mula bekerja pada hari tersebut.

Penyampahan

Baru balik dari open house anjuran office.Tak ramai sangat pun yang menghadirkan diri.Mungkin kerana faktor waktu yang diadakan pada sebelah pagi.

Lazimnya open house diadakan pada waktu tengahari atau sebelah petang.Waktu di mana orang skip lunch dan hendak mengadap minuman petang.Waktu di mana masing-masing sedang kelaparan.

Menu yang disediakan bukan kecik anak.Menu wajib raya semuanya di'list' dengan terperinci.Bonus seperti sate dan sup istimewa Bagan datoh juga disenarai pendek untuk menjadi mengsa belasahan.

Namun satu yang menjadi ke'getik'an penulis sekian lama berkenaan open house ialah sikap jelik mereka-mereka yang tidak tahu etika be'rumah terbuka'.

Sebenarnya tidak perlu pun diberi nasihat atau arahan kerana semua sudah berumur lebih dari penulis.Dah tua-tua tapi still macam budak-budak.

Orang belum habis makan sudah tapau nak bawa balik.Menu yang paling menjadi mangsa kekejaman ialah sate.

Penulis hanya memerhati dari jauh.Malu sendiri dengan sikap mereka.Itu sebabnya penulis agak keberatan untuk menghadiri rumah terbuka sementelah jelik melihat kepelbagaian sikap manusia yang mementingkan diri ini.

Moralnya, jauhkan diri dari turut melakukan perkara ini kerana kelak ia hanya mengundang sikap sinis dari orang lain terhadap diri sendiri.

ISA

Frasa di atas tidak membawa maksud Internal Security Act 1960 tetapi tentang Pak Isa yang terpilih sebagai calon di Pilihanraya kecil Bagan Pinang,Nogori Sombilan.

Nampaknya begitulah politik.Penulis tidak mahu mengulas panjang tentang politik semasa di negara kita.Rasanya masing-masing mempunyai penilaian.

Apa yang penulis hendak umpamakan ialah POLITIK UMPAMA MENGOREK HIDUNG.MAKIN KOREK MAKIN SEDAP.YANG MENJADI MASALAH KALAU DAH TERLAMPAU ASYIK DAN SEDAP MENGOREK HIDUNG,TAHI HIDUNG TU DITELANNYA JUGA!

Betul tak perumpamaan di atas?Kalau anda bijak,kaitkan perumpamaan di atas dengan rencah politik hari ini.

:-)

30 September 2009

UPDATE....

Utusan Malaysia (Terkini)

JAKARTA 30 Sept. - Satu gempa kuat 7.6 pada skala Richter menggegar pulau Sumatera hari ini, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, lapor Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia.

Gegaran itu berlaku pada pukul 5.16 petang waktu tempatan (6.16 petang waktu Malaysia) di barat daya bandar Padang di Sumatera Barat. - AFP

Nota penulis:

Gegaran turut dirasai di Malaysia iaitu Pantai Barat Semenanjung (Lembah Klang) dan sebahagian Johor.Makanya benarlah ia turut dirasai di Perak,seperti yang penulis rasakan sebentar tadi (posting sebelum ini).

Nota

Sebentar tadi terasa rumah bergoncang.Laptop yang sedang dihadap juga beralun.Melihat cermin di dinding dan penyangkut baju juga bergoyang.

Situasi sama turut dirasai penulis semasa bencana tsunami melanda negara ini beberapa tahun yang lalu.

Ketika itu gempa dirasai sebelum sejurus kemudian rakan yang sedang bercuti di Penang menghubungi melalui telefon menyatakan bencana yang berlaku di depan matanya.

Kebetulan beberapa hari lalu beberapa negara jiran turut dilanda bencana tsunami.Marilah bersama kita berdoa agar negara kita dijauhkan dari sebarang bencana yang tidak diingini.

Amin

29 September 2009

Raya Bersama Qaseh




















Antara Shot yang sempat diambil minggu lepas.Lokasi; Kampung Permatang Guntong, Plaza Alam Sentral Shah Alam ,TESCO Kuala Selangor dan dalam kereta.

Timangan

Sudah menjadi seperti kelaziman rakyat di negara ini terutama masyarakat Melayu memberi nama timangan kepada anak,saudara mahupun sahabat handai.

Sesetengahnya bersebab.Misalnya jika seseorang anak diberi nama tertentu yang sering demam.Dikatanya nama tersebut tidak serasi.Jadi,diberilah akan nama gelaran.Wallahua'lam.

Seperti di kampung penulis, sepasang adik beradik nama Zulkifli dipanggil Wahid, Jamalullail dipanggil Pai'e dan sebagainya.

Penulis juga mempunyai beberapa nama gelaran tetapi ia diberi oleh rakan-rakan.Dikalangan keluarga penulis hanya dipanggil sebagai Mie.

Semasa belajar dulu penulis dipanggil Hairie Oteme,Seman dan berbagai lagi.Di pejabat pula beberapa senior memanggil John dan yang paling penulis getik apabila dipanggil Mawi.Ini semua gara-gara penulis pernah membuat rambut ala mawi suatu masa dulu.

Rakan-rakan di sekolah dulu pula ada yang dipanggil Cochrane,Mohawk dan sebagainya.Warden kami pula dipanggil Biawak, Blanka dan bermacam lagi.Begitulah dahsyatnya nama gelaran yang diberi oleh kitorang dulu.

Apapun nama sebenar kita adalah yang terbaik dan anak kita juga mempunyai hak untuk diberi nama yang baik.

Selepas Bercuti...

Syawal memasuki hari kesepuluh hari ini.Begitu pantas masa berlalu.Masih agak banyak rumah yang masih belum diziarahi terutama di sebelah pihak isteri.

Undangan rumah terbuka juga kian memenuhi jadual diselangi dengan undangan majlis perkahwinan.Begitulah meriahnya Syawal di Malaysia.

Bila sudah berumahtangga barulah tahu erti sibuk.Bukan lagi hanya boleh memikirkan diri sendiri.Mujur rumah mertua berdekatan.Jadi bolehlah ke sana-sini dengan mudah.

Raya ketiga hari itu penulis ke Shah Alam menziarah datuk sebelah isteri yang dimasukkan ke Darul Ehsan Medical Center.Ketika orang lain balik kampung kami sekeluarga ke bandar pula.

Blog ini juga agak terabai sekian lama memandangkan tiada input menarik untuk dipaparkan.

Semalam mula bertugas semula dan mengambil masa hampir separuh hari untuk mengembalikan mood kerja.Sudahnya seharian tiada mood dan pada sebelah petangnya penulis meminta izin untuk tidak masuk ke pejabat huhuhu.

21 September 2009

Syawal 1430H

Salam Aidilfitri

Ramadhan berlalu,Syawal menjelma.Sempena di hari baik bulan baik ini penulis dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin diminta andai ada kesalahan samada disedari atau tidak.

Sepatutnya penulis memuatkan post ini semalam atau kelmarin,namun kerana tahap kesibukan yang agak terlampau menyebabkan ianya hanya dapat ditulis pada hari ini.

Bara'an

Alhamdulillah,Syawal tahun ini bara'an berjaya dihidupkan semula.Ia merupakan istilah jawa yang membawa maksud menziarah beramai-ramai dari sebuah rumah ke rumah yang lain.

Ibu penulis memaklumkan tahun lepas ia tidak diadakan kerana 'kepala' yang tiada kerana beraya di rumah mertuanya.Kebetulan penulis pun beraya di rumah mertua tahun lepas.

Tahun ini kepalanya (Abang Lee) beraya di sini dan kami berjaya berkumpul beramai-ramai untuk bersama-sama bara'an.

Ia dimulakan bermula selepas solat sunat Aidilfitri hinggalah menjelang waktu Zohor sebelum penulis balik ke rumah embah di sebelah petangnya.

Menu

Keluarga penulis menyediakan hidangan sederhana sahaja tahun ini kerana adik-beradik yang hanya akan dapat berkumpul sepenuhnya pada hari raya keempat atau Rabu ini.

Isteri penulis menyediakan rendang ayam organik untuk pertama kalinya.Walaupun tahun lepas kami telah berkahwin,keadaannya yang masih berpantang anak sulung tidak memungkinkan beliau menyediakan juadah raya.

Ketupat original masih menjadi hidangan wajib yang dibuat oleh bapa penulis manakala lemang pula sekadar membelinya di gerai berhampiran.

Ketupat daun palas istimewa tiada pada tahun ini kerana kakak ipar yang sering menyediakannya hanya akan pulang beberapa hari lagi.

Kesimpulannya ahli keluarga yang rajin memasak seperti abang long dengan seorang lagi adik yang pakar memasak belum pulang lagi.Satu perkara yang ibu penulis beritahu,abang long rajin di dapur kerana sejak kecil lagi mak telah mendidiknya untuk berbuat demikian.Percaya atau tidak, ketika ibu penulis bersalin anaknya ke lima (adik penulis yang pakar memasak dan masih belum pulang beraya) abang long telah pandai memasak nasi ketika berumur 9 tahun atau darjah 3! Hendak mengharapkan penulis memasak adalah satu kesilapan yang besar kerana penulis memang tidak tahu memasak.

Food Poisoning

Kalau sudah namanya raya,menziarah ke ruma-rumah,sudah tentu banyak benda masuk dalam perut.

Akibatnya malam tadi penulis dan isteri mengalami keracunan makanan yang serius.Tapi penulis lagi serius hingga berpuluh kali keluar masuk bilik termenung.Badan jadi lemah dan tidak boleh tidur.Penulis bangun paling awal hari ini berbanding sebaliknya pada kebiasaanya paling lewat.

Selepas ini perlu mencari sesuatu untuk neutralkan perut.Kalau tidak semua program akan tergendala.

Recycle

Sudah 2 tahun berturut-turut penulis tidak menyediakan baju raya untuk diri sendiri.Hal ini kerana penulis hanya perlu recycle 4 pasang baju semasa kahwin (baju akad,berinai,pihak lelaki dan pihak perempuan) yang lengkap bersulam segala.

Semalam penulis mengenakan baju yang dipakai semasa majlis pihak lelaki untuk beraya.Ia masih padan kerana badan penulis maintain ;-) Tahun lepas ia dipakai di rumah mertua.

Ingatkan tiada siapa yang perasan.Rupanya ramai rakan dan penduduk sekitar yang masih ingat baju tersebut.Betapa eksklusif baju ini.Beberapa orang mengusik dengan usikan yang kalau didengari oleh isteri,pastinya mengundang bebelan :-)

Maknanya untuk dua tahun ini isteri terpaksa memilih warna baju yang sama dengan baju-baju penulis untuk kelihatan sedondon.Tahun depan Insya'Allah keadaan berbeza kerana penulis telah disponsor kain oleh bapa saudara untuk dibuat baju minggu lepas.Sepatutnya ia untuk tahun ini tetapi tidak sempat dijahit.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf Zahir dan Batin.

-muhdHELMI
-norHANISAH
-QASEHnurABIDAH muhdHELMI

17 September 2009

Hujan Selipar Ringtone Feminin

Hujan

Suasana hujan kerap menyelubungi Ramadhan tahun ini.Nyaman dan selesa menyegarkan.Nampaknya Aidilfitri tahun ini akan berhadapan dengan cuaca tidak berjangka yang memungkinkan untuk kita berhati-hati dan bijak mengatur perjalanan serta program.

Kepada saudara-mara dan sahabat handai yang akan balik kampung semoga perjalanan anda akan selamat ke destinasi masing-masing.

Ringtone

Mulanya penulis tidak menyedari apa yang diperkatakan oleh setiap orang yang menghubungi telefon bimbit penulis.

Memang blur dibuatnya.Ini gara-gara ringtone yang penulis tidak pernah langgan tetapi diberi percubaan secara percuma oleh penyedia perkhidmatan selama sebulan.

Sebaik mengetahui ringtone yang didengari dari telefon bimbit, penulis tersenyum simpul.Patutlah isteri penulis menarik muka dan membebel.Begitu juga dengan pakcik yang melawak berkata ia hanya sesuai untuk mereka yang sudah berpuluh tahun berkahwin.

Rakan-rakan lain juga begitu.Memberi komen yang memberangsangkan sehingga seminit pertama perbualan berkisar perihal ringtone tersebut.

Takpa lah.Bagus juga kerana ia umpama menjadi penawar kepada setiap pemanggil telefon bimbit penulis.

Bos penulis yang nak marah-marah tak nak approve cuti raya penulis lama-lama pun tak jadi marah he he he....

Selipar

Betul tak kalau penulis kata 'dorang' ni antara yang paling bengap di dunia.Kalungan bunga yang menjadi sebahagian budaya mereka kini hendak ditukar kepada kalungan selipar.Dah tu hendak dikalungkan kepada mantan pemimpin tersohor di negara yang dicintai ini.

Taksub dapat peluang bercakap sesekali membuai mereka ini menjadi satu koloni yang penuh ke'haram jadahan'.Baik buang sahaja si biadap ini dari muka bumi Malaysia ini.

Kenapa tidak selipar tersebut dicepuk ke muka sendiri atau ke muka ketua mereka yang sememangnya 'pagi cakap lain, malam cakap lain'.

Takpun kekalkan lambang selipar tu terus jadi logo rasmi mereka.Baru tau selipar tu macamanan.Lagi pulak kalau selipar yang terkena ta** lembu.

Sebenarnya memang dari 'kepala' yang entah bila hendak berundur hingga kepada 'bontot' yang menjadi pak turut ini tidak penulis senangi sedari dulu.

Koloni tersebut yang suka bercakap, banyak bercakap, memang boleh jadi karam dibuatnya.Penulis tak ada mood sangat nak mengulas tentang politik bulan-bulan mulia macam sekarang tetapi terpaksa.

Kembali Feminin

Setelah hanya terbaring terlantar pada Syawal tahun lepas, tahun ini beliau membalas dendam dengan menonjolkan taringnya.

Terkejut juga kerana tidak sangka disebalik sifat kemalasan semulajadinya,terselit skil membuat kuih-muih.Siap ibu mertuanya meminta untuk diberi tunjuk ajar seterusnya meminta beliau untuk membuat lagi.

Teruja juga menikmatinya dan jangan terkejut andai pada raya pertama nanti ia akan habis.Bukan dimakan oleh tetamu tetapi dimakan oleh keluarga sahaja hu hu hu.

Lantaran itu,kita harus sentiasa positif dengan seseorang kerana di sebalik sesuatu pasti turut akan ada sesuati disebaliknya.Samada istimewa atau sebaliknya terpulang kepada pertimbangan anda.

Tahniah.